Pray For MH370

Pray For MH370

LAGI KES PENYAKIT BERJANGKIT DI KEM

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican dalam satu kenyataan hari ini berkata seramai 30 pelatih di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Setia Ikhlas di Semenyih dikenal pasti mempunyai simptom demam, batuk yang ringan, sakit tekak dan sakit badan sejak 14 Mei lepas. Sampel telah dihantar bagi tujuan pengenalpastian.


30 Pelatih Kem PLKN Setia Ikhlas Hidapi Simptom Influenza


Seramai 30 pelatih di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Setia Ikhlas di Semenyih dikenal pasti mempunyai simptom influenza tetapi tiada kaitan dengan Influenza A (H1N1).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata pelatih tersebut mempunyai gejala demam, batuk yang ringan, sakit tekak dan sakit badan sejak 14 Mei lepas.

Katanya daripada jumlah itu, 26 telah dirawat di bilik isolasi kem, tiga di Hospital Kajang -- seorang daripadanya di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dua lagi di wad perubatan -- sejak semalam.

Seorang lagi pesakit telah keluar dari hospital semalam, menurut kenyataan itu.

Dr Ismail berkata kementerian itu akan membuat pengawasan dan kawalan dalam menangani situasi tersebut termasuk melakukan pengawalan vektor iaitu semburan kabus dan kajian aedes, pemantauan dan pemeriksaan harian semua pelatih, merawat dan merujuk kes yang bergejala ke hospital terdekat.

Sementara itu, seorang pegawai Jabatan Kesihatan berkata jabatan itu telah menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sumber dan jenis influenza itu.

Beliau turut memberikan jaminan yang influenza itu tidak mempunyai kaitan dengan Influenza A (H1N1).

"Kami baru menerima kes itu pagi ini. Sampel telah dihantar untuk pemeriksaan dan kami mungkin memerlukan beberapa hari untuk menentukan puncanya," kata pegawai itu yang enggan namanya disiarkan semasa dihubungi Bernama.

Katanya pelatih yang dimasukkan ke wad ICU itu disyaki kes denggi.

"Ia mungkin influenza bermusim yang biasa atau denggi, kami masih menunggu keputusan ujian, kerana kedua-duanya boleh berlaku serentak," katanya.

BERNAMA

Comments :

2 comments to “LAGI KES PENYAKIT BERJANGKIT DI KEM”
Anonymous said...
on 

Saya suka menarik perhatian pembaca kepada masalah kesihatan dikem-kem latihan. Baru-baru ni minigitis dan kini kalau menruut blog ini adalah masalah flu.

Merujuk kepada kes di Melaka, saya keliru tentang masalah miningitis kerana pembaca hanya diberikan maklumat mengenai perkembangan kes tanpa maklumat sebenar punca wabak itu menular terutama di tiang dua, Melaka.

Akademi JPJ terletak di Tiang Dua, sekitar 15-20 km daripada bandar Melaka. Pusat latihan ini dibina berdekatan dengan reban ternakan ayam yang memberi tekanan kepada penduduk sekitar itu temasuk masalah lalat. Penduduk juga tidak faham bagaimana sebuah akademi dibina ditempat sedemikian dan diluluskan sebagai premis kerajaan.

Tahap kesihatan juga perlu dilihat terutama dalam kem-kem latihan kerana pelatih dilatih dalam suasanan yang agak berat dan memerlukan kepada zat pemakanan yang lebih. Kebersihan dan pembekalan makanan yang berkualiti juga perlu di siasat bagi menentukan punca dan mengelak ianya berulang ditempat lain.

Persoalan timbul bagaimana kem latihan JPJ itu dibina dan diluluskan di tanah yang agak terpencil dan berdekatan dengan ladang ternakan ayam.

Nasib pelatih yang meninggal dunia perlu dibela kerana pelatih berkenaan masih lagi belum disahkan jawatan dan bimbang keluarganya tidak terbela.

Sekian.

Unknown said...
on 

Terima kasih. Sila rujuk beberapa posting di blog ini berkaitan meningitis, leptospirosis dan selesema A(H1N1), contohnya


http://drhalimahali.blogspot.com/2009/05/meningitis-menjangkiti-para-jemaah-haji.html

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com