Pray For MH370

Pray For MH370

Perutusan TS Khalid Ibrahim Untuk Rakyat Malaysia

Kearah Malaysia terunggul — Abdul Khalid Ibrahim


May 03, 2013   

Rakyat Malaysia seharusnya menikmati yang terbaik untuk semua.

Pemimpin kita seharusnya mencerminkan kewibawaan sebenar rakyat Malaysia, layak mendukung harapan dan aspirasi kita, dan mampu merealisasikan potensi sebenar kita.

Hakikat ini disedari jutaan rakyat Malaysia yang berusaha tanpa mengenal penat lelah demi kehidupan yang lebih baik untuk diri dan keluarga. Masanya telah tiba untuk kita membuang segala ketakutan dan keraguan yang selama ini menjadi penghalang dan mengejar masa depan yang lebih cerah.

Kita tidak perlu lagi dibebankan dengan pemimpin yang hanya tahu ‘mengambil’, kerana rakyat sepatutnya berhak kepada pemimpin yang lebih mahir ‘memberi’.

Kita tidak mahukan habuan dari pemimpin kita; sebaliknya kita hanya perlukan pemimpin yang mampu menguruskan negara dengan bijak dan mewujudkan peluang yang adil untuk semua.

Yang kita dahagakan adalah kesamarataan di mana kemewahan boleh dicapai oleh sesiapa yang rajin berusaha di mana kejayaan diperolehi hasil daripada usaha kita, bukan hubungan kita dengan mana-mana pihak.

Kita perlukan pemimpin yang sanggup berkhidmat dengan rendah diri, bukan pemimpin angkuh yang menganggap rakyat wajib syukur atas ‘sumbangan yang diberikan’.

Jika khazanah negara digunakan untuk mengisi poket pihak berkepentingan dan bukan dilaburkan untuk masa depan kita bersama, maka sudah tiba masanya untuk harapan baru.

Rakyat Malaysia berhak mendapat pentadbiran yang telus yang akan membolehkan kita semua melihat dengan jelas bagaimana kekayaan negara diuruskan.

Rakyat Malaysia berhak hidup tanpa pemisahan antara kaum atas sebab-sebab politik. Terlalu lama kita sudah dibebankan dengan pemimpin yang mengapi-apikan sentimen perkauman demi memenuhi kepentingan peribadi.

Rakyat Malaysia berhak mendapat pemimpin yang menyemai dan mengukuhkan semangat muhibah yang sememangnya sedia wujud dalam kalangan rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia juga berhak merasai demokrasi sebenar – iaitu keupayaan untuk menentukan nasib mereka sendiri secara bebas dan adil.

Kuasa yang dibiarkan berleluasa terlalu lama selalu melahirkan pemimpin sembrono yang bertindak sesuka hati tanpa melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat yang sepatutnya.

Kita mesti sentiasa beringat bahawa kita bukan sekadar ingin menukar kerajaan. Kita juga bukan sekadar ingin menggantikan individu atau parti tertentu sahaja. Kita bertekad menggantikan keseluruhan budaya politik feudalisme dan rasuah yang berleluasa. Oleh itu kita tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana musuh dalam selimut yang mengaku kononnya sekutu kita tetapi masih mengamalkan budaya dan politik yang lama.

Sebarang kegagalan untuk menggantikan budaya lama ini akan bermaksud usaha pembaharuan kita tidak bermakna dan lompong. Harapan perubahan yang dijanjikan kepada rakyat Malaysia bukan calang-calang tanggungjawab malah merupakan amanah besar.

Walau apapun keputusan pada 5 Mei ini, banyak lagi cabaran dan dugaan yang perlu kita hadapi. Walaubagaimanapun, Insya’Allah, ia akan menjadi langkah pertama ke arah membina Malaysia yang unggul seperti yang kita idamkan sejak sekian lama.

Malaysia yang kita impikan ini memang sudah berada dalam genggaman kita. Kita hanya perlu bangunkan semangat yang sedia ada dalam diri kita, dan mara seiringan dengan penuh keberanian untuk merealisasikan Malaysia yang terunggul.

Comments :

0 comments to “Perutusan TS Khalid Ibrahim Untuk Rakyat Malaysia”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com