Pray For MH370

Pray For MH370

Mengumumkan Ketibaan Pesawat MH007 Dari KK Membawa Penumpang @Pengundi Hantu Selangor

 Tarikh 01 Mei 2013 kemungkinan ketibaan beramai-ramai  penerbangan cartar dari Sabah sebagai pengundi hantu di Selangor. Pasukan risikan PR akan terus memantau lapangan terbang di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan Low Cost Carrier Terminal (LCCT) di Sepang, Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi serta Lapangan Terbang Subang di Subang. Mereka kini juga sedang dalam pemerhatian untuk mengenal pasti tempat kediaman penumpang-penumpang penerbangan ini.

Lebih 36,000 Pengundi Ragu Bakal Membanjiri Selangor 

Lizawati Madfa/Selangorku

SHAH ALAM 29 APR : Pakatan Rakyat (PR) mendakwa satu langkah agresif sedang diambil untuk membanjiri Selangor dengan lebih 36,000 pengundi ragu dalam beberapa hari lagi bagi merampas Selangor daripada gagasan itu.

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Shamsuddin mendakwa mereka akan dibawa masuk secara berperingkat melalui ‘charter flights’ (penerbangan tempahan khas) daripada Kota Kinabalu bermula 2 Mei sehingga 4 Mei ini.

Langkah itu mampu menguatkan kemampuan Umno-BN untuk merampas kira-kira 11 kerusi DUN yang dimenangi PR Selangor. Ini kerana kerusi tersebut dimenangi dengan majoriti kurang daripada 3,000 undi.
Sekiranya di agihkan antara 11 kerusi DUN itu, ia mampu memberi pertambahan lebih 3,200 “pengundi percuma” kepada Umno-BN.

Jika Umno-BN mampu mempertahankan 20 kerusi DUN yang sekarang miliknya, kemenangan dalam 11 kerusi DUN milik PR Selangor akan membolehkannya memperoleh majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Negeri.

Umno-BN memenangi 20 daripada 56 kerusi DUN pada pilihanraya 2008. PR Selangor memenangi 36 kerusi, tetapi hilang dua kerusi selepas dua ADUN PR Selangor, Badrul Hisham Abdullah dan Datuk Dr Hassan Ali, keluar dari gagasan itu.

Pengundi ragu yang akan dibawa masuk itu termasuk mereka yang yang lahir dan bermastautin di luar Selangor tetapi berdaftar sebagai pengundi di Selangor dan pengundi bukan warganegara Malaysia.
“Kita percaya terdapat pihak tertentu yang mengawasi dan mengubah beberapa penerbangan khas itu daripada terus dikesan pihak kita,” kata Jaafar pada satu sidang media.
“Sebagai contoh, pada 28 April, kita telah memantau di KLIA setelah menerima maklumat penerbangan tempahan khas MH 8601 akan mendarat pada pukul 6 pagi namun penantian sehingga jam 11.30 pagi tidak mendapati sebarang pendaratan.

“Pemberi maklumat dalaman kemudian memberitahu bahawa jadual penerbangan itu telah ditunda kepada tarikh lain iaitu pada 1 Mei nanti,” jelas Jaafar.

Dalam pada itu, beliau berkata pasukan risikan PR akan terus memantau lapangan terbang di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan Low Cost Carrier Terminal (LCCT) di Sepang, Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi serta Lapangan Terbang Subang di Subang.
Mereka kini juga sedang dalam pemerhatian untuk mengenal pasti tempat kediaman penumpang-penumpang penerbangan ini.

Comments :

0 comments to “Mengumumkan Ketibaan Pesawat MH007 Dari KK Membawa Penumpang @Pengundi Hantu Selangor”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 months ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    1 year ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com