Pada tanggal 19hb Mei 2008 yang lalu Tun Dr Mahathir Mohamad mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO selama 22 tahun mengisytiharkan dirinya keluar dari parti UMNO. Walaupun umur beliau telah menjangkau lebih lapan puluh tahun (lahir pada 20 Disember 1925)
namun Tun masih cergas, cerdas, tajam pemikiran dan pandangan serta berpandangan jauh, menjangkau 2020. Apapun, keluarnya beliau dari UMNO adalah keluar yang bersyarat, bukan selama-lamanya (jika panjang umur). Ia merupakan 'keluar parti" protes tanda tak setuju. Dulu semasa beliau menjadi PM, ada anggota dewan rakyat yang keluar dewan sebagai protes. Selepas itu anggota yang telah keluar dewan masuk balik semula. Agaknya beginilah tindakan Tun masakini.
Sebagai pengganti Tun Dr M yang keluar UMNO, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kemasukan Ezam, bekas ketua GERAK dan lain-lain jawatan ke dalam UMNO pada 28hb Mei 2008 yang lalu. Alasan Ezam untuk pulang ke pangkuan UMNO ialah kerana ia berpuas hati dengan pembaharuan yang dijanjikan oleh Datuk Seri Abdullah, Perdana Menteri Malaysia.
Kemasukan Ezam ke dalam UMNO mencetuskan pelbagai spekulasi, namun Dato' Seri Dr Khir Toyo, ketua pembangkang Selangor, mantan Menteri Besar tidak mempersoalkan keikhlasan Ezam sedikitpun kerana pada pendapat DR Khir, Ezam masuk semula ke dalam UMNO tanpa syarat, tanpa desakan dan tiada paksaan.
Dipanjangkan umur, sama-sama kita ikuti perkembangan kedua-dua tokoh iaitu Ezam dan Dr M.
PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI: DR M KELUAR EZAM MASUK
Labels:
Dr Khir Toyo,
Dr mahathir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment