Pray For MH370

Pray For MH370

SEMOGA PANEL TIGA HAKIM TAKUTKAN HAKIM DI YAUMIL MAHSYAR

Nizar telah menghantar surat melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan memohon panel lima hakim untuk mendengar kes namun Presiden Mahkamah Rayuan Alauddin Md Sheriff tidak menerima surat berkenaan tepat pada masanya.




Maka tiga hakim telah mendengar perbicaraan hari ini iaitu Hakim Md Raus Sharif, Hakim Zainun Ali dan Hakim Ahmad Maarop.

Marilah sama-sama kita berdoa semoga keadilan tertegak dan kebenaran terserlah.

MB sah: Mahkamah Rayuan buat keputusan esok


PUTRAJAYA, 21 Mei (Hrkh) - Mahkamah Rayuan Putrajaya, menetapkan 3.30 petang esok untuk membuat keputusan setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak berhubung status Menteri Besar Perak yang sah di antara Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Dato' Dr Zambry Abdul Kadir.

Perbicaraan bermula jam 9.45, apabila peguam Zambry, Dato' Cecil Abraham memulakan hujah manakala jam 2 petang tadi giliran peguam Nizar pula mengemukakan hujah masing-masing.

Seperti dijangkakan tiada sebarang keputusan dibuat pada hari ini, memandangkan mahkamah perlu mendengar terlebih dahulu hujah kedua-dua belah pihak.

Baru-baru ini keputusan mahkamah tinggi itu ditangguhkan berikutan Mahkamah Rayuan melalui Hakim Dato' Ramly Ali membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan itu oleh Dato' Dr Zambry Abdul Kadir.

Isnin lalu, Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar telah menghantar surat melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan memohon panel lima hakim untuk mendengar kes tersebut.

Alasan permohonan itu ialah membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan, katanya.

Difahamkan, surat permohonan Nizar untuk mendapat panel lima hakim bagi mendengar perbicaraan hari ini yang dihantar ke pejabat Timbalan Pendaftar Isnin lalu tidak diterima oleh Presiden Mahkamah Rayuan Alauddin Md Sheriff tepat pada masanya.

Justeru hanya tiga hakim yang mendengar perbicaraan hari ini iaitu, Hakim Md Raus Sharif, Hakim Zainun Ali dan Hakim Ahmad Maarop.

azm/Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh/harakahdaily

Comments :

1
Hasrin Bin Abdul said...
on 

Sudah pasti Zambry akan diistiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah!!Kali ini sidang hakim akan lebih fokus kepada kehilangan majoriti yang telah disahkan oleh Sultan. Undi tidak percaya dalam sidung DUN bukannya satu-satu cara yang boleh digunapakai dalam kes ini. Pembubaran DUN adalah satu helah Nizar untuk lari dari undi tidak percaya dilakukan ke atas beliau. Setelah mendengar hujah Nizar,Sultan juga telah bertemu Najib dan semua ADUN BN sebelum keputusan dibuat. Sultan telah menjadi hakim pada masa itu dan keputusan beliau itu tidak boleh berat sebelah!!Keputusan Sultan adalah mutlak dan tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah di dunia dan akhirat! Apa yang diputuskan oleh Sultan adalah yang terbaik dan harus dihormati oleh Mahkamah dan semua orang!! Zambry Kekal MB Perak yang sah.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com