Pray For MH370

Pray For MH370

NAIB PRESIDEN GERAKAN DIGANTUNG 3 TAHUN KERANA MENGKRITIK PARTI SECARA TERBUKA

Naib Presiden Gerakan Digantung Tiga Tahun Dari Parti


KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Naib presiden Gerakan Huan Cheng Guan digantung dari parti itu selama tiga tahun ekoran pengumuman beliau mengenai hasratnya untuk meninggalkan parti, serta kelantangan beliau menyerang secara terbuka parti Gerakan dan kepimpinannya, bulan lepas.

Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Gerakan malam tadi, selepas mengambil kira semua fakta dan faktor.

"Tindakan itu diambil kerana perlakuan Huan yang dianggap boleh memudaratkan kepentingan parti, dengan menyerang parti serta kepimpinannya secara teruka," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Mesyuarat CWC pada 31 Mei lepas memutuskan untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Huan, 46, dan mengarahkan beliau membuat penjelasan mengenai kenyatan kritikalnya berhubung kepimpinan parti.

Huan, sebelum ini berkata beliau berhasrat meninggalkan parti itu kerana kecewa dengan kepimpinan parti dan beliau turut membantah pelantikan seorang koordinator dalam sebuah kawasan di Pulau Pinang; namun pada 14 Jun beliau mengumumkan akan kekal dengan parti.

Teng berkata sebagai salah seorang anggota CWC, badan yang membuat keputusan berhubung pelantikan Koordinator, Huan menyuarakan bantahan terhadap pelantikan itu dengan memberi alasan bahawa orang yang dilantik itu adalah "paratrooper" dari luar kawasan berkenaan.

"CWC beranggapan bahawa ia bukan alasan yang sahih," katanya.

Beliau berkata Huan dan penyokongnya memilih untuk menyuarakan pandangannya itu menerusi media dan tidak menggunakan saluran dalaman parti, selain menghasut penyokongnya untuk memasang pelbagai sepanduk.

"Perlakuan negatif yang melampau itu tidak dapat diterima. Ini bukan kali pertama dia membuat kenyataan yang boleh dianggap terburu-buru dalam akhbar, walaupun tidak serius. Presiden sendiri pernah memberi menegur dan memberi amaran kepadanya. Tapi kali ini beliau melakukan perbuatan yang lebih buruk," tambahnya.

Menurutnya di bawah perlembagaan parti, penggantunggan anggota akan dikaji setiap enam bulan, dan semasa tempoh penggantungan, anggota terbabit tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti parti di samping turut digantung dari sebarang jawatan parti yang dilantik mahupun dipilih.

Teng berkata sekiranya Huan tidak berpuas hati dengan tindakan itu, beliau mempunyai hak untuk merayu kepada CWC dalam tempoh 14 hari selepas dimaklumkan mengenai keputusan tersebut.

Huan yang merupakan bekas ketua pemuda Barisan Nasional Pulau Pinang, dipilih ke jawatan Naib Presiden Gerakan pada pilihan raya parti tahun lepas selepas memperolehi undi ketiga tertinggi.

-- BERNAMA

Comments :

0 comments to “NAIB PRESIDEN GERAKAN DIGANTUNG 3 TAHUN KERANA MENGKRITIK PARTI SECARA TERBUKA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com