Pray For MH370

Pray For MH370

LARIAN RAKYAT SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR

SELANGOR ANJUR LARIAN

RAKYAT SEMPENA HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN SELANGOR





Tarikh: 11 Disember 2009
Tempat: I-City Sek 7 Shah Alam

Masa:


















Bersempena dengan Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Yang ke-64, satu acara larian yang dikenali sebagai Larian Rakyat akan diadakan pada 11 Disember (Jumaat), jam 7.30 pagi di i-City, Seksyen 7 Shah Alam.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan melepaskan peserta-peserta Larian Rakyat pada jam 7.30 pagi. Larian Rakyat ini dianjurkan oleh Tourism Selangor dengan kerjasama , i-City, Selangor State Invesment Cente (SSIC) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Antara objektif-objektif penganjuran larian ini adalah untuk merayakan dan memeriahkan Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor, tanda kasih rakyat Selangor terhadap DYMM Sultan Selangor, menggalakkan rakyat dan penduduk Selangor untuk mengamalkan gaya hidup sihat serta mempromosi Bandaraya Shah Alam dan i-City sebagai zon pelancongan Negeri Selangor.

Tarikh tutup pendaftaran penyertaan adalah pada 10 Disember 2009. Orang ramai boleh memuat turun borang yang dilampirkan dan di fakskan kembali kepada Tourism Selangor di 03 5513 6268.

Pembayaran dan pengambilan nombor boleh dibuat dari 7-10 Disember (Isnin-Khamis) pada jam 11 pagi hingga 7 petang di Pusat i-City, Seksyen 7, Shah Alam.

Setiap penyertaan individu akan dikenakan yuran sebanyak RM10 manakala penyertaan keluarga berjumlah RM30 (untuk ibubapa dan 2 orang anak).

Terdapat lapan kategori yang dipertandingan pada Larian Rakyat ini. Maklumat kategori-kategori adalah seperti berikut:-

Kategori:
A - Lelaki Terbuka (10km) : 18-39 Tahun
B - Wanita Terbuka (10km) : 18-36 Tahun
C - Lelaki Veteran (7km) : 40 Tahun ke-atas
D - Wanita Terbuka (7km) : 37 Tahun ke-atas
E - Lelaki Junior (7km) : 13-17 Tahun
F - Wanita Junior (7km) : 13-17 Tahun
G - Larian Ria (3km) : Ibu Bapa dan 2 Anak
H - Orang Kurang Upaya (5km) : Terbuka

Orang ramai dijemput turut serta untuk memeriahkan lagi Larian Rakyat ini. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Pejabat Tourism Selangor di 03-5513200 serta Urusetia Larian Rakyat di 0162076951, 0193685275 dan 0162076956. Atau e-mel kepada events@tourismselangor.org

Comments :

0 comments to “LARIAN RAKYAT SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com