Pray For MH370

Pray For MH370

PAS & UMNO Dari Sudut Perlembagaan Parti

 Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib berkata, tindakan UMNO berbeza                                                   dengan perjuangan PAS yang menggunakan sepenuhnya kreadibiliti ulama dan ilmuan agama dalam memacu pentadbiran parti malah menjadikan al-Quran sebagai sumber perjuangannya.
PAS juga menyeimbangkan golongan ulama dengan golongan profesional dalam parti itu dan segala perjalanan parti dipandu Majlis Syura Ulama PAS.

 



 PRU 13 tinggal dua lagi. Saingan sengit antara  Pas dan Umno untuk sokongan umat Islam terserlah di kawasan majoriti Melayu.  Salah satu cara menilai yang mana nak pilih masa pilihanraya ini  ialah dengan menilai perlembagaan masing-masing. .

Parti boleh takrifkan sebagai sebuah perjuangan, pergerakan, wadah, platform, pertubuhan politik atau siasah, dan jamaah atau  hizbi atau harakah dalam bahasa arab. 

Parti boleh dikiaskan sebagai sebuah bahtera atau kapal yang sedang belayar di lautan yang berombak. Parti yang mantap dan kuat juga ibarat sebuah kapal  yang kukuh dan tahan lasak, mampu bertahan dipukul ombak besar. Presiden parti umpama nakhoda kapal.

Perlembagaan parti merupakan dasar, hala tuju
matlamat dan gambaran kesungguhan perjuangan parti. Perlembagaan juga merupakan undang-undang tubuh parti yang mana setiap ahli parti adalah tertakluk di bawah Perlembagaan parti dan wajib mematuhinya.

Sama seperti sebuah kapal yang mana anak kapal serta penumpang dari peringkat awal lagi telah mengetahui destinasi kapal berkenaan serta "house rules" kapal tersebut. Sebelum seseorang itu menaiki sebuah kapal yang berlabuh di pelabuhan, sudah tentu ia telah merancang pelayarannya  atau "itinerary", di mana kapal tersebut akan singgah ( "port of call") serta destinasi terakhir pelayarannya. Pendek kata bakal penumpang akan melakukan "homework" atau membuat sedikit kajian tentang ciri-ciri kapal yang akan dinaikinya.

Menaiki sebuah kapal untuk menyeberangi lautan tidak dilakukan dengan sembrono atau dengan tangkap muat atau "impromptu" saja. Jika anda pernah berpeluang bersiar-siar di Pelabuhan Utara,  Barat atau Terminal Star Cruise di Pelabuhan Klang, anda akan dapati pelbagai jenis, bentuk, saiz dan rupa kapal. Ada kapal barang membawa kargo dan kontena. Anda tak mahu belayar dengan kapal barang atau kapal dagang. Anda ingin menaiki "Ocean Liner" yang mewah, selesa serta selamat. Itupun belum tentu tak boleh karam.


Berikut adalah sedutan Perlembagaan UMNO dan PAS

Sedutan Ceraian Perlembagaan UMNO

FASAL 1 – Nama

Pertubuhan ini dikenali dengan nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO (United Malays National Organisation)

FASAL 2 – Cogankata UMNO

BERSATU – BERSETIA – BERKHIDMAT

FASAL 3 – Asas & Tujuan

UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita
kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.
3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.
3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

Rujukan http://umno-online.com/?page_id=2787



 


Sedutan Ceraian Perlembagaan PAS

Fasal 3: Dasar PAS ialah ISLAM

Fasal 5: Tujuan PAS ialah:-

1.Memperjuangkan wujudnya di dalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah

2.Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan Negara

Fasal 6. Usaha-Usaha:

(1) Menyeru umat manusia kepada Syari’at Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

(2) Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari’ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

(3) Memupuk dan memperkukuhkan dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa
perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

(4) Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memehami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.

(5) Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.

(6) Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama mana ianya mujstahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

(7) Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Qura’an.

(8) Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.

(9) Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

(10) Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjalinkan hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

(11) Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

Fasal 7. Hukum dan Kekuasaan

(1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK ‘ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, degan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.

(2) Dengan tertakluk kepada hukum-hukum dalam ceraian (1) itu segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar, akan tetapi Muktamar itu sendiri tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung dalam Perlembagaan PAS dan aturan peraturan muktamar atau mesyuarat Agung PAS.

Rujukan: http://perlembagaan-pas.blogspot.com/


.






Comments :

0 comments to “PAS & UMNO Dari Sudut Perlembagaan Parti”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 months ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    11 months ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com