Jambatan yang diberi nama ‘Mini Serambi Mekah’ itu menelan kos sebanyak lebih RM3.4 juta yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor dan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya dan Majlis Perbandaran Klang(MPK).

Katanya, sebelum ini penduduk hanya menggunakan jambatan kunci air milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang hanya mampu memberi laluan kepada satu kenderaan sahaja dalam satu masa.

Beliau berkata dengan adanya jambatan itu ia juga dapat memudahkan penduduk sekitar membawa jenazah daripada seberang sungai ke tanah perkuburan di mana sebelum ini penduduk terpaksa melalui jalan yang jauh kerana tiada jambatan.

“Saya sebagai wakil penduduk sangat bersyukur dan berterima kasih kepada YB dan Kerajaan Negeri.
“Selain itu, ia dapat sekurang-kurangnya mengurangkan kadar kemalangan selain tidak lagi terpaksa mengikut jalan jauh lebih 10 kilometer jika untuk ke Pelabuhan Klang,” katanya.
Projek yang dimulakan pada awal Januari lalu itu meliputi pembinaan jambatan dan jalan sepanjang 1.2 kilometer yang mempunyai laluan dua hala.
Jambatan itu dibina di atas Sungai Telok Gadung dan Jalan Sri Perantau Kampung Delek berjaya disiapkan dalam tempoh dua bulan. Ia meliputi penyediaan jalan raya baru.-Selangorkini
Comments :
Post a Comment