Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor merangkap Pengerusi BN Selangor merangkap PM Kerajaan Sementara Malaysia tidak mahu dan mampu berdebat secara ilmiah dan
anak jantan dengan MB Kerajaan sementara Selangor, mantan Pengerusi Syarikat hartanah dan perladangan Gutheri.
Najib Gagal Hadir Debat Dengan Abdul Khalid
KLANG 1 MEI : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini gagal
menghadirkan diri untuk berdebat dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul
Abdul Khalid bersedia untuk berdebat setelah Najib membentangkan laporan prestasi Kerajaan Negeri Selangor.
Najib bagaimanapun gagal hadir mahupun wakil selepas Abdul Khalid menunggu dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari.
“Kita minta beliau (Najib) hadir supaya dapat mendengar dan membincangkan manifesto kita, tetapi nampaknya memang tradisi BN tidak akan mengadakan atau berminat dengan perbahasan.
” Tapi tidak mengapalah. Kita percaya manifesto yang dibawa PR boleh dilaksanakan sebab kita banyak lakukan usaha-usaha dan sudah melaksanakan banyak perkara,” katanya kepada pemberita, di sini.
Abdul Khalid juga percaya manifesto yang dibawa oleh Pakatan Rakyat(PR) lebih baik berbanding Umno-BN.
Hadir sama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ; penyandang Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago ; Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua ; penyandang DUN Sri Muda, Suhaimi Shafei dan calon Kota Alam Shah, Ganabatirau.-Hayati Umor/Selangorku
Comments :
Post a Comment