Pray For MH370

Pray For MH370

CALON SPM DAN ANCAMAN BANJIR



Bilik Gerakan SPM akan beroperasi di Lembaga Peperiksaan mulai 17 November hingga 16 Disember depan, dari jam 7 pagi hingga 7 malam, dan boleh dihubungi melalui talian 03-888... / 3809 / 3582 / 3520 / 3551 atau 03-888..., manakala nombor faks ialah 03-8889 3010 / 5561 / 3445.

Seramai 406,420 calon Kementerian Pelajaran, persendirian perseorangan (32,561), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sekolah perantis tentera (7,071), sekolah agama negeri (8,765), serta sekolah agama rakyat dan sekolah swasta (11,036) akan menduduki peperiksaan SPM.

Arahan siap sedia hadapi bah ketika SPM


KUALA LUMPUR: Lembaga Peperiksaan sudah memaklumkan kepada Majlis Keselamatan Negara dan Pejabat Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, mengenai kemungkinan ancaman banjir ketika peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari 18 November hingga 16 Disember ini, untuk mendapat bantuan sewajarnya.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata semua pengarah jabatan pelajaran negeri serta pengetua sekolah turut dimaklumkan mengenai persediaan yang perlu dibuat berkaitan banjir berdasarkan Operasi Payung (Pekeliling Persediaan Menghadapi Banjir Yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan Bil 6/2008).

Beliau berkata, langkah persediaan sebelum, semasa dan selepas banjir sudah dibuat oleh semua pihak terbabit bagi memastikan peperiksaan dapat berjalan lancar mengikut jadual.

"Sekolah berisiko tinggi menghadapi banjir perlu menyediakan bilik peperiksaan alternatif yang lebih selamat. Mana-mana calon yang mungkin diancam banjir juga dikenal pasti bagi memudahkan sebarang bentuk bantuan seperti tempat tinggal, makanan dan keperluan asas, disalur atau disediakan dengan segera," katanya dalam kenyataan media, semalam.

Seramai 465,853 calon akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini di 3,569 pusat dengan 23,864 petugas di seluruh negara.

Jumlah itu meliputi 406,420 calon Kementerian Pelajaran, persendirian perseorangan (32,561), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sekolah perantis tentera (7,071), sekolah agama negeri (8,765), serta sekolah agama rakyat dan sekolah swasta (11,036).

Alimuddin berkata, LP mengingatkan semua calon terbabit membuat persiapan awal menghadapi sebarang keadaan yang mungkin menghalang atau menyebabkan mereka tergendala ke pusat peperiksaan mengikut jadual.

"Pada masa sama, calon diminta sentiasa peka dan mengikuti perkembangan terkini melalui media massa sekiranya berlaku sebarang pindaan jadual atau perubahan pusat peperiksaan," katanya.

Di samping itu, Alimuddin berkata, LP mengeluarkan pekeliling berkaitan Garis Panduan Menghadapi Wabak Penyakit Yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan kepada semua sekolah.

Katanya, garis panduan itu menghendaki pelajar dan keluarga mengikuti perkembangan wabak penyakit serta peka kepada maklumat terkini, terutama bagi mengelak penularan virus Influenza A (H1N1), sekali gus mematuhi arahan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata, Bilik Gerakan SPM akan beroperasi di LP mulai 17 November hingga 16 Disember depan, dari jam 7 pagi hingga 7 malam, dan boleh dihubungi melalui talian 03-888... / 3809 / 3582 / 3520 / 3551 atau 03-888..., manakala nombor faks ialah 03-8889 3010 / 5561 / 3445.

Berita Harian Online

Comments :

0 comments to “CALON SPM DAN ANCAMAN BANJIR”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com