Pengerusi Kelab Penyokong PAS, Hu Pang Chaw (foto kanan) berkata, mungkin sesuatu yang agak jangal apabila orang Melayu dalam Umno kurang berminat bercakap tentang politik Islam.
"Tidakkah mereka merasa malu dengan perkembangan yang berlaku sekarang, sedangkan orang bukan Melayu semakin ramai yang berminat mendekati Islam" menurut En Hu.
Ingatlah amaran ALlah "...Dan jika kamu berpaling nescaya Dia (Allah) akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu ini" Surah Muhammad :38
Keadilan Islam: Melayu Umno tolak, kaum lain terima
Ketika orang Melayu dalam Umno memperlekehkan keadilan Islam, sebaliknya orang bukan Melayu pula kini semakin terpesona dengan kesyumulan Islam.
Tidakkah ia sesuatu yang ganjil. Namun ia menjadi tidak pelik apabila perjuangan berteras kebendaan berada di hadapan pemimpin Umno sekarang.
Pengerusi Kelab Penyokong PAS, Hu Pang Chaw berkata, mungkin sesuatu yang agak jangal apabila orang Melayu dalam Umno kurang berminat bercakap tentang politik Islam.
"Tidakkah mereka merasa malu dengan perkembangan yang berlaku sekarang, sedangkan orang bukan Melayu semakin ramai yang berminat mendekati Islam.
"Hairan sungguh. Orang Cina, India dan kaum-kaum lain boleh sokong perjuangan Islam tetapi kenapa pemimpin Melayu dari Umno menolak pula," katanya pada satu program di sini, baru-baru ini.
Menurutnya orang bukan Melayu tidak takut lagi untuk mendekati perjuangan Islam yang dibawa PAS kerana keadilan pentadbiran di bawah ulama dibuktikan di Kelantan.
Katanya, PAS merupakan sebuah parti yang mendokong keadilan kepada semua kaum dan tidak mengutamakan orang Melayu semata-mata.
"Islam tidak membeza-bezakan antara bangsa kerana apa yang dinilaikan ialah tahap ketakwaan dan kejujuran seseorang itu.
"Sebab itulah konsep sebenarnya yang dimahukan rakyat ialah Satu Islam dan bukannya Satu Malaysia seperti yang menjadi citra kepada Perdana Menteri baru sekarang," katanya.
Oleh itu beliau berkeyakinan mesej perjuangan yang dibawa PAS akan terus mendapat sokongan semua pihak kerana keadilan yang diperjuangkan.
Beliau yang juga bekas pendidik dan wartawan berkata, di antara perjuangan dibawa pemimpin PAS dan Umno amat jauh berbeza.
"Bukankah Islam melarang perbuatan mungkar. Saya menyeru kepada Umno, MIC, MCA kembalilah ke pangkal jalan dengan penuh keinsafan bersama-sama memartabatkan keadilan.
"Kemungkaran adalah satu dosa dan balasannya neraka. Jangan sampai terhumbang ke dalam neraka dengan sebab memetingkan periuk nasi semata-mata," katanya.
Sementara itu, di PASIR PUTEH, Timbalan Speaker Dun Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, Umno kini mengharapkan bantuan institusi kerajaan bagi meneruskan kelangsungan hidup parti tersebut.
Katanya, sekarang mereka begitu mengharapkan bantuan media konvensional bagi menggelirukan rakyat terutamanya krisis politik yang berlaku di Perak sekarang.
"Umno juga menjadikan undang-undang alat tunggangan mereka. Krisis di Perak sudah cukup membuktikan kepada orang ramai wajah Umno di bawah presiden sekarang.
"Tapi peliknya biar pun mereka rempuh undang-undang, hari-hari dalam media, mereka menuduh Pakatan Rakyat tidak menghormati undang-undang. Saya tidak faham teori rimba mana yang dipakai.
"Malangnya mereka lupa rakyat tidak bodoh dengan tipu daya mereka," katanya pada majlis ceramah di padang Majlis Daerah Pasir Puteh malam tadi.
Hadir sama Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah, anggota Parlimen Pasir Puteh, Ustaz Mohamad Hussin dan pimpinan PAS kawasan terbabit.
Mohd Zaki yang juga Adun Kelaboran berkata, pemimpin Umno terpaksa mencipta pelbagai alasan bagi mengelakkan berdepan dengan hakim sebenar dalam sistem demokrasi iaitu rakyat pada pilihan raya kecil Dun Penanti, 31 Mei ini.
"Walaupun tidak bertanding namun proses pilihan raya tetap berjalan. Alasan membazir dan tidak menepati perlembagaan langsung tidak boleh diterima.
"Sedangkan penyelewengan wang rakyat yang berlaku di mana-mana oleh pemimpin Umno tidak pernah pula mereka mahu bercakap," katanya.
Khalil Idham berkata, krisis politik di Perak sekarang sudah menghampiri krisis perlembagaan yang hanya dapat diselesaikan melalui mahkamah rakyat.
mj/Zuharman MN/harakahdaily
ORANG BUKAN ISLAM TELAH NAMPAK SIKAP MELAYU DALAM UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tetapi dia terlupa bahawa ahli UMNO adalah orang Melayu, umat Islam dan juga Bumiputera. Jadi, siapa yang dia nak perdayakan bila berkata bahawa musuh Hindraf bukannya orang Melayu? (Kuda Kepang, yang berkait dengan Hindraf). Mengikut kefahaman saya, hanya Melayu dalam amno sahaja yang dikecam demikian rupa. Masih ramai lagi, malah lebih ramai, Melayu di luar amno. Kenyataan dalam Kuda Kepang itu menunjukkan sikap mencetus perkauman. Dalam ruangan inipun, Melayu dalam amno juga yang dimaksudkan, bukan kelompok Melayu di luar amno. Hanya Melayu dalam amno sahaja memperlekeh kefahaman Islam. Janganlah diputar belitkan fakta atau kenyataan demi untuk meraih agenda. Jangan pula tidak sedar, bahawa penulisan dalam blog2 seperti ini menjadi bahan bacaan generasi baru termasuk anak2 yang masih sekolah. Mereka sudah mampu berfikir, lebih-lebih lagi dengan bahasa yang begitu simpel. Sesuatu kenyataan yang bercanggah akan membuat mereka memilih salah satunya. Jika fenomena ini dibiarkan berlanjutan, akan menyebabkan mereka membina satu tanggapan buruk terhadap kelompok yang mereka anggap tidak betul. Maka jangan dikesalkan atau dimarahi mereka jika kelak mereka akan terpesong lebih jauh dari apa yang diharapkan oleh amno. Maaf katalah, ini adalah antara contoh cakap-cakap yang berbentuk menghasut dan menimbulkan perasaan benci. Anak2 kita faham tu. Wallahu-'aalamlam.