BN tertekan, tutup markas DAP Intan Abdullah Wed | Jan 14, 09 | 10:05:36 am MYT
KUALA TERENGGANU, 14 Jan (Hrkh) - Setelah melihat sokongan pengundi Cina yang mendapat sambutan luar biasa, Barisan Nasional (BN) kini berada dalam keadaan tertekan sehingga memaksa mereka 'menutup' bilik gerakan DAP yang terletak di Kampung Cina kepada PAS dan Pakatan Rakyat. apabila bilik gerakan tersebut yang terletak di No.44, Jalan kampung Cina diarahkan pimpinan BN kerajaan negeri Terengganu ditutup.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, pihaknya telah mengadakan perjanjian dengan pemilik bilik tersebut untuk dijadikan markas DAP bermula dari 6 sehingga 17 Januari ini.
"Saya sendiri telah menyelesaikan sewa yang berjumlah RM3500 kepada pemiliknya, namun kami hanya sempat menggunakannya selama seminggu sahaja setelah diarah keluar oleh tuan punya premis," ujarnya kepada Harakah.
Bagaimanapun pihaknya yakin dengan insiden tersebut akan menambahkan lagi rasa benci pengundi cina kepada Umno-BN.
"Bagi saya, ini bukan masanya untuk bertegang dengan pihak lawan. Kita keluar dengan lunak dan mendapat simpati daripada masyarakat Cina setempat yang menyaksikan sendiri tindakan kerajaan negeri yang tidak 'fair-play' ini.
"Kenapa semasa kami mohon sewa stadium untuk pengisytiharan calon dibenarkan dan yang ini dihalau keluar pula?" ujarnya lagi.
Ini menunjukkan BN berada dalam keadaan yang sangat tertekan dengan sokongan pengundi setelah mereka dapat menilai sendiri sekatan oleh kerajaan Umno-BN terhadap kemudahan yang ada, katanya.
"Hal ini sekaligus akan menguatkan lagi sokongan para pengundi cina secara tidak langsung," katanya lagi.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng secara rasminya telah menyerahkan skin layar (LCD) yang besar kepada jentera pilihan raya PAS di Kuala Terengganu dalam usaha membantu kempen di sini. Penyerahan dibuat Guan Eng selepas satu sidang media khas bersama tiga pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan di Pusat Media PAS, Kuala Ibai semalam.
Turut serta ialah, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Naib Presiden KeADILan, Mustafa Kamil Ayub; veteran DAP, Dr Tan Seng Giaw; Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dato' Mustafa Ali; Calon PAS bagi PRK Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan Adun Teja (Perak), Chang Lih Kang. Menurut Guan Eng, LCD itu diserahkan bagi memudahkan kempen penerangan diadakan secara bergerak kerana LCD itu akan diusung dengan lori.
Pemberian itu adalah tanda PAS dan DAP serta KeADILan adalah sangat komited antara satu sama lain dalam kerjasama yang diadakan Pakatan Rakyat, katanya.
DAP menyokong sepenuhnya calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut yang digelar 'MAWE' oleh Guan Eng, dan partinya akan terus berkempen untuk memastikan calon PAS menang di sini.
"Apapun kita akan terus bersama dalam Pakatan Rakyat walaupun setelah habis pilihan raya kecil ini, kerana bagi kita walaupun ada perbezaan antara PAS dan DAP, namun ia bukanlah jurang, sebaliknya antara satu sama lain saling memahami.
"Kita mengamalkan konsep bermusyawarah atau membincangkan antara satu sama lain bagi memutuskan hal-hal yang berkaitan dasar yang dipersetujui parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.
Beliau juga melahirkan rasa kesalnya apabila ada media arus perdana yang cuba melaga-lagakan PAS dan DAP dengan memainkan isu pelaksanaan hukum Hudud.
Walhal, isu Hudud sepatutnya tidak timbul dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu ini kerana ia bukan isu di sini, katanya.
Beliau percaya, dengan komitmen yang diberi PAS, KeADILan dan DAP, calon PAS akan menang kerana 'mood' pengundi menyebelahi PAS.
"Cuma yang kita bimbangkan ialah pengundi hantu sahaja, ini yang kita akan hati-hati," katanya.
Sejurus selepas sidang media, Ustaz Abdul Hadi, Guan Eng dan Wan Azizah bersama-sama menekan 'key' pada lap top untuk melancarkan skrin LCD tersebut.
Skrin itu seterusnya akan dijadikan alat untuk dibawa ke sana ke mari untuk berkempen
Shopping Back To School.
-
Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School
DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
BN tertekan, tutup markas DAP
Intan Abdullah
Wed | Jan 14, 09 | 10:05:36 am MYT
KUALA TERENGGANU, 14 Jan (Hrkh) - Setelah melihat sokongan pengundi Cina yang mendapat sambutan luar biasa, Barisan Nasional (BN) kini berada dalam keadaan tertekan sehingga memaksa mereka 'menutup' bilik gerakan DAP yang terletak di Kampung Cina kepada PAS dan Pakatan Rakyat. apabila bilik gerakan tersebut yang terletak di No.44, Jalan kampung Cina diarahkan pimpinan BN kerajaan negeri Terengganu ditutup.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, pihaknya telah mengadakan perjanjian dengan pemilik bilik tersebut untuk dijadikan markas DAP bermula dari 6 sehingga 17 Januari ini.
"Saya sendiri telah menyelesaikan sewa yang berjumlah RM3500 kepada pemiliknya, namun kami hanya sempat menggunakannya selama seminggu sahaja setelah diarah keluar oleh tuan punya premis," ujarnya kepada Harakah.
Bagaimanapun pihaknya yakin dengan insiden tersebut akan menambahkan lagi rasa benci pengundi cina kepada Umno-BN.
"Bagi saya, ini bukan masanya untuk bertegang dengan pihak lawan. Kita keluar dengan lunak dan mendapat simpati daripada masyarakat Cina setempat yang menyaksikan sendiri tindakan kerajaan negeri yang tidak 'fair-play' ini.
"Kenapa semasa kami mohon sewa stadium untuk pengisytiharan calon dibenarkan dan yang ini dihalau keluar pula?" ujarnya lagi.
Ini menunjukkan BN berada dalam keadaan yang sangat tertekan dengan sokongan pengundi setelah mereka dapat menilai sendiri sekatan oleh kerajaan Umno-BN terhadap kemudahan yang ada, katanya.
"Hal ini sekaligus akan menguatkan lagi sokongan para pengundi cina secara tidak langsung," katanya lagi.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng secara rasminya telah menyerahkan skin layar (LCD) yang besar kepada jentera pilihan raya PAS di Kuala Terengganu dalam usaha membantu kempen di sini.
Penyerahan dibuat Guan Eng selepas satu sidang media khas bersama tiga pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan di Pusat Media PAS, Kuala Ibai semalam.
Turut serta ialah, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Naib Presiden KeADILan, Mustafa Kamil Ayub; veteran DAP, Dr Tan Seng Giaw; Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dato' Mustafa Ali; Calon PAS bagi PRK Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan Adun Teja (Perak), Chang Lih Kang.
Menurut Guan Eng, LCD itu diserahkan bagi memudahkan kempen penerangan diadakan secara bergerak kerana LCD itu akan diusung dengan lori.