Pray For MH370

Pray For MH370

SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL

Berlumba-lumbalah membazirkan khazanah negara. Bersegeralah mencari peluang buat duit poket dengan cara projek mega yang sukar diaudit.

Pernahkah kajian dilakukan tentang untung-rugi, buruk baik, manfaat-mudharat penglibatan PETRONAS dalam sukan permotoran F1 ?

Mudah sekali untuk Unit Perancang Ekonomi untuk meluluskan projek sebegini mega.

Pasukan 1Malaysia F1 Team Sertai Perlumbaan F1 Tahun Depan, Kata PM


PUTRAJAYA, 15 Sept (Bernama) -- Pasukan 1Malaysia F1 Team, usaha sama kerajaan dan swasta negara ini, akan menyertai perlumbaan F1 mulai tahun depan, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada Selasa.

Perdana Menteri berkata projek itu melibatkan gabungan kepakaran Proton dan Lotus dengan disokong oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Sukan Pemotoran Malaysia (MAM), Naza Motor dan Air Asia.

Najib yang juga Menteri Kewangan I memberitahu pemberita ketika membuat pengumuman itu di Kementerian Kewangan berkata tokoh korporat terkemuka seperti Datuk Seri Tony Fernandes, Datuk Kamarudin Meranun dan S.M Nasarudin S.M Nasimuddin turut terlibat dalam inisiatif tersebut.

"Ini pasukan Malaysia. Kereta direka bentuk di SIC, dikeluarkan di SIC, di uji di SIC dan kereta buatan Malaysia. Kumpulan pitstop pun rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berkata pasukan 1Malaysia itu akan mengenal pasti pemandu Malaysia yang sesuai sambil menambah kata projek tersebut dapat meningkatkan imej negara di persada antarabangsa.

Najib berkata Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) telah menerima permohononan Malaysia untuk menyertai kejohanan F1 dunia tahun depan.

Ditanya berhubung jumlah bajet tersebut dan pelaburan kerajaan, Najib berkata "pelaburan kerajaan Malaysia adalah melalui Proton".

Najib menyifatkan projek itu tidak membazir kerana ia akan memberi elemen pemasaran yang besar pada negara apabila menyertai kejohanan F1 itu.

"Kalau kita nak eksport Proton, kita kena tentukan jenamanya mantap, ada elemen pemasaran yang mantap. Ia bukan kegiatan sukan semata-mata kerana ada unsur pemasaran untuk Proton dan Malaysia serta jenama Air Asia dan Naza juga dapat dipopularkan," katanya.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh syarikat perhubungan awam bagi pasukan 1Malaysia F1 Team, pasukan negara itu akan berpangkalan di SIC.

Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Petronas dan begitu juga Composite Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM), pakar pengeluaran komponen komposit tempatan, juga telah menyertai projek ini.

Kenyataan itu berkata pasukan F1 team negara akan mengintegrasikan krew pit dan teknikal Malaysia berjumlah 200 orang untuk diuruskan oleh pengarah teknikal Formula One yang disegani, Mike Gascoyne.

Beliau telah merekrut kumpulan yang mengandungi pakar antarabangsa dengan rekod yang telah terbukti dalam pelbagai disiplin pengeluaran, reka bentuk dan kejuruteraan yang diperlukan bagi memastikan bahawa pasukan 1Malaysia F1 team adalah pasukan yang mencapai standard antarabangsa, persediaan dan keupayaannya untuk bertanding dengan para pemandu hebat dunia.

Pada masa ini, enam pemandu tempatan dan antarabangsa telah disenaraikan untuk dinilai dan pasukan itu dijangka mengumumkan dua pemandunya penghujung bulan depan.

Kenyataan itu memetik Najib sebagai berkata bahawa penyertaan Malaysia dalam Formula One dengan pasukan negara mempunyai objektif untuk mendapat pengaruh yang meluas terutama dalam memajukan perkembangan industri automotif negara dari aspek teknologi termasuk inisiatif dalam teknologi hijau.

"Dengan mewujudkan pusat lumba di dalam negara, kami juga berharap untuk menarik lebih banyak pelaburan asing dan kepakaran teknikal terbaik yang boleh menjana pertumbuhan industri automotif kita di mana saya berharap untuk melihat lebih banyak R&D (penyelidikan dan pembangunan) bagi menghasilkan kereta yang berkesan dari segi kos, lebih ringan dan lebih selamat," katanya.

"Kami menjangka komitmen yang tinggi daripada banyak organisasi dan kehadiran individu semasa F1 Petronas GP Malaysia bersama dengan peningkatan dalam pulangan berkaitan pelancongan," kata Najib.

Dengan mewujudkan pasukan F1 team, Malaysia membawa sukan pemotoran ke kemuncaknya, dan dengan itu memastikan tempatnya dalam sukan di peringkat antarabangsa bagi mendaki kemuncak pencapaian.

Pasukan 1Malaysia F1 Team mendapat namanya daripada konsep "1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan" yang diilhamkan oleh Najib pada Jun tahun ini sebagai asas penyatuan rakyat Malaysia untuk bersama-sama meraikan kerjasama di kalangan masyarakat pelbagai kaum, pelbagai budaya dan agama demi kegemilangan negara.

Malaysia telah menyertai F1 sejak 1999 melalui Sirkit Sepang yang telah berada di dalam kalendar perlumbaan sejak itu dan akan menjadi hos kepada F1 Petronas GP Malaysia ke-11 tahun depan.

Petronas, pengeluar minyak terbesar, juga telah banyak mencatat kejayaan dalam arena ini melalui penajaan pasukan BMW-Sauber sejak empat tahun kebelakangan ini.

Penubuhan pasukan nasional itu merupakan pergerakan semulajadi bagi meningkatkan pulangan negara daripada pelaburan dalam Formula One.

--BERNAMA

KBS Sambut Baik Penubuhan Pasukan 1Malaysia F1 Team


KEMAMAN, 15 Sept (Bernama)-- Kementerian Belia dan Sukan menyambut baik penubuhan pasukan 1Malaysia F1 Team dan bersedia menjalin kerjasama dengan Kementerian Kewangan untuk merealisasikan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu.

Menterinya Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, pengumuman penubuhan pasukan 1Malaysia F1 Team oleh Perdana Menteri itu amat dialu-alukan dan sudah tentu membanggakan rakyat di negara ini terutama di kalangan mereka yang meminati sukan permotoran tersebut.

"Sudah sekian lama Malaysia hanya menjadi penganjur sukan itu dan dengan memiliki infrastruktur antara yang terbaik di dunia itu, sudah sampai masanya kita mempunyai pasukan sendiri.

"Ini satu peningkatan mendadak dan sudah tentu ia bukan satu perkara yang mudah memandangkan ia memerlukan kepakaran bukan sahaja dari segi pemanduan tetapi juga kejuruteraan dan reka bentuk," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas tentang pengumuman oleh Perdana Menteri mengenai penubuhan pasukan 1Malaysia F1 Team Selasa.

Ahmad Shabery yang ditemui selepas majlis berbuka puasa bersama pegawai Kemaman Supply Base (KSB), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kertih, serta pegawai sukan di sini malam ini, turut melahirkan keyakinan terhadap kemampuan anak tempatan dalam sukan itu.

"Ia mungkin akan ambil masa untuk pasukan kita bersedia dan menjadi terkenal seperti pasukan F1 yang sedia ada sekarang. Macam pasukan BMW juga, mereka ambil masa untuk capai tahap yang tinggi seperti sekarang.

"Jadi kita tidak perlu negatif dan patut berbangga dengan perkembangan tersebut," katanya.

Najib hari ini mengumumkan pasukan 1Malaysia F1 Team, usaha sama kerajaan dan swasta negara ini, akan menyertai perlumbaan F1 mulai tahun depan.

Perdana Menteri berkata projek itu melibatkan gabungan kepakaran Proton dan Lotus dengan disokong oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Sukan Pemotoran Malaysia (MAM), Naza Motor dan Air Asia.

-- BERNAMA


====================================================================================
1Malaysia goes F1
Maria J.Dass
PUTRAJAYA (Sept 15, 2009) : Malaysia will have its own home-bred F1 team blazing the world's fastest international circuits and races by next year.

He said the team is a government and private sector initiative, combining the collaborative experience of Proton and Lotus, backed by Sepang International Circuit (SIC), Motorsports Association of Malaysia (MAM) and Automobile Association of Malaysia (AAM).

The team will also be supported by a team of Malaysian entrepreneurs like AirAsia co-founders Datuk Kamarudin Meranun and Datuk Tony Fernandes, and Naza Group chief executive officer SM Nasarudin SM Nasimuddin.

A Reuters report from London gave the Malaysian team's name as Lotus, calling it one of the most successful and glorious names from Formula One's past.

It said Fernandez, 45, will be the Lotus team principal. He is currently sponsoring the Williams team.

Lotus will initially be based in Norfolk, some 16km from the original Lotus Cars factory in Eastern England, until it is transferred to SIC.

The original Lotus won seven Formula One constructors' titles and six drivers' crowns between 1963 and 1978 under the inspirational leadership of the late Colin Chapman, one of the most innovative engineers in the sport.

"We will be looking for a driver for the 1Malaysia F1 car," Najib said.

"We are also now evaluating the qualifications and suitability of six shortlisted drivers both local and international, and we hope to officially introduce you to our two drivers by Oct 31.

"Hopefully we can hear the Malaysian national anthem being played one day," he said.

He said the team will be based at the SIC and the cars will be designed, manufactured and tested there.

"It will all be made in Malaysia, and made by Malaysians," he said, adding that even the 200-member technical and pit-stop crew will be an all Malaysian outfit to be managed by one of Formula One’s most respected and accomplished technical directors, Mike Gascoyne.

The team’s base at SIC will also make it the first team to be located outside of Europe and only the second, after Ferrari, to have a race track 200m from its front door.

"We will ensure the team has access to the latest equipment, technology, systems and resources in accordance with FIA guidelines," said Najib.

On the huge funding that will be involved in this venture, Najib said the money will come from the public and private sectors, with the government's investment being channelled through national car maker Proton.

He said this project will not be a waste of money, as it will boost Malaysia's image internationally and is also as a marketing platform for Malaysia, and Proton, Lotus, AirAsia and Naza whose brands will be made popular globally.

Najib said the team will be a product of local engineers, universities like Universiti Technology Malaysia and Universiti Teknologi Petronas and hi-tech centres of excellence.

"A strongly-supported motorsports industry will also create a platform for budding engineers specifically among our students, while attracting foreign investors and the best technical minds to our country. This will in turn spur the growth of our automotive industry where we hope to see more research and development into lighter cars, safer cars and more cost effective cars."

Earlier Najib launched the government- GLC cross fertilisation programme. The exchange programme between the government and government-linked companies (GLCs) aims to churn out GLC business leaders with strong understanding of the government’s operations.

It also aims to accelerate the development of business savvy leaders in the public sector by providing high-performing employees with broad work experience in the private sector, who can later play a role in facilitating business.

The first 40 participants from both sectors received their letters of trust from Najib yesterday.

Participants of the exchange programme will be stationed at their post for two years. Participating GLCs are Khazanah Nasional Bhd, Tabung Haji, Axiata Group Bhd, Malaysia

Airlines System Bhd, Malaysia Airport Holdings Bhd, Proton Holdings Bhd, Pos Malaysia Bhd, Telekom Malaysia Bhd and UEM Group Bhd.

sun2surf


CERITA BERKAITAN :UNTUNG rugi jika Membazir

Comments :

1
Anonymous said...
on 

Sudah2lah projek kereta tu...kat jalan raya Malaysia pun boleh dapat bukti jelas dan nyata...kereta Malaysia tak laku...hanya dibeli oleh golongan macam saya yang TAK BERDUIT...yang kaya2 termasuk YB2 adakah pakai kereta Malaysia...jadi cakap tak serupa bikin....HABISKAN DUIT NEGARA ...itu yang depa BIKIN...

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com