Pray For MH370

Pray For MH370

MOHSIN HARUS DIJADIKAN CONTOH

Mengkhianati perjuangan, berpaling tadah, mungkir dengan janji ketika berkempen, menyalahgunakan amanah serta mandat yang diberi rakyat dan enggan meletak jawatan sebagai wakil rakyat bagi membolehkan satu pilihan raya kecil diadakan adalah di antara sebab-sebab kenapa Mohsin diharuskan hukuman duniawi dari ALlah. Satu jalan keluar ialah Mohsin bermubahalah dengan pengundi kawasan Parlimen Bagan Serai.


Tindakan rakyat untuk bersembahyang hajat mohon bala diturunkan kepada Mohsin TIDAK ZALIM.

Dengan bertindak keluar PKR dan menjadi ahli Parlimen Bebas, Mohsin sebenarnya telah menzalimi dirinya sendiri


Mohsin hadapi solat hajat 7 hari 7 malam


Ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah.


Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.

“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.

“Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” kata Ahmad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Perak pada pilihan raya umum sebelum ini.

Bekas naib presiden PAS itu mengulas tindakan Mohsin yang keluar PKR dan menjadi wakil bebas dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.


Pada sidang media bagi mengumumkan perkara itu semalam, Mohsin (kanan) dilaporkan berkata, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran dalaman tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.

Ketika menghubungi Malaysiakini semalam, Ahmad berkata, tempoh tujuh hari yang diberikan kepada Mohsin untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat bermula semalam apabila pengumuman itu dibuat.

Ditanya sama ada program berkenaan akan dianjurkan oleh PAS negeri, Ahmad berkata ia anjurannya sendiri yang bertanggungjawab menerima Mohsin sebagai calon kawasan tersebut pada masa itu.

Bagaimanapun, tambah Ahmad, beliau juga mengajak pengundi kawasan itu, penyokong PAS sekitar kawasan parlimen berkenaan dan kira-kira seribu pelajar daripada sebuah pusat pengajian agama yang diasaskannya di Perak bagi menyertai solat tersebut.

Ahmad sebelum itu telah dua kali bertanding pada pilihan raya umum di kawasan parlimen tersebut pada 1999 dan 2004. Bagaimanapun beliau tewas kedua-dua kali di tangan calon BN.

Mengimbau semula detik-detik ketika Mohsin dipilih sebagai calon bagi Pakatan Rakyat, ketika itu Ahmad berkata, bukan sahaja pengundi, tetapi penyokong PAS juga tidak mengenalinya.


“Semua orang tanya siapa beliau,” kata Ahmad yang berkata pihaknya bertungkus lumus berusaha bagi memastikan Mohsin menang.

“Waktu berkempen itu, kita bawa dia, iring ke sana ke mari. Saya (sendiri) cakap pada pengundi-pengundi, kalau tuan-tuan undi Mohsin, samalah macam tuan-tuan undi saya,” katanya.

Ahmad juga dilihat menunjukkan keraguannya terhadap tindakan politik Mohsin tersebut yang menurutnya berlaku secara tiba-tiba.

Katanya, beliau difahamkan, ketika seorang aktivis PAS kawasan tersebut berhubung dengan Mohsin kelmarin, soal peletakan jawatannya tidak timbul langsung.

“Berdasarkan sidang media beliau, daripada cara dia baca kenyataan akhbar, dengan salah sebut beberapa kali, saya rasa itu bukan beliau yang buat,” kata Ahmad.

Sementara itu, kira-kira jam 10 pagi ini, sejumlah 200 orang berhimpun di depan pejabat Mohsin di Bagan Serai bagi mendesak wakil rakyat itu meletakkan jawatan segera.

Jimadie Shah Othman/malaysiakini

Comments :

3 comments to “MOHSIN HARUS DIJADIKAN CONTOH”
Bah Lontok said...
on 

Cuba bertenang dan bersabar, Tuhan suka orang yang sabar.

Tak baik kasi orang dapat bale, ada lebih baik jika doakan dia selama saja.

Suara Baru said...
on 

Apakah Nabi Muhammad S.A.W pernah medoakan orang yang tidak sependapat dengan beliau untuk ditimpa bencana..bagaimana pula dengan kisah peduduk taif yang melemparkan batu ke arah rrasululah s.a.w hinggakan malaikat Jibril r.a bertanyakkan kepada rasulullah s.w.t "adakah baginda mahu jibril menterbalikan bumi taif ini nescaya aku akan lakukan..." adakah apa yag YB doakan atau pas Buat ni ikut sunnah Rasullullah s.a.w mohon penjelasan.

Unknown said...
on 

Saudara Suara Baru,
Biar saya tanya saudara Suara Baru, Berapa orangkah dari penduduk Taif yang menyakiti ArRasul saw? Kanak-kanak atau dewasa?
Berapa jumlah penduduk Taif ketika itu?

Jika Malaikat Jibril memusnahkan kota Taif, berapa orangkah yang akan mati?

Tuan nak samakan kes Mohsin dengan kes ArRasul di Taif Ok. Apa sebenarnya yang telah dilakukan oleh Mohsin?

Kemenangan Mohsin untuk pengetahuan Saudara telah dibantu dari A sampai Z oleh petugas Pakatan Rakyat. Dia bertanding dan menang atas tiket PKR, menggunakan logo PKR/PR dan kemudian "melompat" keluar?

Dia boleh melompat parti tetapi kosongkan kerusi yang dimenanginya dulu atas tiket PKR. Di mana kewibawaan dan integriti sebagai seorang insan? Untuk perbincangan lanjut sila email saya di:

dr_transimmunotron@yahoo.com


Sila layari

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25560:kewibawaan-ahmad-awang-sebagai-ulama&catid=88:subky-latif&Itemid=130

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com