Pray For MH370

Pray For MH370

SAINTIS SINGAPURA CIPTA KAEDAH KESAN SERANGAN JANTUNG

'Troponin' dan kreatinin adalah protein kompleks daripada otot jantung yang diserapkan ke dalam darah apabila sel dan tisu jantung rosak selepas serangan jantung akibat salurnadi tersumbat.

Maka peningkatan kadar 'troponin' atau kreatinin kinase dalam darah boleh memaklumkan kepada doktor bahawa serangan jantung telah berlaku.

Caranya ialah menggunakan teknologi dawai paling kecil yang diperbuat daripada silikon semikonduktor sebagai pengesan bio (bio-sensors), dan hanya memerlukan setitik darah.

Singapura Bangun Sistem Pantas Untuk Diagnosis Serangan Jantung


SINGAPURA, 8 Dis (Bernama) -- Pakar penyelidik Singapura telah membangunkan sebuah sistem bersepadu sensitif dan pantas untuk menguji enzim kardiak atau biomarkers khusus dalam darah.

Berbanding ujian konvensional ELISA (Enzyme Linked Immunosorbent Assay), sistem bersepadu terbaru itu memendekkan masa persediaan sampel dan analisa dari enam jam kepada 45 minit sahaja, menurut Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR)).

Dalam kenyataan Selasa, A*STAR berkata sistem terbaru ciptaan kumpulan penyelidik di Institut Mikroelektronik menunjukkan kemampuan kepelbagaian di mana ia boleh mengukur beberapa biomarkers kardiak secara serentak, dengan menyumbang kepada butiran terperinci dan penentuan diagnosis.

Sistem bersepadu berasaskan silikon, yang menggunakan teknologi dawai paling kecil yang diperbuat daripada silikon semikonduktor sebagai pengesan bio (bio-sensors), juga turut mengurangkan pembedahan invasif kerana ia hanya memerlukan setitik darah.

Biomarkers kardiak, seperti 'troponin-T' dan kreatinin kinase adalah bahan protein yang digunakan untuk diagnosis serangan jantung.

'Troponin' dan kreatinin adalah merupakan protein kompleks daripada otot jantung yang diserapkan ke dalam darah apabila sel dan tisu rosak selepas serangan jantung.

Oleh itu, peningkatan kadar 'troponin' atau kreatinin kinase dalam darah boleh memaklumkan kepada doktor bahawa serangan jantung telah berlaku.

Dalam insiden disyaki berlaku serangan jantung, ciri-ciri terbaru dalam sistem ini boleh menjimatkan masa dalam membantu doktor melakukan pengesanan yang tepat untuk diberi rawatan perubatan, kata A*STAR.

A*STAR merupakan agensi utama dalam memupuk penyelidikan saintifik bertaraf dunia dan bakat dalam dunia perubatan.

BERNAMA

Animasi Jantung Berdenyut

Comments :

0 comments to “SAINTIS SINGAPURA CIPTA KAEDAH KESAN SERANGAN JANTUNG”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 months ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    11 months ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com