Pray For MH370

Pray For MH370

BERAPA ORANGKAH STAF SPRM YANG BERADA DI PEJABAT SEMASA TEOH DISOALSIASAT DAN MENEMUI MAUT?

Malik Imtiaz Sarwar, peguam yang dilantik oleh Kerajaan Selangor memohon buku log "biometric card" di pintu utama pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam pada tarikh siasatan serta kematian Teoh Beng Hock untuk mengetahui berapa orang sebenarnya staf SPRM yang berada di pejabat ketika kejadian berlaku.

(counsel for the Selangor state government, applied for copies of the X-rays taken of Teoh by pathologist Dr Khairul Ibrahim and the logs for the biometric cards used at the main entrance of the MACC offices.)

Saksi Terdengar Tan Boon Wah Memarahi Teoh Dalam Tandas

SHAH ALAM, 17 Sept (Bernama) -- Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock bahawa beliau terdengar Ahli Majlis Perbandaran Kajang Tan Boon Wah memarahi Teoh dengan suara yang kuat dan tinggi di dalam tandas pejabat SPRM Selangor, beberapa jam sebelum Teoh ditemui mati.

Penolong Penguasa SPRM Putrajaya, Bulkani Paharuddin berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi ketika beliau mengiringi Tan ke tandas.

"Sewaktu Tan masuk ke dalam tandas, saya berdiri di luar pintu tandas dan tidak lama selepas itu seorang lelaki Cina yang berseluar putih dan berbaju gelap (Teoh) datang dari arah bertentangan saya dan terus memasuki tandas yang sama.

"Ketika saya pusing nak berjalan semula ke arah pantry saya terdengar suara Tan memarahi lelaki berbaju gelap dan berseluar putih dalam bahasa Mandarin dengan menyebut "Ni Lor" iaitu "Awaklah" dalam nada kuat dan tinggi.

Bagaimanapun saya tidak mendengar respons atau jawapan daripada seorang lagi lelaki itu (Teoh)," katanya.

Bulkani kemudian menjelaskan beliau memahami bahasa Mandarin kerana pernah mendapat pendidikan di sekolah Cina dari darjah satu sehingga darjah enam.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lepas di tingkat lima Plaza Masalam di sini selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penylahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Kepada soalan peguam Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan Malaysia berapa lama insiden itu berlaku, saksi itu berkata beliau hanya berada di luar tandas kira-kira dua minit sebelum berjalan ke pantri untuk menghabiskan makanan yang ditinggalkannya ketika mengiringi Tan ke tandas.

Seterusnya saksi ke-22 itu berkata kira-kira lima minit selepas insiden itu, beliau melihat Tan berjalan melepasi pantri dan beliau tidak bertanyakan apa-apa (mengenai insiden dalam tandas) kepada Ahli Majlis itu.

Ketika ditanya Hock Chuan bagaimana beliau boleh mengetahui bahawa lelaki berseluar putih dan berbaju gelap itu adalah Teoh, Bulkani berkata beliau dapat mengecam Teoh setelah beberapa kali melihat gambar Teoh disiarkan di televisyen ekoran penemuan mayat mangsa di tingkat lima bangunan Plaza Masalam.

"Selepas beberapa hari televisyen tunjuk gambar Teoh, kemudian baru saya teringat dialah lelaki yang saya terjumpa di tandas yang memakai seluar putih dan berbaju hitam," katanya sambil menambah selepas insiden di tandas itu beliau tidak lagi berjumpa Teoh sehinggalah mangsa ditemui mati pada hari yang sama.

Terdahulu, Bulkani berkata beliau dan dua lagi pegawai SPRM ditugaskan untuk mengiringi Tan dari rumahnya di Balakong ke pejabat SPRM Selangor bagi tujuan membantu satu siasatan.

Ketika disoal peguam pemerhati keluarga Teoh, Gobind Singh Deo sama ada beliau mengetahui berapa ramai yang keluar atau masuk tandas ketika insiden itu berlaku, Bulkani berkata beliau tidak tahu kerana tidak masuk ke dalam tandas dan tidak menunggu lama di luar tandas.

"Jadi kamu tidak lihat siapa yang bersuara kerana kamu tidak masuk dan berada lama di luar tandas?" soal Gobind dan Bulkani menjawab: "Ya, tetapi saya anggap itu suara Tan, suara lain saya tidak dengar."

Gobind: Tan menafikan mengenai insiden itu dan saya cadangkan kamu tidak tahu siapa sebenarnya yang bersuara kepada lelaki berseluar putih dan berbaju gelap itu (Teoh).

Bulkani: "Saya yang bawa Tan ke tandas."

Kepada soalan Gobind sama ada beliau terlibat dalam kumpulan yang menyoal siasat Tan pada malam 15 Julai, Bulkani berkata beliau tidak terlibat, cuma ada bertanyakan beberapa soalan kepada Tan di bilik ping-pong bersama seorang lagi pegawai SPRM.

Gobind: Saya cadangkan yang segala kenyataan kamu tentang insiden di tandas itu adalah penipuan semata-mata.

Bulkani: "Saya tidak tipu".

Sementara itu, penolong kanan penguasa SPRM Selangor Raymond Nion Anak John Timban dalam keterangannya pada prosiding hari ke-21, berkata beliau ada ternampak Teoh bersama seorang lelaki Cina di ruang tamu bahagian pendidikan masyarakat di pejabat SPRM Selangor, kira-kira pukul 12.30 tengah malam, 16 Julai lepas.

"Masa itu saya tidak tahu siapa lelaki Cina itu kerana dia adalah orang luar dan semasa saya nampak Teoh bersama lelaki Cina itu tiada pegawai SPRM bersama mereka," katanya.

Seterusnya, saksi ke-23 itu berkata beliau sekali lagi ternampak Teoh sedang baring seorang diri di atas sofa di depan bilik penolong kanan penguasa SPRM Selangor Mohd Nadzri Ibrahim semasa beliau ingin meninggalkan pejabat kira-kira pukul 6 pagi (16 Julai).

Kepada soalan Hock Chuan sama ada beliau terlibat dalam siasatan dakwaan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri Selangor oleh majikan Teoh, Yong, Raymond berkata beliau hanya terlibat pada peringkat permulaan kerana perlu mengendalikan dua kes lain yang dibicarakan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dan Klang.

Ketika disoal Koroner Azmil Muntapha Abas yang mengendalikan inkues, sama ada beliau ada ternampak sesiapa melalui pejabatnya sepanjang berada di pejabat SPRM Selangor, Raymond berkata beliau ada melihat Mohd Nadzri, pemangku Penguasa Kanan SPRM Selangor Mohd Anuar Ismail dan Timbalan Pengarah SPRM Selangor Hishamuddin Hashim lalu di depan pejabatnya kira-kira pukul 5.45 pagi (16 Julai) tetapi tidak mengingati mereka menghala ke arah mana. Prosiding inkues bersambung 29 Sept.

--BERNAMA
=======================================================================
No injuries on Teoh's body when his statement was recorded

SHAH ALAM (Sept 17, 2009) : No injuries were visible on the body of political secretary Teoh Beng Hock when his statement was recorded, the inquest into his death was told today.

Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) officer Mohd Nadzri Ibrahim, the inquest's 21st witness, said he did not ask Teoh if he had been beaten or was hurt as he did not see any injuries on Teoh's body when he took the statement from 1.30am to 3.30am on July 16.

He said that while Teoh seemed "restless", his demeanor grew calmer as Teoh got tired during the two-hour long recording of his statement.

"Near the end of the recording, Teoh was cooperative. He did not look restless, he looked tired," Nadzri said during questioning by Tan Hock Chuan, the lawyer appointed by the government to assist in the inquest.

He said there was a break when Teoh used the toilet at 2.30am.

Asked whether anyone else had gone into the room when Teoh's statement was being recorded, he said MACC investigating officer Mohd Anuar Ismail was there between 2am and 2.30am to check on the recording.

"He came in at about 2 to 2.30. He was in my room for a few minutes, to ask about the condition of the witness and myself. I told Anuar everything was 'OK'."

Asked what he did next, Nadzri said he went to Anuar for instructions, who told him to release Teoh to go home to retrieve certain documents which were relevant to the investigation.

"I informed Teoh he could go home but to come back later with other documents," he said, adding that Teoh had asked to rest for a while in the MACC offices on the 14th floor of Plaza Masalam here.

Earlier, MACC officer Bulkini Paharuddin told the Teoh Beng Hock inquest he heard someone shout "It's you" in Mandarin in the men's toilet of the Selangor MACC offices.


Mohd Nadzri Ibrahim
Bukini said he had accompanied a witness, municipal councillor Tan Boon Wah, to the restroom when he heard the shout.

He said he had earlier seen a man in white long pants and black jacket, who he identified as Teoh Beng Hock, go to the toilet.

"I am not fluent in it (Mandarin) but I understood it meant 'It's you'," Bulkini said during questioning by lawyer Tan Hock Chuan, appointed by the government to assist in the inquest.

Asked if he had heard anything else, he said he had not as he had gone back to finish his meal in the pantry.

Bulkini said Boon Wah had interrupted his meal to ask for directions to the toilet.

Asked how he could understand Mandarin, Bulkini, who repeated what he heard in Manadrin to the court, said he received his primary education in a Chinese school.

Bulkini, the inquest's 22nd witness, also said he did not recognise Teoh initially but only knew who he was after seeing photographs of him on TV.

Questioned by Gobind Singh Deo, the lawyer for the Teoh family, Bulkini said he not know how many people were in the toilet at the time and did not see "who was speaking to whom" as he did not go in.

Malik Imtiaz Sarwar, counsel for the Selangor state government, applied for copies of the X-rays taken of Teoh by pathologist Dr Khairul Ibrahim and the logs for the biometric cards used at the main entrance of the MACC offices.

"This will put to rest certain doubts that have arisen whether people were there or not, from midnight to 8am on July 16," he said.

The inquest resumes on Sept 29.
sun2surf

Comments :

0 comments to “BERAPA ORANGKAH STAF SPRM YANG BERADA DI PEJABAT SEMASA TEOH DISOALSIASAT DAN MENEMUI MAUT?”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com