Pray For MH370

Pray For MH370

PROGRAM JOM KERJA SIRI III DAERAH KLANG

PROGRAM JOM KERJA SIRI III DAERAH KLANG PADA 9 DAN 10 JANUARI 2010


Kerajaan Negeri Selangor bersama Perbadanan Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) dan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) akan menganjurkan Program Jom Kerja! Siri III Peringkat Daerah Klang yang akan disertai oleh 25 syarikat swasta terpilih pada 9 dan 10 Januari 2010 (Sabtu & Ahad) di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Klang bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Temuduga terbuka akan diadakan bagi mengisi kekosongan jawatan dari peringkat SPM hingga Ijazah.

YB Dr Hajah Halimah Ali, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan dijangka hadir merasmikan Sesi Pelepasan ‘Flag Off’ peserta Program Jelajah Jom Kerja! yang akan diadakan pada jam 9.30 pagi, 8 Januari 2010 (Jumaat) di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Klang. Tujuan program Jelajah Jom Kerja! ini diadakan adalah sebagai hebahan kepada masyarakat setempat. Laluan peserta jelajah adalah seperti di lampiran berkembar.

Selain itu, satu sesi Ceramah Menangani Gejala Sosial juga akan diadakan bertempat di perkarangan Flat Seri Perantau, Klang sebagai acara kemuncak Jelajah Jom Kerja ini pada jam 9.00 malam, 8 Januari 2010 (Jumaat) Terdapat juga beberapa pameran yang akan disertai oleh beberapa agensi Kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di lokasi sama.

Antara objektif Program Jom Kerja! ini adalah untuk memastikan penduduk tempatan diberi keutamaan dalam merebut peluang pekerjaan yang ada terutamanya golongan belia dan ibu tunggal. Ianya juga selaras dengan usaha berterusan Kerajaan Selangor untuk meningkatkan taraf hidup rakyat melalui pengurangan pengangguran.

Program ini diharapkan dapat menyebarkan maklumat dengan lebih berkesan kepada rakyat tentang peluang-peluang pekerjaan di Selangor di mana peluang tersebut dibuka seluas-luasnya kepada rakyat tempatan sebelum pihak berkenaan mendesak mencari pekerja asing.

Calon-calon yang berminat boleh hadir ke lokasi Program Jom Kerja! Siri III di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Klang dengan membawa bersama sijil-sijil dan dokumen yang berkaitan. Sebarang maklumat boleh berhubung dengan Encik Daniyal di talian 03-55447515.

Comments :

0 comments to “PROGRAM JOM KERJA SIRI III DAERAH KLANG”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com