Pray For MH370

Pray For MH370

BILIK GERAKAN DAP KG CHINA K.T. DIARAH TUTUP


Sumber di SINI

Read More “BILIK GERAKAN DAP KG CHINA K.T. DIARAH TUTUP”  »»

SATU DEMI SATU CAWANGAN UMNO BUNGKUS


Ahli Umno bakal sertai PAS beramai-ramai di Kubang Kerian





Ketika Umno dan Barisan Nasional (BN) berhempas pulas mempertahankan kerusi parlimen Kuala Terengganu, sebaliknya rakan mereka di sini pula mengisytiharkan meninggalkan parti itu.

Hari ini seramai enam bekas Ketua Cawangan Umno di bahagian Kubang Kerian menyerah borang menyertai PAS kepada Yang Dipertua PAS kawasan itu, Dato' Husam Musa.

Hadir sama pada majlis bersejarah itu Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Abdul Rahman Yunus dan Adun Pasir Tumboh, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah.

Mereka yang menyertai PAS iaitu bekas ahli jawatankuasa Umno Kubang Kerian yang juga Ketua Cawangan Umno Kampung Parit Barat, Mohd Noor Mustafa, Naib Ketua Cawangan Pasir Tumboh, Mohd Basir Mohd Zain, bekas Ketua Cawangan Taman Tiong, Ismail Daud.

Selain itu anggota jawatankuasa Cawangan Padang Enggang, Zahari Yaacob, ahli di cawangan Taman Tiong, Abdullah Kadir dan Mohamed Yusoff, bekas ketua cawangan Umno Pengkalan Patah.Image

Ismail Daud yang menjadi ahli Umno lebih 40 tahun berkata, Umno bukan lagi menjadi landasan kepada perjuangan orang Islam dan Melayu.

"Umno kini sudah hilang maruah. Kami merasakan Umno sudah hancur setelah menjalani pemilihan Umno peringkat cawangan Julai lalu. Rayuan kami terhadap penyelewengan yang berlaku tidak diendahkan pemimpin peringkat tertinggi," ujar beliau.

Mohd Basir Mohd Zain berkata, Umno sering mempermainkan hukum hudud seolah-olah memperlihatkan kejahilan mereka.

Menurutnya Umno yang menguasai negara ini sepatutnya melaksanakan hukum hudud dan bukannya mempersalahkan PAS yang hanya berkuasa di peringkat negeri.

"Saya amat tercabar apabila pemimpin Umno mempermainkan hukum Allah dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu sekarang, sedangkan mereka tahu tanggungjawab itu di bawah bidang kerajaan pusat," ujar beliau.

Mohd Noor Mustafa memberitahu lebih ramai lagi ahli dan penyokong Umno termasuk pemimpin peringkat bahagian akan menyertai PAS selepas pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Sementara itu, Husam berkata, Umno Kubang Kerian dan Kelantan kini sedang dilanda masalah dalaman terutamanya selepas pilihan raya umum ke-12 dan pemilihan peringkat bahagian baru-baru ini.

"Saya mengucap berbanyak terima kasih kepada mereka yang telah menyertai PAS. Ini memberi gambaran jelas akan reputasi Umno di kalangan ahli mereka sendiri telah tercemar," ujarnya.

Beliau juga berkata, mereka yang menyertai PAS itu akan dibawa membantu kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dalam masa terdekat ini.


SUMBER: HARAKAHDAILY
Mohd Nor Yahya / Foto Rizal Tahir

Read More “SATU DEMI SATU CAWANGAN UMNO BUNGKUS”  »»

AMANAT, KATA HIKMAH DAN BERNAS MENJELANG PRK 036 UNTUK YANG MAHU BERUBAH



















Mantan Presiden UMNO yang keluar parti mengeluarkan amanat:

1.“Dalam keadaan sekarang, dalam keadaan Umno dan Kerajaan dipimpin oleh Datuk Seri Abdullah tidak mungkin orang bukan daripada parti Umno dan orang Cina dan India akan beri kemenangan kepada calon Umno atau Barisan Nasional. Bahkan ahli-ahli Umno yang kecewa dengan pimpinan Dato Seri Abdullah pun tidak akan undi Umno dan Barisan Nasional."
2.“Jika Umno pimpinan Datuk Seri Najib ingin diterima dan disokong oleh rakyat sebagai pengundi, ingin memperolehi kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke 13 maka rasuah dalam parti hendaklah dihapuskan. Usaha ini bukanlah mudah tetapi suka atau tidak suka Najib dan pasukannya perlu berusaha sedaya upaya."

3."Jika Umno pimpinan Datuk Seri Najib ingin diterima dan disokong oleh rakyat sebagai pengundi, ingin memperolehi kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke 13 maka rasuah dalam parti hendaklah dihapuskan. Usaha ini bukanlah mudah tetapi suka atau tidak suka Najib dan pasukannya perlu berusaha sedaya upaya."

4.“Samada Barisan Nasional menang atau kalah kerajaan Terengganu tak akan berubah. Pada pandangan saya Pas atau Umno pada waktu ini sama sahaja.”


5."Umno pula tak tahu pilih calon. Yang dipilih ialah bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Jelas pilihan calon Umno tidak memperdulikan sentimen rakyat. Dan calon ini pula terkenal sebagai seorang yang sombong, tidak tahu beramah mesra dengan orang.
"

6.“Dalam pilihan raya kecil ini pengundi Kuala Terengganu berhadapan dengan dilema. Pas pun bukan pilihan yang baik, Umno pun bukan pilihan yang baik. Telan mati Mak, luah mati Pak. Mungkin calon bebas akan dapat undi yang lebih dari sepatutnya.”


7.“Jika tidak, pengundi akan undi siapa sahaja yang menyogok wang kepada mereka dan ini termasuk parti lawan. Umno dan BN mungkin tidak akan dapat memerintah negara ini lagi. Kita sekarang sedang diberi ‘preview’ jenis pemerintahan yang akan didirikan oleh parti-parti lawan.”


Kata-kata hikmah President-elect UMNO 2009
:

1. “Kalau salam, tengok muka. Sebab itu saya ingatkan calon kita supaya kalau bersalam bukan hanya di depan pintu, tetapi kalau ada orang dalam rumah dan di dapur, salam semua. Biar pun dia kena salam sehingga 200,000 orang, asalkan kita menang. Ini bukan adab orang bandar, orang elit tetapi adab orang kampung. Itu cara kita berkempen."

2.“Jangan berlagak naik kereta mewah dan jangan berlebihan. Pegang kepada satu prinsip bahawa kita hamba kepada rakyat, itulah anak kunci kepada kejayaan BN. Saya minta pemimpin yang turun padang supaya mesra rakyat”.


3."Saya nak tanya, siapa buat dua masjid setiap tahun, siapa yang bagi wang ehsan pada rakyat, siapa buat ICT di masjid-masjid, siapa buat macam-macam program tadika Islam JQAF, siapa jadi juara keputusan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) lapan tahun berturut turut, siapa buat lebuh raya, siapa buat universiti Darul Iman."

4."Kita tidak mahu jadi seperti sesetengah negara yang takut untuk menyanggah kuasa besar kerana terima bantuan dari negara-negara besar. Di Malaysia kita menongkah arus, tambah peruntukan untuk projek-projek kerajaan dalam keadaan rakyat di negara besar terpaksa menganggur kerana krisis ekonomi."


5."Jadi saya nak nyatakan kedua-dua program ini, iaitu pagi tadi saya lancar pengundian Projek Kecil Projek Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) daerah Kuala Terengganu Tahun 2009 serta bantuan kepada sekolah agama bantuan kerajaan merupakan sebahagian daripada projek rancangan fiskal,"




Kata-kata bernas Ketua Pergerakan Wanita UMNO

1."Satu pun laporan saya tak terima pasal orang tak suka muka Wan Ahmad Farid. Tu saya pun hairan, bila kita turun ke bawah tak ada orang bercakap. Ini orang bercakap di kedai-kedai kopi rasanya, yang saja ditanamkan idea ni persepsi ni."

2."Jadi ingin saya tegaskan tak usahlah dibangkit cerita calon, calon tak senyum ke calon muka sombong ke, calon muka garang ke, kita bukan nak pilih calon ratu cantik, bukan nak pilih calon ala Shah Rukh Khan, bukan nak pilih jejaka idaman, kita nak pilih calon yang boleh bekerja."

3."Pada penilaian BN, calon kita boleh diamanahkan untuk bertugas dan berkhidmat untuk orang Kuala Terengganu. Kita yakin dia boleh bekerja, kalau tak tauke dia ialah BN, kerajaan negeri dan kerajaan pusat... kalau dia tak bekerja pucuk pimpinan kitalah yang akan ambil tindakan."

4."Pengundi nak benda-benda macam ni lah, dia nak rumah dia dibela, jalan diturap. Sebab walau macam mana senyum meleret pun pembangkang, tak juga buat, macam mana cantik wajah pembangkang dan mesranya mereka masih tak boleh buat jalan ni, tak boleh nak betulkan longkang ni sebab kerajaan negeri adalah kerajaan BN dan kerajaan pusat adalah kerajaan BN."


Dikutip di SINI , diceduk SINI

Sumber di SINI , Rujuk di SINI

Read More “AMANAT, KATA HIKMAH DAN BERNAS MENJELANG PRK 036 UNTUK YANG MAHU BERUBAH”  »»

SOKONGAN MASYARAKAT CINA KEPADA WAHID MANTAP



















Sokongan bukan Islam luar biasa - Haji Wahid

Lanjusoh/ Harakahdaily
Tue | Jan 13, 2008

KUALA TERENGGANU, 13 Jan (Hrkh) - Sebelum ini banyak pihak mengandaikan kira-kira 8,000 pengundi Cina menjadi penentu pilihan raya kecil Kuala Terengganu Sabtu ini. namun fakta itu kini cuba dilupakan.

Tentunya ada sesuatu yang mengejutkan berlaku sehingga media massa tidak lagi memainkan undi kaum Cina menjadi penentu, sebagaimana pernah diuar-uarkan sebelum ini.

Menjelang hari-hari terakhir kempen, nampaknya calon Barisan Nasional (BN), Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh terpaksa bergantung kepada faktor lain termasuk polis yang pernah berada di bawahnya sebelum ini.

Kehadiran berulang kali pemimpin-pemimpin kanan DAP antaranya Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok, manakala pemimpin KeADILan, Tian Chua dan ramai lagi menyebabkan kampung yang didiami kaum Cina semakin mesra dengan calon PAS.

Penempatan tersebut termasuk Kampung Tiong dan Kampung Cina Inilah hakikat yang berlaku sekarang dan tidak dapat lagi dinafikan media kerajaan.

Mengulas perkembangan itu, Adun Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut juga memberitahu beliau begitu terharu dengan sokongan masyarakat bukan Islam terutamanya kaum Cina sekarang.

"Pertama kali saya bertanding pada pilihan raya kecil di Dun Bandar pada 1986, ketika saya datang menemui mereka di pasar, ramai yang enggan ditemui. Mereka tidak melayan kehadiran saya.

"Namun sekarang Alhamdulillah berlaku perubahan yang cukup luar biasa. Ketika saya berkunjung ke perkampungan mereka dengan rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat sambutan cukup menarik.

"Malah ramai yang datang menemui saya dan menyatakan sokongan," katanya juga calon PAS pilihan raya kecil Kuala Terengganu ketika ditemui di rumahnya kelmarin.

Beliau baru pulang daripada berkempen kelihatan keletihan, namun masih sempat lagi berkongsi maklumat apa yang berlaku.

Abdul Wahid berkata, perubahan momentum sokongan rakyat bukan Islam dapat dilihat dengan jelas sekarang.

Bekas anggota parlimen Bachok, Wan Nik Wan Yusof berkata, situasi pilihan raya umum Mac tahun lalu kelihatan masih kekal di Terengganu sekarang, serupa dengan apa yang berlaku di Permatang Pauh sebelum ini.

Katanya, biar pun kerajaan telah menurunkan harga minyak, namun tekanan hidup masih berlaku kerana barangan barangan keperluan kekal tinggi.

Dan ditambah pula dengan harga bahan komoditi merudum teruk kebelakangan ini.

"Berdasar kepada situasi tersebut menyebabkan peluang calon PAS semakin cerah dan ditambah pula dengan masalah dalaman Umno Terengganu yang belum reda.

Read More “SOKONGAN MASYARAKAT CINA KEPADA WAHID MANTAP”  »»

NESTLE, L'OREAL, DANONE, FREESCALE DAN SANDISK SAH PENYOKONG ZIONIST

Berikut adalah maklumat yang tertera di laman web Israel Chamber Of Commerce (Dewan Perniagaan Israel). Mereka ada memaklumkan tentang aktiviti perkilangan dan perniagaan yang kian merosot sejak perang di Gaza terutama di kawasan seperti Beer Sheba, sila rujuk peta. Klik pada imej untuk dibesarkan. Syarikat gergasi Israel seperti FREESCALE SEMICONDUCTOR , SANDISK dan METRIX kini mengalami kemerosotan dalam pengeluaran walaupun tidak ditutup, faktor utama ialah rasa takut untuk pergi bekerja serta perlu menjaga anak-anak di rumah kerana sekolah diarah tutup.
Aktiviti perbankan terputus dengan bank di Gaza.

Laman web ini juga menyebutkan barangan keluaran atau eksport Israel bermula dengan bar kod 729. Syarikat DANONE, L'OREAL dan NESTLE' dan ISRAEL OSEM banyak melabur di Israel dan untuk itu penduduk Israel amat berterima kasih kerana melabur di negara mereka.


Yang anehnya, pihak Dewan perniagaan Israel tidak merasa bersalah di atas pembunuhan dan kekejaman pihak tentera regimenya tetapi menyalahkan dunia luar serta kerajaan asing kerana memboikot barangan Israel, dengan menyebut polisi GATT dan WTO bahawa tiada diskriminasi antara negara anggota serta menyebut artikel 1, 7 dan 10 Perisytiharan Hak Asasi Manusia.

Pada saya sudah cukup jelas perangai Yahudi seperti yang digambarkan dalam Al Quran dan cerita-cerita klasik iaitu kaum Yahudi memang melampaui batas kemanusian, hak orang dia punya, hak dia sudah barang tentu dia punya.



Read More “NESTLE, L'OREAL, DANONE, FREESCALE DAN SANDISK SAH PENYOKONG ZIONIST”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com