Pray For MH370

Pray For MH370

JOM KERJA WAHAI ANAK SELANGOR

KENYATAAN MEDIA

10 DISEMBER 2009

SELANGOR TERUSKAN PROGRAM JOM KERJA

(gambar 1) - YB Dr Halimah Ali, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan sedang menyampaikan ucapan beliau di Majlis Pelepasan 'Flag Off' Jelajah Jom Kerja Daerah Kuala Langat.



(gambar 2)- YB Dr Halimah Ali, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan sedang melepaskan para peserta Jelajah Jom Kerja Daerah Kuala Langat.

Majlis Pelepasan ‘Flag Off’ Jelajah Jom Kerja Daerah Kuala Langat telah disempurnakan oleh YB Dr Halimah Ali, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan pada jam 9.30 pagi di Tempat Letak Kereta Uptown Banting (depan Bazar Banting), hari ini.

Program diikuti dengan peserta jelajah yang disertai oleh Briged Amal Selangor dan kakitangan-kakitangan Kerajaan Negeri memulakan konvoi ke kawasan kampung-kampung untuk menghebahkan “walk-in interview” kepada mayarakat setempat selama dua hari (10 dan 11 Disember). “Walk-ni interview” ini akan diadakan di Dewan Sri Jugra, Banting pada 14-15 Disember 2009 bermula pada pukul 9.00pg – 5.00ptg.

Hampir 20,000 peluang pekerjaan perlu direbut oleh penduduk tempatan kesan daripada ekonomi yang semakin baik.

Antara objektif program ini adalah untuk memastikan penduduk tempatan diberi keutamaan dalam merebut peluang pekerjaan yang ada. Ianya juga selaras dengan usaha berterusan Kerajaan Selangor untuk meningkatkan taraf hidup rakyat melalui pengurangan pengangguran.

Siri Jelajah Jom Kerja Daerah Klang pula akan seterusnya diadakan pada 8 dan 9 Januari 2010. Penjelajahan dan hebahan di setiap kawasan dan kampung-kampung dan diikuti dengan “walk in interview “ pada 9-10 Januari 2010 di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah/Tanah Klang.

Calon-calon yang berminat boleh pergi ke salah satu siri Jelajah Jom Kerja dengan membawa bersama sijil-sijil dan dokumen yang berkenaan. Sebarang maklumat boleh berhubung dengan Encik Daniyal di talian 03-55447515.

SEKRETARIAT AKHBAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Comments :

0 comments to “JOM KERJA WAHAI ANAK SELANGOR”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 months ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    11 months ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com