Pray For MH370

Pray For MH370

SPRM TUTUP SATU KES SIASATAN VIDEO LINGAM

Panel lima anggota suruhanjaya mendapati klip video yang menunjukkan peguam Datuk V.K.Lingam sedang berbual di telefon dengan bekas ketua hakim negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim, adalah tulen.

SPRM Tutup Satu Daripada Kertas Siasatan Video Lingam

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menutup satu daripada empat kertas siasatan yang dibuka berhubung kes klip video V.K.Lingam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata ini kerana tiada keterangan mencukupi untuk membuktikan pertuduhan mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

"Lanjutan daripada cadangan-cadangan yang dibuat Suruhanjaya Diraja berkenaan pita rakaman V.K.Lingam, empat kertas siasatan dibuka oleh Badan Pencegah Rasuah (kini dikenali sebagai SPRM).

"Tiga daripada kertas siasatan itu telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara," katanya dalam jawapan bertulis kepada Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Karpal dalam soalannya ingin tahu mengapa tiada sebarang tindakan susulan diambil terhadap mana-mana individu berikutan cadangan yang dibuat Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai klip video V.K Lingam.

Mohamed Nazri berkata tiada tindakan lanjut diambil dalam dua daripada kertas siasatan yang dirujuk itu memandangkan tiada keterangan yang menunjukkan bahawa terdapat sebarang kesalahan jenayah telah dilakukan.

Manakala satu lagi kertas siasatan belum lengkap kerana seorang saksi penting belum dapat dikesan, katanya.

Selain itu, beliau berkata tiada sesiapa dapat dikenalpasti melakukan kesalahan semasa pengendalian dokumen terperingkat dalam pertimbangan lantikan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi.

Panel lima anggota suruhanjaya mendapati klip video yang menunjukkan peguam Datuk V.K.Lingam sedang berbual di telefon dengan bekas ketua hakim negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim, adalah tulen.

Suruhanjaya itu memperakukan agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap enam individu -- Lingam, Ahmad Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan seorang lagi bekas ketua hakim negara Tun Mohd Eusoff Chin -- kerana salah laku.

Suruhanjaya itu mendapati terdapat bukti mencukupi untuk menyiasat enam individu berkenaan bagi kesalahan itu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Kanun Keseksaan serta Akta Profesion Undang-undang 1976.

-- BERNAMA

Comments :

0 comments to “SPRM TUTUP SATU KES SIASATAN VIDEO LINGAM”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 months ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    1 year ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com