Pray For MH370

Pray For MH370

UMNO BARU KALAH! TAK HAIRAN...

Kekalahan BN bukan perkara pelik — Aspan Alias


22 JUN — Sesudah 54 tahun berkuasa dan bermaharajalela, Umno Baru akan sampai ke penghujungnya dan sudah terlalu banyak dalil dan tanda-tanda yang menunjukkan ia akan berlaku. Tidak payah disebut dan diulangi kali ini kerana kenyataan itu sudah dirasai oleh ramai rakyat dan ia dirasakan di dalam naluri mereka yang memerhati keadaan ini.

Ia tidak usah disedihkan kerana ia perlu berlaku bagi menjauhkan negara daripada terjerumus ke lembah kerosakan kepada budaya politik negara kita yang kita sayangi ini. Parti Liberal Demokrat Jepun (LDP) telah tumbang setelah memerintah negara matahari terbit itu selama lima puluh tahun.
LDP merupakan parti yang telah berjasa kepada negara Jepun. LDPlah yang telah membangunkan Jepun dengan begitu pantas setelah negara itu mengalami kekalahan yang menghinakan dalam peperangan dunia ke-2 dahulu.


Negara Jepun yang telah hancur lebur hasil dari ledakan bom atom di Hiroshima yang menjadi penyebab kepada kekalahan Jepun itu, telah dibangunkan kembali oleh LDP sehinggakan Jepun menjadi kuasa ekonomi yang besar di dunia ini.

Jasa LDP kepada negaranya begitu “quantifiable” kerana dalam tempoh lima dekad dalam pentadbiran dan pemerintahan parti LDP itu, Jepun telah menebus kekalahan yang dialaminya yang begitu hina, menjadi sebuah negara yang tidak boleh ditinggalkan dalam segala urusan antarabangsa, khususnya dalam bidang ekonomi dan perdagangan antarabangsa. Keributan kecil di Jepun boleh menjejaskan keadaan ekonomi dan seterusnya politik dunia, lebih-lebih lagi rantau Asia ini.

Pemimpin LDP tahu dan faham apa yang mereka lakukan dan mereka tidak melakukan sesuatu tindakan itu berdasarkan kepada politik kepartian semata-mata. Jepun khususnya pimpinan LDP membangunkan negara bukan kerana diasaskan kepada kepentingan kepartian LDP semata-mata tetapi berdasarkan kepada matlamat yang “ultimate” bagi rakyat dan negara iaitu untuk mencapai pembangunan negara (nation building) dalam erti kata yang sebenarnya.
Negara Jepun setelah mengalami kekalahan peperangan dunia kedua tidak menunggu lama untuk memperbaiki keruntuhan hasil dari peperangan itu. Jepun terus sahaja membangunkan industri negaranya dengan memilih “formula” dan pendekatan yang radikal dan prakmatik.

Yang pertama dilakukan oleh Jepun ialah untuk membangunkan industri “precision”nya dengan disampingi oleh “R&D” nya kerana mereka tahu yang cara untuk menyaingi pembangunan negara-negara lain yang sedang membangun dengan pesatnya ialah dengan mencapai “perfection” yang tinggi. Jepun tahu yang cara untuk mencapai “competitiveness” yang tinggi ialah untuk membina industri kepada produk-produk yang mampu dieksport dan mudah diterima oleh pasaran antarabangsa.

Jepun di bawah pimpinan LDP sedar bahawa negara itu tidak mempunyai kekuatan “export” untuk apa-apa komoditi kerana Jepun merupakan negara secara “geographic”nya merupakan negara yang tidak mempunyai keluasan untuk kediaman yang besar. Jepun hanya mempunyai satu pertiga kawasan negaranya yang boleh didiami oleh manusia dan negara itu tidak mempunyai hasil bumi yang besar seperti di negara kita ini.

Mahu tidak mahu Jepun terpaksa menumpukan usahanya untuk pembangunan industri sahaja semasa itu. Pembangunan industri “precision” itu telah membantu pembangunan industri yang lain kerana kos pengeluaran barangannya menjadi rendah kerana kos yang dibelanjakan terhadap “capital goods” dalam sesuatu pengeluaran itu menjadi rendah. Ini ialah kerana mesin-mesin untuk mengilang itu dikeluarkan oleh negara Jepun sendiri hasil dari “R&D”nya yang berjaya itu.
Di sebaliknya, di negara kita sampai ke hari ini kita belum pun lagi mempunyai industri Malaysia itu sendiri. Malaysia belum lagi mempunyai barangan industri kita sendiri untuk dieksport atau menjadi kegunaan masyarakat antarabangsa. Kesemua industri yang ada di negara kita hanyalah merupakan industri “footloose” yang boleh dipindah dan dianjak kemana-mana oleh pengilang-pengilang antarabangsa yang ada disini.

Malahan banyak di antara kilang-kilang gergasi kepunyaan negara lain yang beroperasi di negara kita telah memindahkan operasinya di negara-negara jiran kita seperti Thailand dan Vietnam.
Begitulah besarnya jasa LDP kepada negara Jepun tetapi setelah memerintah selama lima dekad rakyat menolak parti itu kerana kepentingan negara dan rakyat. LDP telah melakukan kesilapan demi kesilapan kerana mereka (LDP) telah mengambil segala-galanya “for granted” kerana telah terlalu biasa dengan kuasa yang rakyat mandatkan.

Rakyatnya mementingkan kepentingan negara sebagai perkara yang utama. LDP sudah mula diselaputi oleh kegiatan rasuah dan salahguna kuasa dan kadar rasuahnya tidaklah sebesar apa yang berlaku di negara kita. Itu pun rakyat Jepun menolaknya setelah berjasa kepada Jepun selama lima puluh tahun.

Itulah sebabnya jika Umno Baru mengungkit-ungkit apa yang mereka telah lakukan terhadap rakyat dan meminta rakyat mengenang jasanya untuk meneruskan kuasa itu, ia merupakan satu penganiayaan kepada negara sendiri.
Umno Baru mahukan rakyat mengenagkan jasa-jasa lama dan melupakan sahaja isu rasuah yang berluas-luasa yang mereka lakukan. Bagi Umno Baru “aku boleh rasuah kerana aku telah lama berjasa” itu merupakan budaya dan pemikiran yang amat hina terhadap rakyat.
Umno Baru telah mengungkit sampai ke perkara yang kecil dan di kampung saya suatu ketika dahulu pemimpin Umno Baru mengungkitkan bantuan gigi palsu sebagai cara untuk menyambung sokongan terhadap mereka (Umno) Baru.

Kita perlu mengambil contoh yang baik seperti contoh yang dilakukan oleh rakyat Jepun. Mereka (rakyat Jepun) mengutamakan nasib dan masa depan negara. Mereka tidak termakan dengan cerita jasa lama dan membiarkan negara mereka dipunah-ranahkan oleh pemimpin-pemimpi parti yang telah berjasa lebih besar kepada rakyatnya dari jasa Umno Baru kepada rakyat Malaysia.

Kita juga elok mengkaji apa yang berlaku kepada Parti Kongress India yang telah ditumbangkan oleh rakyat negara India setelah hampir lima dekad berjasa kepada negara demokrasi terbesar di Asia itu. Semuanya mengambil giliran untuk turun apabila masanya tiba.

Begitu juga Parti Golkar dari Indonesia. Ini semuanya merupakan contoh-contoh yang hampir dengan kita yang sejarahnya masih baru dan muda. Kita tidak payah membaca tentang sejarah lama seperti kejatuhan Empire Roman dan sebagainya.

Apa yang berlaku di sekeliling kita sudah memadai untuk dijadikan contoh dan teladan.

SUMBER: aspanaliasnet.blogspot.com

Comments :

0 comments to “UMNO BARU KALAH! TAK HAIRAN...”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 months ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    1 year ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com