Pray For MH370

Pray For MH370

KENYATAAN AKHBAR ISU YB RODZIAH DIUGUT

Kenyataan Akhbar

Saya bagi pihak Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab melontarkan ungkapan penuh penghinaan dan biadap kepada seorang wanita YB Rodziah Ismail yang merupakan seorang pemimpin wanita semasa dialog antara wakil kerajaan dan wakil-wakil rakyat tempatan bersama penduduk Seksyen 23 Shah Alam.

Saya juga menganggap ianya satu kelakuan yang amat memalukan dan tidak wajar bahkan boleh menimbulkan budaya contoh buruk kepada remaja belia dan mereka yang terdidik dengan didikan agama yang mantap. Kata-kata tersebut juga boleh merangsang mereka yang kurang mengerti isu sebenar dan termakan dengan lontaran penuh emosi sehingga akan sanggup benar-benar bertindak ke atas YB Rodziah seperti yang digesa oleh lelaki tersebut.

Saya ingin mengingatkan semua pihak untuk menangani gejala sosial termasuk pergaduhan dan apa sahaja yang akan dihadapi oleh golongan muda pihak yang dewasa lebih-lebih lagi ahli-ahli politik harus menjadi contoh yang baik dalam menangani perselisihan faham di antara mereka. Dalam proses menyelesaikan masalah masyarakat mereka perlu mempamerkan kematangan dengan menguasai luapan emosi dan menzahirkan tindak tanduk dan kata-kata yang menunjukkan peradaban tinggi. Dengan ini kita boleh melahirkan ahli masyarakat dan generasi akan datang dengan budaya Selangor yang bertamaddun.

Perlu di ingatkan bahawa tujuan dasar pembangunan modal insan Selangor yang terkandung dalam formula S.P.I.E.S. dalam menekan keperluan pembangunan elemen E(emosi) dalam SPIES tersebut adalah untuk mempasti pembangunan lestari di Selangor tidak akan tercapai tanpa focus kepada disamping rangakain pembangunan spiritual, ‘physical’, intelektual dan kemahiran sosial.

Sekiranya dikaji kenapa penyelesaian sukar untuk dicapai oleh manusia yang bertengkar adalah kerana mereka gagal menundukkan ego dan ledakan emosi walaupun diberi hujjah yang logik setelah mengambilkira dan menimbang kesemua aspek keperluan dan kehendak pihak-pihak yang bertelagah.

Dr Halimah Ali

Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor

Comments :

0 comments to “KENYATAAN AKHBAR ISU YB RODZIAH DIUGUT”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com