Pray For MH370

Pray For MH370

Mendidik, dididik, terdidik


Entah sudah berapa billion ringgit yang telah kita habiskan untuk apa yang dikatakan satu masa dahulu Kementerian Pendidikan yang sekarang diberi nama baru Kementerian Pelajaran Malaysia.
Persoalan pokok yang mesti dianalisa ialah sejauh manakah keberkesanan proses mendidik generasi pelapis untuk menjadi generasi yang bermaruah, berakhlak dan berketrampilan yang berjaya menguruskan kehidupannya bersesuaian dengan tujuan penciptaannya.

Adakah orang yang diberi tanggungjawab dan menerima tanggungjawab itu benar-benar bersedia mendidik insan kecil yang seperti rebung mudah dilentur itu. Niat mendidik untuk menghasilkan satu bangsa bertamaddun adalah amat berbeza hasilnya dengan niat mendidik hanyalah sebagai kerjaya untuk mendapat ganjaran bulanan. Insan yang terhasil dari ‘air tangan’ pendidik yang berjiwa ikhlas berciri murabbi yang dididik dengan mahabbah war rahmah akan muncul sebagai insan produktif dan efektif dalam hidup yang terpancar nur kebahagiaan dek keberkatan ilmu, usaha gigih dan doa si pendidik.

Tasawwur yang jelas tentang erti sebenar kehidupan akan mencerah masa depan yang terdidik. Yang terdidik akan kenal dirinya siapa dan apa. Ia juga mampu menanggapi tanda-tanda wujudnya Pencipta dirinya serta dunia yang boleh dikesan oleh pancainderanya dan juga alam yang tidak boleh dikesan secara zahir oleh organ sensorinya namun tetap wujud, yakni alam ghaib seperti syurga, neraka, alam akhirat, malaikat dan jin/syaitan.
Jalan kehidupan insan terdidik akan mempamerkan kematangan dari segi sistem dan disiplin mengurus diri dan kemampuan menggunakan sumber yang sedia ada dalam jangkauannya untuk mempastikan jasadnya terpelihara dengan sempurna, akal diguna secara maksima dan ruh diberi santapan berkala. Beliau dididik
tentang konsep dirinya sebagai insan. Beliau diberi kunci ilmu teras dan asas. Beliau dilatih mendisiplinkan diri. Faham erti sabar, berpandangan jauh, panjang akal, berfikiran terbuka, berlapang dada, berbudi bahasa dan mengerti hidup berpasak peraturan Empunya bumi dan langit dan juga dirinya.
Insan yang menguasai kefahaman pola kehidupan dan arah tujuan, segala tindakan akan diatur mengikut kerangka rabbani ini.

Persoalan asas apa dan siapa aku, kenapa aku dicpita, kenapa makhluk lain disekeliling ku dicipta, alam sekitar apa ertinya ini. Apa hubungan makhluk sekeliling denganku? Di mana aku? Kemana selepas ini akan aku pergi? Bila? Apa yang aku perlukan? Apa erti kejayaan dan kebahagiaan hakiki? Bagaimana aku nak capai matlamat? Bagaimana aku nak elak masalah dan kegagalan? Apa yang mesti aku lakukan sekiranya aku tersilap langkah? Adakah hidup ku hanya di sini? Berapa lamakah aku diberi tempoh? Kalau habis peluang apa akan terjadi kepaa ku?

Semua ini adalah bahan yang menjadi object kurikulum pendidikan.
Andainya manusia gagal menjawab soalan soalan kritikal ini, maka gagallah ia dalam hidupnya.

Comments :

0 comments to “Mendidik, dididik, terdidik”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com