Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label Pengundi Hantu. Show all posts
Showing posts with label Pengundi Hantu. Show all posts

PERANG SARAF SIBER SATU KPI PEMUDA UMNO

*Bagi tujuan menarik sokongan pengundi selain menambah keanggotaan, mendaftarkan anggotanya sebagai pengundi, menjalin hubungan strategik dan menambah sokongan pengundi kepada BN, pemuda UMNO telah menggariskan "kemenangan perang saraf dalam dunia siber" sebagai penanda aras pencapaiannya.

* Terdapat lebih 16 juta pengguna Internet di negara ini berbanding 10.9 juta pengundi (pada pilihan raya umum ke-12 lepas.

*Dianggarkan kira-kira 1.8 juta pengundi baru dijangka mengambil bahagian pada PRU-13 akan datang.

Perang Saraf Siber Tumpuan Pemuda Umno


KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Atas kesedaran mengenai pengaruh internet dalam masyarakat, Pemuda Umno menggariskan "kemenangan perang saraf dalam dunia siber" sebagai penanda aras pencapaian bagi sayap parti Umno itu.

Langkah itu dilihat sejajar dengan senario politik semasa yang mana platform siber digunakan untuk melancarkan "perang saraf" melalui blog atau web portal online.

Ia juga senjata ampuh membentuk persepsi masyarakat terhadap sesuatu isu.

"Ini satu kemajuan jika Pemuda Umno mengiktiraf pengaruh dan peranan media baru," kata pensyarah pengajian media Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah kepada Bernama ketika mengulas usaha Pemuda itu.

Langkah itu merupakan satu daripada lima penanda aras digariskan kepimpinan Pemuda Umno semasa perhimpunan agung Pemuda Umno hari ini bagi menarik sokongan pengundi selain menambah keanggotaan, mendaftarkan anggotanya sebagai pengundi, menjalin hubungan strategik dan menambah sokongan pengundi kepada BN.

Generasi muda dikatakan cenderung kepada media baru untuk sumber maklumat.

"Ini cabaran kita, menerangkan kepada generasi muda untuk membezakan antara fitnah dan fakta yang ditaburkan di alam siber ini," kata Ketua Biro Aduan Komuniti Awam Pemuda Umno, Datuk Khairun Aseh.

Khairun berkata pengiktirafan terhadap peranan media baru dalam senario politik negara itu menunjukkan Umno mahu melakukan perubahan ke arah politik "engagement".

"Apa yang penting bukan serang tapi terang (penjelasan)," katanya.

Pada pilihan raya umum (PRU) ke-12 lepas, pengundi muda dikatakan terpengaruh dengan maklumat yang tersebar luas dalam dunia siber yang menyaksikan buat pertama kalinya Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiganya di 222 kerusi Parlimen.

Dalam penggunaan media baru sebagai alat komunikasi efektif, seorang sarjana komunikasi berkata parti kerajaan agak terkebelakang berbanding parti pembangkang.

"Ini kerana media baru adalah medium utama bagi pembangkang sejak 1999 berbanding BN yang mempunyai media arus perdana," kata pensyarah komunikasi Universiti Putra Malaysia, Ishak Abdul Hamid.

Yang pasti, penjelasan isu-isu semasa dalam dunia siber amat penting.

Ini berdasarkan hakikat terdapat lebih 16 juta pengguna Internet di negara ini berbanding 10.9 juta pengundi (pada pilihan raya umum ke-12 lepas) yang mempunyai kuasa menentukan masa depan negara.

Kira-kira 1.8 juta pengundi baru dijangka mengambil bahagian pada PRU-13 akan datang.

Syed Azwan Syed Ali /BERNAMA

Read More “PERANG SARAF SIBER SATU KPI PEMUDA UMNO”  »»

UNDI POS DIPANGKAH TANGAN SETAN

Abu terpaksa memmangkah kertas undi orang lain atas arahan pegawainya, yang berdiri di belakang dan memerhati kertas undi dipangkah. Ikuti cerita selanjutnya di SINI

Jumaat lalu, Pemuda PAS mendedahkan pengakuan Abu, yang didakwanya bersedia tampil membongkar perkara itu, menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

Suhaizan sebelumnya berkata pengakuan Abu itu juga dibuat di depan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu pertemuan rombongan PAS, yang diketuai naib presidennya Salahuddin Ayub, pada 28 Ogos lalu.

"Kita dapat maklumat, mengikut amalan kebiasaan, kertas undi mereka yang terlibat latihan akan dipangkah oleh orang lain bagi pihak mereka.

Orang yang pangkah itu kita panggil pengundi setan," Ikuti tulisan Sdr Suhaizan Kayat di SINI

Read More “UNDI POS DIPANGKAH TANGAN SETAN”  »»

PENGUNDI POS MENGATASI PENGUNDI HANTU

"Pengundi Hantu" boleh dikira agak mudah untuk di"tangkap" berbanding "Pengundi Pos" kerana pengundi pos memiliki ciri jari-jari dan tangan hantu yang agak sukar untuk diheret ke muka pengadilan duniawi.

Strategi licik Umno-BN terhadap undi pos di Bagan Pinang



Oleh Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat)


1. Perhatian utama pilihan raya kecil N.31

Bagan Pinang kali ini ialah undi pos . Bilangan undi pos 4,604 [ yang berdaftar ] di

Bagan Pinang adalah antara jumlah undi pos terbesar bagi sebuah DUN.

2. Kemenangan Umno dan BN dalam pilihan raya umum pada Mac 2008 di DUN Bagan Pinang dengan majoriti sebanyak 2333 , telah dibantu oleh undi pos apabila mereka berjaya memperolehi 3080 undi pos sedang PAS hanya memperolehi 1189 undi sahaja .

3. Umno dan BN yang jelas mengalami trauma akibat kekalahan demi kekalahan dalam siri pilihanraya kecil pasca pilihan raya umum 2008 yang lalu , tiba - tiba menggantung harapan untuk kembali memulih maruah mereka yang tercalar teruk kali ini berikutan adanya undi pos yang tinggi di DUN Bagan Pinang .

4. Terlalu yakin mereka boleh menguasai undi pos sekali gus memenangi kerusi DUN Bagan Pinang , Umno dan BN sanggup melupakan janji dan komitmen mereka untuk meletakkan calon yang bersih , berwibawa dan berintegriti . Adanya undi pos , Umno dan BN sangat yakin bahawa mereka boleh menang walau siapa calon mereka . Rasuah dan integriti bukan lagi persoalan yang menjadi timbang tara mereka dalam perjuangan dan peletakkan calon , sebaliknya mereka hanya memburu kemenangan semata - mata .

5. Bahasa lain yang mudah difahami ialah " rasuah pun rasuah lah asal boleh menang ! " Saya percaya perkembangan ini didorong oleh keyakinan mereka yang tinggi untuk menang lantaran dilihat undi pos akan berpihak kepada mereka sebagaimana sebelumnya .

6. Sebagaimana yang telah saya tegaskan berulangkali , bahawa hadhirnya PAS bersama rakan - rakan Pakatan Rakyat yang lain ialah untuk membawa pulang tropi kemenangan , bukan lagi sekadar mencongak peluang untuk mengurangkan majoriti Umno dan BN .

7. Justeru itulah , buat pertama kalinya Dewan Pemuda PAS Pusat menubuhkan satu Jawatan kuasa Khas Undi Pos yang dipengerusikan oleh Suhaizan Kaiat [ Ketua Penerangan DPPP ] . Ianya menunjukkan keprihatinan tinggi DPPP terhadap undi pos dan kini DPPP akan memastikan undi pos ini tidak lagi berpihak kepada Umno dan BN .

8. Undi pos di Bagan Pinang umumnya adalah undi Angkatan tentera , pahlawan gagah berani yang bertanggungjawab menjaga keselamatan negara . Tidak mungkin pengundi kelas ini takut kepada ugutan dan ancaman sebagaimana yang sering berlaku kepada pengundi - pengundi di kampung - kampung tradisi .

9. Apa yang menjadi masaalah ialah kertas undi tidak sampai kepada mereka dan lebih malang ada orang lain yang mengundi bagi pihak mereka . Perkara ini pernah didedahkan oleh Kapten Major (B) Abu Kassim di hadapan Suruhanjaya SPR baru - baru ini bahawa dialah antara yang diarahkan untuk memangkah [ mengundi ] dacing bagi pihak anggota tentera yang lain .

10. Undi Pos sememangnya tidak relevan lagi buat zaman ini malah ia dilihat mengancam ketelusan demokrasi . Andai ianya terus dikekalkan, DPPP mencadangkan supaya :

a] Sistem menggunakan borang 2 dan sampul 1 dan 2 itu dihapuskan kerana borang 2 itu mengandungi maklumat peribadi pengundinya

b] Calon dan wakil calon dibenarkan berkempen dalam kem sekaligus membenarkan agent parti memantau proses pengundian dan karung undi .

c] Undi pos tidak disimpan di Balai polis tetapi di simpan di bawah pengawasan SPR sendiri di mana - mana tempat dan dipantau oleh agent dari kedua - dua parti .

11. DPPP melihat terlalu banyak ruang yang memungkinkan undi pos ini dimanipulasi oleh pihak tertentu sekaligus ia mencemar ketelusan dan merosakkan demokrasi . Sebagai contoh ruang dimaksudkan itu ialah :

a] Bagaimana Umno dan BN boleh turun berkempen ke kawasan tentera [ Kem ] sedang PAS atau Pakatan Rakyat tidak boleh . Berikut adalah jadual kempen Umno dan BN .

- 2.10.09 : Proses Culaan Jentera BN di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED), Kem Kg Sawah. Ada 847 Undi Pos di sana.

- 5.10.09 : Menteri Pertahanan akan berkempen ke Rejimen Ke-2 Kor Armor Di Raja, Kem Sunggala. Ada 1,130 Pengundi Pos Tentera

- 6.10.09 : Menteri Pertahanan akan berkempen ke Institut Pengurusan Tentera Darat (IPDA), Kem Si Rusa. Ada 407 Pengundi Pos Tentera

b] Rejimen Ke-2 Kor Armor Di Raja, Kem Sunggala, Port Dickson akan mengadakan latihan menembak di Melaka pada 7hb, 8hb, 9hb Oktober 2009. Sedangkan pada tarikh tersebut adalah hari pengundi. Kem ini menempatkan 1,130 orang pengundi pos. Kem ini merupakan kem ke-2 teramai dalam kem-kem di PD. Bagaimana pengundi pos di kem tersebut mahu mengundi ?Adakah ini muslihatnya untuk mempastikan Sampul Keutamaan hanya dipos sahaja ? Bila dipos akan memudahkan penipuan.

Jadual adalah seperti berikut
:

- 7.10.09 : Pengeluaran Undi Pos

- 8.10.10 : Pengundian

- 9.10.10 : Pengundian

- 10.10.10 : Kertas Undi dipos. (Disinilah ahli kem Kor Armor baru balik daripada Melaka)

c ] Antara kemungkinan penipuan yang boleh berlaku akibat tiada pengawasan ialah :

- 7.10.09 : Pengeluaran undi pos (Borang 2,sampul A & kertas undi akan dimasukkan dalam Sampul Keutamaan)

- 8.10.09 : Pengundian hari pertama

- 9.10.09 : Pengundian hari kedua

- 10.10.09 : Baki kertas undi yang tidak diambil akan dipos

- 11.10.09 : Kertas yang dipos akan sampai di Majlis Daerah PD. Pada hari pengundian pada 8 dan 9 Oktober BN tidak dapat menipu kerana dikawal oleh ejen-ejen PAS. Tetapi kertas-kertas undi yang dipos pada 10.10.09 akan diambil oleh pihak tertentu untuk DIPANGKAH DENGAN BN.

12. Perkara ini terjadi kerana kertas undi yang dipos tidak dapat dikawal oleh ejen-ejen PAS. Logiknya mudah: Kertas yang dipos boleh diambil oleh sesiapa sahaja. Termasuk ejen BN. Ejen BN akan ambil dan pangkah BN. Kemudian hantar ke Pusat Penjumlahan di Majlis Daerah PD. Maknanya ejen-ejen Umno akan mengambil alih tugas pengundi dan pejabat pos sekaligus.

13. Umno dan BN kelihatan tertekan menghadapi pilihanraya kecil Bagan Pinang ini lantaran mereka mesti membuktikan bahawa mereka mampu menguasai undi rakyat dan tidak hanya bergantung hayat kepada undi pos , kelak jika mereka menang , mereka bukan dipanggil wakil rakyat tetapi wakil pos .

14. Insya-Allah , tanggungjawab yang digalaskan kepada DPPP untuk memastikan undi pos tidak lagi menjadi milik Umno dan BN akan diusahakan sebaik mungkin bersama Pemuda Pakatan Rakyat . DPPP akan memantau malah mengejar undi pos ini ke serata ceruk Insya-Allah , semoga Allah SWT memberi petunjuk dan kekuatan kepada kita .

15. Akhirnya saya menyeru agar semua pemuda bekerja keras. Jangan terlalu yakin serta selesa dan jangan pula terlalu lemah. Laksanakan tanggugjawab mengikut gerakerja dan tindakan yang telah diatur dan diarah. Semoga kita benar - benar merealisasikan impian rakyat yang kini sedang membilang hari menanti khabar kemenangan dari selatan negara setelah timur dan utara berjaya dikuasai .

harakahdaily

Read More “PENGUNDI POS MENGATASI PENGUNDI HANTU”  »»

PENGUNDI HANTU: SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL

Pengundi hantu belaan BN, muncul musim pilihanraya sahaja. Mampu mengundi untuk orang yang sudah mati, mampu mengundi beberapa kali di beberapa tempat membuang undi, mampu menyamar sebagai pengundi yang sah seperti tertera di buku daftar mengundi dan lain-lain kerja jahat atas suruhan BN/UMNO dengan kadar bayaran (imbuhan) tertentu. Kewujudannya cuba dinafikan oleh SPR/BN/UMNO. Sebab itu penggunaan dakwat khas belum menjadi kenyataan. SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL.

AMK lancar jentera tangkap pengundi hantu


Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) membenarkan semua jentera parti dan orang awam menangkap mana-mana individu yang disyaki pengundi hantu di hari pembuangan undi N25 Bukit Selambau esok.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam kenyataannya memberitahu, memang dibolehkan mengikut undang-undang orang awam menahan mana-mana penjenayah untuk di bawa kepada polis.

"Hari ini saya lancarkan jentera penangkap pengundi hantu dan mulai besok semua ada hak untuk melaksanakan tugasan itu dengan baik. Bila saja syak bukan orang tempatan yang buang undi sila tangkap dan serah pada pasukan polis. Jangan pukul pula.. itu dah jadi kes lain, " terangnya diiringan laungan reformasi dari petugas yang hadir.

Menurut beliau, terdapat dua punca utama kejayaan Pakatan Rakyat di dua pilihanraya kecil sebelum ini samada di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu iaitu menghalang kemunculan pengundi hantu.

Dari segi undang-undang ujarnya, jentera yang dipertanggungjawabkan serta orang ramai boleh bertindak menahan mana-mana individu yang disyaki bukan orang tempatan dan serahkan kepada pasukan polis.

"Jangan apa-apakan individu terbabit seperti memukul separuh maut tegas Shamsul, sebaliknya tahan dan bawa kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Saya juga ingatkan kepada jentera dan orang awam agar tahan sahaja bukan pukul atau mencederakan individu yang disyaki, " jelasnya.

Tambahnya,jangan teragak-agak melaksanakan tugas itu dengan alasan bimbang atau takut tetapi hendaklah berjiwa kental kerana memang dibolehkan mengikut undang-undang menangkap penjenayah pilihan raya.

"Ini kerana pilihan raya kecil Bukit Selambau merupakan pilihan raya yang menentukan jatuh bangun Kerajaan Kedah selepas ini.

"Sebab itu bukan masanya, kita berpeluk tubuh melihat kemungkaran terjadi di hadapan mata tanpa bertindak sesuatu yang boleh menghalang fenomena berulang kali.

"Walaupun ada orang kata Pakatan Rakyat akan kalah apabila terdapat banyak calon bebas menyertai pilihan raya kecil itu namun itu hanya kata-kata. Kita angap ia sebagai satu cabaran untuk selamatkan Kerajaan Kedah dan maruh rakyat negeri ini, " katanya lantang.

Turut hadir dalam majlis pelancaran itu ialah timbalan AMK, Faris Musa dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

mks/Mohd Sabri Said/harakahdaily

Read More “PENGUNDI HANTU: SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL”  »»

KERTAS UNDI DAN PENGALAMAN PETUGAS PILIHANRAYA TIDAK BOLEH DIJUAL BELI

Seruan kepada Para Petugas Pakatan Rakyat sebagai Polling Agent dan Counting Agent agar mempersiapkan diri dengan segala ilmu selok belok pilihanraya khususnya tentang bidang tugas serta segala tipu helah dan muslihat musuh pada hari pembuangan undi. Segala borang-borang yang digunakan hendaklah diketahui secara terperinci. Perjalanan pilihnraya, kesalahan serta Akta Pilihanraya harus diulangkaji. Jaga kesihatan anda. Tidur hendaklah mencukupi. Jika difikirkan kurang mampu memikul amanah besar ini, beritahu pimpinan secepat mungkin agar penggantian dapat diusahakan. Jika ada masalah peribadi atau rumah tangga yang boleh menganggu tumpuan dan fokus, sila tarik diri awal-awal lagi. Banyakkan berdoa dan berzikir.


BN disyaki dalangi jual beli kertas undi


Ketika tidak sampai 48 jam lagi penduduk Kuala Terengganu akan membuang undi difahamkan berlaku kegiatan jual beli kertas undi sedang giat dijalankan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, pihaknya telah mengenal pasti kegiatan tersebut daripada masyarakat Cina yang diberikan tawaran berkenaan.

"Kita dapat mengenal pasti tawaran kepada pengundi Cina menerusi satu perjanjian bagi mengeluarkan kertas undi kosong untuk diisi dengan harga RM1,000 seorang oleh BN," katanya di sini petang ini.

Menurutnya ia merupakan tindakan terdesak pada saat akhir BN bagi memenangi pilihan raya ini dengan menggunakan politik wang serta penipuan.

"Modus operandinya setelah pengundi tersebut bersetuju untuk menyerahkan kertas undinya, pengundi berkenaan akan mengeluarkan kertas undi yang kosong.

"Kertas undi berkenaan kemudiannya akan ditandakan oleh petugas BN di luar kawasan mengundi yang seterusnya dilipat untuk dibawa masuk kembali ke dalam tong undi," ujarnya.

Walau bagaimanapun, Wan Abdul Rahim berkata pihak yang merancang tindakan tersebut lupa kepada peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya iaitu Jadual 2 Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan raya) 1981, arahan-arahan sebagai panduan kepada pemilih.

"Ia menyatakan bahawa setiap pengundi dikehendaki melipat dua kertas undi sebelum dimasukkan ke dalam tong," katanya.

Sedangkan menurutnya, dalam penipuan yang dirancang itu, mereka tidak akan melipat dua kertas undi tersebut.

Oleh itu katanya, polling agent perlu peka semasa membuat pemantauan terhadap kecenderungan orang yang memasukkan kertas undi yang dibawa daripada luar.

"Polling agent yang dilantik akan bertindak membuat bantah terhadap pengundi yang didapati melakukan perkara tersebut.

"Tindakannya termasuk meminta pegawai SPR yang bertugas menjalankan pemeriksaan badan ke atas pengundi yang disyaki," katanya.

Justeru, pihaknya menyeru kepada semua pihak yang merancang melakukan kegiatan ini agar menyedari akan kesalahan dan risikonya.

"Mereka boleh didakwa di mahkamah dan dihukum denda atau penjara atau kedua -duanya sekali," ujarnya.

Ditanya mengenai tempoh kegiatan tawar menawar itu, beliau menjelaskan ia difahamkan bermula sejak seminggu lalu.

Intan Abdullah intan@harakah.net.my

Read More “KERTAS UNDI DAN PENGALAMAN PETUGAS PILIHANRAYA TIDAK BOLEH DIJUAL BELI”  »»

BUKAN SEMUA PENJENAYAH MENERIMA HUKUMAN DI DUNIA


Pada Pilihanraya umum ke 12 tahun 2004, peratus keluar mengundi bagi kebanyakan kawasan di negeri Trengganu kalau tak silap saya ialah lebih 88% ke 90%. Menurut kebiasaannya, peratus keluar mengundi ialah antara 70% ke 85% pada pilihanraya umum. Bagaimana peratus keluar mengundi begitu tinggi boleh diperolehi? Import pengundi dari luar.

SPR Dan JPN Lanjut Waktu Operasi Untuk Kuala Terengganu


KUALA TERENGGANU, 14 Jan (Bernama) -- Tempoh operasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dilanjutkan sehingga ke sebelah malam sejak 21 Disember lepas untuk memudahkan pengundi bagi pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu menyemak maklumat mengenai daftar pemilih serta tempat mengundi.

Pengarah Pilihan Raya Terengganu Mohd Noor Daud berkata operasi biasa SPR dari 8 pagi sehingga 5 petang dilanjutkan sehingga ke pukul 12 tengah malam bagi tujuan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengundi di kawasan itu.

Beliau berkata SPR menerima lebih 200 panggilan dari pengundi kawasan itu yang ingin menyemak status pendaftaran pemilih mereka sejak tempoh operasinya dilanjutkan.

Sementara itu, jurucakap JPN Terengganu pula berkata pihaknya melanjutkan operasi sehingga ke pukul 10 malam bagi memudahkan SPR membuat semakan terhadap daftar pemilih.

"Kami masih beroperasi seperti biasa iaitu dari 8 pagi hingga 5 petang. Pukul 5 petang hingga 10 malam itu untuk kami 'standby' bagi memudahkan SPR menyemak daftar pemilih seseorang selepas menerima panggilan pengundi yang ingin menyemaknya," katanya.

Beliau berkata sekiranya terdapat keraguan mengenai daftar pemilih, SPR akan meminta JPN menyemak dari segi tarikh lahir, nama, alamat dan nombor kad pengenalan individu tersebut secara online.

Mengenai dakwaan bahawa jabatan itu akan mengeluarkan Mykad sementara menggunakan nama orang yang sudah meninggal dunia untuk pilihan raya kecil itu, katanya jabatan itu tidak mengeluarkan sebarang pengenalan diri dengan sewenang-wenangnya.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustafa Ali dalam satu persidangan media sebelum ini mendakwa SPR dan JPN bersekongkol untuk mewujudkan pengundi hantu dengan menggunakan nama mereka yang sudah meninggal dunia pada hari pengundian nanti.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dan Azharudin Mamat atau Adam, dari Bebas.

Read More “BUKAN SEMUA PENJENAYAH MENERIMA HUKUMAN DI DUNIA”  »»

STATUS OBAMA SEBAGAI WARGANEGARA US DIPERTIKAIKAN

Terdapat rakyat Amerika yang mempertikaikan status kewarganegaraan sekaligus kelayakan Obama sebagai Presiden US. Wujud juga tuduhan yang mengaitkan sijil kelahiran Obama di Hawaii pada 4hb OGOS 1961 SEBAGAI SIJIL PALSU KERANA ketiadaan tanda cop yang timbul. Di negara kita bagaimana rekod kelahiran dan kematian disimpan? Bolehkah orang yang telah disahkan mati hidup balik dan pergi membuang undi?

Ya boleh, kerana kad pengenalannya digunakan oleh orang lain yang belum mati untuk tujuan mengundi. Oleh kerana itu, pegawai tempat mengundi dan agen polling perlu amanah serta cekap. Jawatankuasa UPU/UDM dan anak buahnya mestilah melakukan culaan terutama sekali berdasarkan DAFTAR PEMILIH yang digunapakai. PENTING: Agen polling yang pertama dan giliran seterusnya hendaklah memastikan BUKU DAFTAR PEMILIH yang digunakan oleh KETUA TEMPAT MENGUNDI, agen polling BN dan anda hendaklah SAMA DAN SALINAN YANG SAH SEPERTI SALINAN ASAL


WASHINGTON – The Supreme Court has turned down an emergency appeal from a New Jersey man who says President-elect Barack Obama is ineligible to be president because he was a British subject at birth. The court did not comment on its order Monday rejecting the call by Leo Donofrio of East Brunswick, N.J., to intervene in the presidential election.

Donofrio says that since Obama had dual nationality at birth — his mother was American and his Kenyan father at the time was a British subject — he cannot possibly be a "natural born citizen," one of the requirements the Constitution lists for eligibility to be president.

Donofrio also contends that two other candidates, Republican John McCain and Socialist Workers candidate Roger Calero, also are not natural-born citizens and thus ineligible to be president.

At least one other appeal over Obama's citizenship remains at the court. Philip J. Berg of Lafayette Hill, Pa., argues that Obama was born in Kenya, not Hawaii as Obama says and Hawaii officials have confirmed.

Berg says Obama also may be a citizen of Indonesia, where he lived as a boy. Federal courts in Pennsylvania have dismissed Berg's lawsuit. Federal courts in Ohio and Washington state have rejected similar lawsuits.

Allegations raised on the Internet say the birth certificate, showing that Obama was born in Hawaii on Aug. 4, 1961, is a fake.

But Hawaii Health Department Director Dr. Chiyome Fukino and the state's registrar of vital statistics, Alvin Onaka, say they checked health department records and have determined there's no doubt Obama was born in Hawaii.

The nonpartisan Web site Factcheck.org examined the original document and said it does have a raised seal and the usual evidence of a genuine document.

In addition, Factcheck.org reproduced an announcement of Obama's birth, including his parents' address in Honolulu, that was published in the Honolulu Advertiser on Aug. 13, 1961.

(This version CORRECTS that Hawaii officials, not secretary of state, confirmed Obama birth certificate.)

Post tentang Obama di sana, SITU, SINUN dan sini. Juga, Cerita orang kertas yang pejam-celik kota kata.

Read More “STATUS OBAMA SEBAGAI WARGANEGARA US DIPERTIKAIKAN”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    9 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com