Pray For MH370

Pray For MH370

LALUAN MUSIBAH / DANGEROUS ROUTES

Hari raya menjelang tiba. Jalanraya laluan semua. Pelbagai ragam pemandu-pengguna. Pemanduan berhemah jadi idaman. Proaktif mencegah kecelakaan. Paling minima elakkan saman.

Jalan persekutuan yang dikenal pasti sebagai kawasan risiko kemalangan ialah

1. Jalan Serting Tengah di Negeri Sembilan,
2. Jalan Damar Laut-Pantai Remis di Perak,
3. Jalan Alor Setar-Kangar,
4. Jalan Butterworth-Alor Setar,
5. Jalan Kuala Terengganu-Kuantan,
6. Jalan Kuantan-Segamat,
7. Jalan Batu Pahat-Kluang,
8. Jalan Klang-Teluk Intan,
9. Jalan Muar-Melaka
10.Jalan Gua Musang-Kuala Krai

10 Kawasan Berisiko Kemalangan Dinaiktaraf

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Sepuluh kawasan di jalan persekutuan yang dikenal pasti berisiko tinggi mengakibatkan kemalangan kini dalam proses dinaik taraf dan penambahbaikan untuk membendung kemalangan jalan raya, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

"Setakat ini proses menaik taraf dan penambaikan di jalan itu siap 40 peratus dan ia dijangka siap sepenuhnya pada akhir November ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya peringkat Kementerian Kerja Raya 2009 di kawasan Rehat dan Rawat Dengkil arah utara di sini, pada Isnin.

Antara jalan persekutuan yang dikenal pasti sebagai kawasan risiko kemalangan ialah di Jalan Serting Tengah di Negeri Sembilan, Jalan Damar Laut-Pantai Remis di Perak, Jalan Alor Setar-Kangar, Jalan Butterworth-Alor Setar, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Jalan Kuantan-Segamat, Jalan Batu Pahat-Kluang, Jalan Klang-Teluk Intan, Jalan Muar-Melaka dan Jalan Gua Musang-Kuala Krai.

Shaziman berkata proses penambahbaikan di jalan-jalan itu tidak melibatkan perbelanjaan yang besar.

"Kadang-kadang mungkin hanya perlu buat perubahan geometri jalan itu atau tambah lampu isyarat dan ia tidak melibatkan belanja besar," katanya.

Sementara itu Shaziman berkata beliau sudah mengeluarkan arahan kepada syarikat konsesi lebuhraya di seluruh negara supaya menghentikan buat sementara waktu semua kerja-kerja menaik taraf dan membaik pulih jalan untuk tempoh 10 hari mulai 17 Sept ini bagi kelancaran pengguna yang menggunakan lebuh raya untuk pulang berhari raya di kampung.

"Kami juga meminta mereka pastikan semua lorong di plaza tol dibuka dan lorong tambahan juga diarah supaya dibuka jika perlu bagi mengurangkan kesesakan di kawasan tersebut," katanya.

Sementara itu, katanya dalam membendung kemalangan maut dalam negara Kementerian Kerja Raya melancarkan inisiatif kempen keselamatan jalan raya berkonsepkan nilai murni iaitu C.A.R.E. (C untuk cermat, A untuk adab sopan, R untuk berfikiran rasional dan E untuk etika).

"Kempen ini bertujuan menerapkan nilai murni sebagai gaya pemanduan hidup mereka. Kempen ini bukan sekadar kempen hangat-hangat tahi ayam kerana untuk menanam budaya C.A.R.E dalam diri, ia melibatkan usaha yang bertersuan," katanya.

-- BERNAMA

Ten accident-prone areas upgraded


KUALA LUMPUR (Sept 14, 2009) : Ten areas along federal roads that have been identified as blackspots or high accident risk areas are being upgraded and improved to prevent road accidents, Works Minister Datuk Seri Shaziman Abu Mansor said today.


"Until now, upgrading and improvement work has been 40% completed and will be fully completed by the end of November," he told reporters after launching the Works Ministry 2009 Road Safety Campaign at the north-bound Dengkil rest and recreation area here.

The areas are Jalan Serting Tengah in Negri Sembilan, Jalan Damar Laut-Pantai Remis in Perak, Jalan Alor Star-Kangar, Jalan Butterworth-Alor Star, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Jalan Kuantan-Segamat, Jalan Batu Pahat-Kluang, Jalan Klang-Teluk Intan, Jalan Muar-Malacca, and Jalan Gua Musang-Kuala Krai.

Shaziman said the upgrading of the roads did not involve a large cost.

"Sometimes we just need to make changes to the geometry of the roads or increase traffic lights and that does not cost much," he said.

He said he had also issued directives to highway concession companies to temporarily halt all upgrading and improvement works for 10 days beginning Sept 17 to smoothen road users' journeys home.

"We also asked them to ensure that all lanes at toll plazas were open and to prepare additional lanes if needed to reduce congestion," he said.

Shaziman said that to reduce road deaths, his ministry had launched a road safety initiative based on noble values called C.A.R.E. -- C for cermat (careful), A for adab sopan (courteous), R for berfikiran rasional (rational thinking) and E for etika (ethical).

"This campaign is to instill noble values as their driving lifestyle. This campaign is not a spur of the moment thing as to instill the C.A.R.E. culture needs continuous effort," he said.
Bernama

Comments :

0 comments to “LALUAN MUSIBAH / DANGEROUS ROUTES”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com