Seminar Bincang Gejala Sosial
Isu berkaitan gejala sosial seperti gengsterisme, buli, ponteng sekolah, penagihan dadah, pergaulan bebas, lari dari rumah dan sebagainya telah menjadi satu agenda penting Kerajaan Selangor untuk diberi perhatian.
Banyak forum dan perbincangan diadakan dengan harapan permasalahan itu dapat dikekang atau dibendung walaupun pada hakikatnya gejala tersebut semakin berleluasa di negeri ini.
Justeru, satu Seminar Mencegah Gejala Sosial sedang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan bermula pada 24 dan 25 Jun 09.
Seminar dua hari itu berlangsung di Dewan Perdana , Hotel Grand Bluewave, dekat sini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 5.00 petang.
Sebanyak 13 kertas kerja akan dibentangkan sepanjang seminar berlangsung, antaranya ialah Pergaulan Bebas, Punca dan Penyelesaian oleh Dr Fakrul Adabi Abdul Kadir, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kes Ibu Tanpa Nikah di Selangor oleh Dr Fatimah Abdullah Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Pengabaian Kanak-kanak oleh Adnan Abu Bakar,Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor dan sebagainya.
Majlis perasmian seminar disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.
GEJALA SOSIAL TAJUK SEMINAR 2 HARI ANJURAN KERAJAAN SELANGOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment