Pray For MH370

Pray For MH370

EMPAT GEREJA DI SELANGOR TELAH MENJADI MANGSA

Kenapa gereja di Selangor sahaja menjadi sasaran puak pelampau atau penjenayah?
Gereja Assumption di Jalan Templer dan Gereja Life Chapel di Damansara, kedua-duanya di Petaling Jaya serta Gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati, Kuala Lumpur, Gereja Assumption dan Gereja Life Chapel.

Tiada Tangkapan Ekoran Lontaran Bom Api Dua Gereja

SHAH ALAM, 8 Jan (Bernama) -- Tiada tangkapan dibuat sehingga kini dalam dua kejadian lontaran bom api di dua buah gereja di Petaling Jaya, pagi ini, kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor ACP Omar Mammah.

Beliau berkata siasatan di tempat kejadian Gereja Assumption di Jalan Templer dan Gereja Life Chapel di Damansara, kedua-duanya di Petaling Jaya, menemui pecahan botol dan cebisan kain pencuci luka yang dijadikan sebagai sumbu bom itu.

"Setakat ini kita jalankan rondaan di kawasan rumah ibadat bukan sahaja di gereja tetapi juga masjid untuk mengelakkan berulang kejadian tidak diingini itu," katanya pada persidangan akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini.

Katanya tiada saksi yang melihat kejadian itu, cuma mendengar bunyi benda pecah di atas jalan di perkarangan gereja berkenaan.

"Sehingga kini di Selangor kita hanya menerima dua laporan polis berhubung kejadian baling bom di gereja," katanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan hanya menerima tiga laporan polis berhubung kejadian cubaan menyerang gereja iaitu Gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati, Kuala Lumpur, Gereja Assumption dan Gereja Life Chapel.

BERNAMA

Comments :

2 comments to “EMPAT GEREJA DI SELANGOR TELAH MENJADI MANGSA”
madbi said...
on 

gereja kena baka pun pelik ke?? kenapa di selangor saja terbakar pon pelik ke?? susah sangat ker nak pikir?? camana jadi wakil rakyat kalau benda kecik camni pon tak boleh pikir.... benda kecik jer. jangan memandai buat ulasan, diam, tutup mulut, pekakkan telinga, pejam mata.... seminggu lagi setel la....

Anonymous said...
on 

18/20 agreement sarawak menyertai malaysia ialah Islam bukan agama rasmi negeri Sarawak. Saya hormati pandangan saudara, tetapi cuba saudara dalam kedudukan kami rakyat sarawak yang sudah lama meggunakan perkataan Allah ini semasa upacara sembahyang sejak sebelum merdeka lagi. Walaupun jika perkataan ini diharamkan, kami masih juga akan menggunakan perkataan ini. adakah kerajaan berani bertindak? mungkin mereka dahagakan darah. Jangan lupa, semenanjung adalah tanah seberang. Kalau tidak, sarawak akan menjadi second timur leste. Mungkin indonesia berminat menghulur senjata.fikir-fikirkanlah. Ada sesetengah perkara perlu dibiarkan sahaja.

Dayak Militan

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com