Pray For MH370

Pray For MH370

LU NILAILAH SENDIRI

KATA-KATA HIKMAH DS NAJIB

1. Najib berkata pengalaman selama 33 tahun dalam politik dengan menaiki bas biasa, dan bukan bas ekspres menjadikannya bukan sahaja bersedia tetapi insaf dan tawaduk dengan tanggungjawab besar yang digalas.


2. Beliau menegaskan "Saya tak gilakan kuasa hanya kerana hendak dapatkan kuasa tetapi saya perlukan kuasa untuk berkhidmat kepada rakyat dan memastikan kejayaan pembangunan negara."

Kesimpulannya: Lu Nilailah sendiri sama ada cakap serupa bikin atau lidah tak bertulang.

Saya Tak Gila Kuasa, Kata Najib


PUTRAJAYA, 20 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau bukanlah seseorang yang gilakan kuasa hanya untuk mendapatkan kuasa.

"Saya tak gilakan kuasa hanya kerana hendak dapatkan kuasa tetapi saya perlukan kuasa untuk berkhidmat kepada rakyat dan memastikan kejayaan pembangunan negara.

"Tapi ada orang yang tak sabar-sabar nak power (berkuasa)," katanya pada Majlis Keraian dan Jasamu Dikenang di Kementerian Kewangan di sini, Rabu.

"Kuasa hanyalah cara untuk mencapai sesuatu dan sesuatu itu adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara," katanya yang jelas merujuk kepada pemimpin pembangkang tertentu.

Najib berkata bagi mencapai kedudukannya sekarang beliau tidak menaiki bas ekspres tetapi bas biasa iaitu perjalanan selama 33 tahun dalam karier politiknya.

Najib berkata pengalaman itu menjadikannya bukan sahaja bersedia tetapi insaf dan tawaduk dengan tanggungjawab besar yang digalas.

Beliau berkata sebab itulah beliau memerlukan kerjasama daripada semua untuk menjalankan tugas itu.

Perdana Menteri berkata salah satu ukuran rakyat ialah melihat bagaimana cara kerajaan menguruskan ekonomi negara.

Beliau percaya rakyat akan menerima kerajaan sedia ada sekiranya ia dapat menjalankan tugas dengan baik.

"Rakyat akan sukakan kita, ahli perniagaan akan sukakan kita, pekebun kecil akan sukakkan kita dan ini akan diterjemahkan kepada sokongan yang lebih kuat kepada kita," katanya.

Majlis itu diadakan bagi meraikan Najib yang juga Menteri Kewangan, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Timbalan-timbalan Menteri Kewangan Datuk Wira Chor Chee Heung dan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Ia juga bagi mengenang jasa bekas Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta bekas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Kong Cho Ha yang kini Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Najib berkata pengalaman Nor Mohamed menghadapi krisis kewangan 1997 menjadikannya amat sesuai mengendalikan perancangan ekonomi negara melalui Unit Perancang Ekonomi.

Beliau juga percaya pengalaman Ahmad Husni sebagai Timbalan Menteri Kewangan sebelum ini dapat membantunya mengendalikan kementerian itu dengan baik.

Bagi Kong pula, Najib berkata beliau (Kong) kini memegang portfolio yang penting dari segi penyampaian dan perkhidmatan kepada rakyat.

BERNAMA

Comments :

4 comments to “LU NILAILAH SENDIRI”
Anonymous said...
on 

Banyak lagi cara nak berjasa kepada rakyat. Tidak mestinya melalui pemerintahan negara. Setahu saya, sebelum menyandang YB, Eli Wong pun pernah berkhidmat kepada rakyat melalui NGO alam sekitar. Fikirlah sendiri.

Munawir Bin Haji Hassan said...
on 

Bukannya macam Nizar, dapat kuasa aje, terus nak pecat orang. Lihat saja selepas keputusan mahkamah tinggi minggu lepas, terus dua orang pegawai tinggi kerajaan kena pecat. Nasib baik hakim Mahkamah rayuan bertindak bijak. Kalau tidak , ketua polis negara pun dia mahu pecat. Kalau dulu, Datuk Jambry kena pecat, Sultan boleh tegur dan betulkan, tetapi kali in gila kuasa Nizar menjadi-jadi, samapi sultan pun dia boleh pohon derhaka. Memang Nizar mabuk kuasa tahap tertinggi.

tok pekong said...
on 

Kalau rakyat suka sama lu, apa macam tiga PRK boleh tumbang, apa macam itu Penanti lu tak mau nanti?? jangan jual jarum sama china kalintong maa!!!

ok said...
on 

Munawir ni takfaham bahasa istana, syoh gi balik belajodulu baru mengomen.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 months ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    11 months ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com