Tun Dr Mahathir akhirnya membuat kenyataan bahawa kini kita sedang menyaksikan banyak politik kotor di Malaysia. Sebelum ini saya agak ia sangat bersih terutama semasa beliau menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri selama 22 tahun. Beliau percaya dalam kes Elizabeth Wong yang terbaru didalangi oleh ahli politik.
It’s gutter politics, says Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad believes that the circulation of Bukit Lanjan assemblyman Elizabeth Wong’s semi-nude photographs was politically motivated.
“In Malaysia now, we’re seeing a lot of dirty politics,” the former Prime Minister said in response to claims that she was a victim of a political smear campaign.
He added that a lot of things were happening in Malaysia which was related to politics.
“This is bad because it’s so easy to take pictures and get people into trouble,” he told The Star after giving a talk on “Malaysia At The Crossroads” at Cambridge University on Wednesday.
Dr Mahathir added that whether Wong would eventually resign depended on her party although she had offered to do so.
The Star
MAHATHIR BERSUARA DARI CAMBRIDGE
PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI: DR M KELUAR EZAM MASUK
Pada tanggal 19hb Mei 2008 yang lalu Tun Dr Mahathir Mohamad mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO selama 22 tahun mengisytiharkan dirinya keluar dari parti UMNO. Walaupun umur beliau telah menjangkau lebih lapan puluh tahun (lahir pada 20 Disember 1925)
namun Tun masih cergas, cerdas, tajam pemikiran dan pandangan serta berpandangan jauh, menjangkau 2020. Apapun, keluarnya beliau dari UMNO adalah keluar yang bersyarat, bukan selama-lamanya (jika panjang umur). Ia merupakan 'keluar parti" protes tanda tak setuju. Dulu semasa beliau menjadi PM, ada anggota dewan rakyat yang keluar dewan sebagai protes. Selepas itu anggota yang telah keluar dewan masuk balik semula. Agaknya beginilah tindakan Tun masakini.Sebagai pengganti Tun Dr M yang keluar UMNO, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kemasukan Ezam, bekas ketua GERAK dan lain-lain jawatan ke dalam UMNO pada 28hb Mei 2008 yang lalu. Alasan Ezam untuk pulang ke pangkuan UMNO ialah kerana ia berpuas hati dengan pembaharuan yang dijanjikan oleh Datuk Seri Abdullah, Perdana Menteri Malaysia.
Kemasukan Ezam ke dalam UMNO mencetuskan pelbagai spekulasi, namun Dato' Seri Dr Khir Toyo, ketua pembangkang Selangor, mantan Menteri Besar tidak mempersoalkan keikhlasan Ezam sedikitpun kerana pada pendapat DR Khir, Ezam masuk semula ke dalam UMNO tanpa syarat, tanpa desakan dan tiada paksaan.
Dipanjangkan umur, sama-sama kita ikuti perkembangan kedua-dua tokoh iaitu Ezam dan Dr M.


