Pray For MH370

Pray For MH370

SOKONGAN MASYARAKAT CINA KEPADA WAHID MANTAP



















Sokongan bukan Islam luar biasa - Haji Wahid

Lanjusoh/ Harakahdaily
Tue | Jan 13, 2008

KUALA TERENGGANU, 13 Jan (Hrkh) - Sebelum ini banyak pihak mengandaikan kira-kira 8,000 pengundi Cina menjadi penentu pilihan raya kecil Kuala Terengganu Sabtu ini. namun fakta itu kini cuba dilupakan.

Tentunya ada sesuatu yang mengejutkan berlaku sehingga media massa tidak lagi memainkan undi kaum Cina menjadi penentu, sebagaimana pernah diuar-uarkan sebelum ini.

Menjelang hari-hari terakhir kempen, nampaknya calon Barisan Nasional (BN), Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh terpaksa bergantung kepada faktor lain termasuk polis yang pernah berada di bawahnya sebelum ini.

Kehadiran berulang kali pemimpin-pemimpin kanan DAP antaranya Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok, manakala pemimpin KeADILan, Tian Chua dan ramai lagi menyebabkan kampung yang didiami kaum Cina semakin mesra dengan calon PAS.

Penempatan tersebut termasuk Kampung Tiong dan Kampung Cina Inilah hakikat yang berlaku sekarang dan tidak dapat lagi dinafikan media kerajaan.

Mengulas perkembangan itu, Adun Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut juga memberitahu beliau begitu terharu dengan sokongan masyarakat bukan Islam terutamanya kaum Cina sekarang.

"Pertama kali saya bertanding pada pilihan raya kecil di Dun Bandar pada 1986, ketika saya datang menemui mereka di pasar, ramai yang enggan ditemui. Mereka tidak melayan kehadiran saya.

"Namun sekarang Alhamdulillah berlaku perubahan yang cukup luar biasa. Ketika saya berkunjung ke perkampungan mereka dengan rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat sambutan cukup menarik.

"Malah ramai yang datang menemui saya dan menyatakan sokongan," katanya juga calon PAS pilihan raya kecil Kuala Terengganu ketika ditemui di rumahnya kelmarin.

Beliau baru pulang daripada berkempen kelihatan keletihan, namun masih sempat lagi berkongsi maklumat apa yang berlaku.

Abdul Wahid berkata, perubahan momentum sokongan rakyat bukan Islam dapat dilihat dengan jelas sekarang.

Bekas anggota parlimen Bachok, Wan Nik Wan Yusof berkata, situasi pilihan raya umum Mac tahun lalu kelihatan masih kekal di Terengganu sekarang, serupa dengan apa yang berlaku di Permatang Pauh sebelum ini.

Katanya, biar pun kerajaan telah menurunkan harga minyak, namun tekanan hidup masih berlaku kerana barangan barangan keperluan kekal tinggi.

Dan ditambah pula dengan harga bahan komoditi merudum teruk kebelakangan ini.

"Berdasar kepada situasi tersebut menyebabkan peluang calon PAS semakin cerah dan ditambah pula dengan masalah dalaman Umno Terengganu yang belum reda.

Comments :

1
Anonymous said...
on 

Para pengundi di Kuala Terengganu mahukan calon yang bakal dipilih pada 17 Januari ini adalah di kalangan mereka yang benar-benar bersih, mesra rakyat dan tidak rasuah. Umno dan Barisan Nasional (BN) merupakan sebuah parti rasuah yang lahir dari hasil kepimpinan yang rasuah dan patut ditolak oleh pengundinya.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz sendiri melahirkan rasa jijik dengan perangai serta perbuatan ahli-ahli Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan rasuah.

"Pemimpin Umno sekarang rasuah. Beri rasuah salah (dosa), tak beri rasuah kalah, jadi Umno-BN duduk dalam serba salah," ujarnya dalam satu majlis ceramah kempen, di Kampung Tanjung, baru-baru ini.

Justeru itu, katanya tidak ada sebab mengapa calon PAS yang bersih serta tidak mengamalkan rasuah ditolak oleh rakyat sebelum ini.

Kata Dato� Nik Aziz, PAS mempunyai ramai tokoh-tokoh muka baru yang bersih serta tidak terlibat dengan gejala rasuah.

Tinjauan Harakah menemui para pengundi di empat buah Dun di Kuala Terengganu bagi mengenali personaliti calon PAS pada pandangan mata masyarakat di Kuala Terengganu.

Saudara Azwan Ali, 26, pekerja kontrak dari Kampung Padang Hiliran yang pertama kali mengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu kini akan berhadapan pula dengan pilihan raya kecil P.36 Kuala Terengganu.

"Undi adalah rahsia tetapi saya sukakan calon PAS yang diwakili oleh Mohd Abdul Wahid Endut kerana dia sangat dikenali di Kuala Terengganu.

"Dia (Wahid) tidak sombong dan lebih dekat dengan rakyat kerana mudah mesra dengan sesiapa sahaja," ujarnya.

Seorang Juruteknik, Kamaruddin Hamzah, 27, dari Kampung Hiliran Jejawi menyifatkan pemilihan calon PAS bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu suatu pilihan yang tepat.

Katanya, calon PAS yang bertanding pilihan raya kecil ini mempunyai peluang cerah untuk menang kerana mendapat sokongan padu dari golongan muda.

"Dia (Wahid) ada banyak pengalaman dan pernah terajui Exco Kerajaan Negeri yang ada kaitan dengan belia, usahawan dan peniaga.

"Saya yakin orang yang seperti Haji Mohd Abdul Wahid boleh menang kerana rekod cemerlang jadi wakil rakyat lima penggal,"jelasnya.

Saudara Mohd Hanafi Mohd Fadhilah, 27, mahukan calon bersih serta bebas dari anasir rasuah yang menjadi darah daging pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, rakyat perlu bijak membuat pilihan serta mengundi calon yang benar-benar bersih serta tidak mengamalkan rasuah.

"Saya tidak mahu calon yang rasuah, calon yang 'mencuri' duit rakyat dan calon yang khianat terhadap agama, bangsa dan negeri.

"Kerajaan PAS Terengganu yang ditadbir oleh ulama' pernah dikhianati dengan cara 'merompak' hasil royalti minyak supaya kerajaan PAS tumbang," ujarnya kepada Harakah, baru-baru ini.

Seorang pengusaha restoran, Encik Mohd Najmi, 42, berkata calon PAS Haji Wahid bukan sahaja pilihan PAS tetapi menjadi pilihan Pakatan Rakyat.

Ini kerana, katanya setiap kali calon PAS melawat kawasan termasuk di Kampung Tiong dan Kampung Cina sambutan sangat baik dan mesra.

"Haji Wajid calon pilihan tepat yang boleh mengalahkan calon BN kerana rakyat setempat boleh menilai perangai antara kedua-dua calon yang bertanding," tegasnya.

Seorang sukarelawan Amal, Ahmad Zulkarami Salleh, 26, berkata majoriti umum rakyat di peringkat akar umbi mahukan calon PAS dipilih dalam pilihan raya kecil ini.

"Saya baru berjinak-jinak dengan Unit Amal kerana tertarik dengan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan dan selalu berjumpa dengan Haji Wahid yang turut serta dalam program seumpama itu," ujarnya.

Katanya, calon PAS itu mudah bergaul dengan semua masyarakat tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama.

Menurutnya, seluruh warga anggota Unit Amal Terengganu merakamkan ucapan tahniah kepada calon PAS (Wahid) yang pernah menerajui Dewan Pemuda PAS Terengganu.

Rakannya, Wan Mohd Naim Ismail, 23, mahukan calon PAS itu dinobatkan sebagai ahli Parlimen Kuala Terengganu sebaik sahaja selesai hari pengundian pada 17 Januari ini.

"Saya ajak semua rakan-rakan yang sebaya dengan saya atau para pengundi dalam kawasan Kuala Terengganu ini untuk sokong calon PAS ini.

"Dia (Wahid) seorang yang petah berhujah, berdebat dan terbukti dapat menghangatkan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu,"ujarnya.

Menurutnya, rakyat akan kerugian jika tersalah pilih dan memilih pemimpin yang ada kaitan dengan amalan rasuah, perkauman, sombong dan berstatus bangsawan

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com