Pray For MH370

Pray For MH370

KRISIS KEHAKIMAN MULA BILA TUN SALLEH DIPECAT

Perlembagaan Malaysia Perkara 125, fasal 3 yang telah dicabuli oleh Dr M semasa menjadi Pm selama 22 tahun!
Perlembagaan Malaysia Perkara 125, fasal 3 kurungan b dan c, fasal 4-9
Pada 22hb Mac saya telah meletakkan artikel oleh ''''' dari Majalah Aliran bertajuk "Selamatkan Sistem Kehakiman Kita". Posting kali ini mengulas tentang kenyataan yang dibuat oleh Senator Zaid Ibrahim dari Kelantan dalam akhbar Mingguan Malaysia keluaran Ahad 23 Mac 2008. Selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri, beliau menegaskan bahawa punca krisis kehakiman di negara kita adalah berpunca daripada pemecatan tidak sah Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas pada tahun 1988 sekaligus Kerajaan BN yang dipimpin oleh Dato' Seri Dr Mahathir telah mencampuri urusan badan kehakiman ketika itu sehinggalah ke hari ini. Sehubungan dengan itu Senator Zaid mahu kerajaan BN memohon maaf kerana menurut beliau insiden ini suatu yang memalukan Malaysia di mata dunia. Pembaca dan adik-adik yang belum lahir atau masih kecil ketika itu, mungkin nak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

WIRA DUNIA KETIGA pada masa itu, mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir, telah mencabul Perlembagaan Malaysia Perkara 125, fasal 3 dengan melantik satu Tribunal dan memecat Tun Salleh Abbas serta dua orang hakim lagi iaitu Allahyarham Tan Sri Wan Sulaiman Pawanteh dan Datuk George Seah pada tahun 1988.
En Karpal Singh pula berpendapat bukan Kerajaan Malaysia yang harus memohon maaf kepada Tun Salleh Abbas tetapi Dr Mahathir Mohamad sendiri yang patut berbuat demikian, itupun jika Dr M tidak lupa (perkataan saya sendiri). Kerajaan pula wajib membayar segala kos dan manfaat yang harus mereka dapat. Karpal Singh juga menyeru agar diadakan satu inkuiri tentang krisis kehakiman.
Tun Salleh Abbas bersedia untuk memaafkan kezaliman yang telah dilakukan ke atas beliau.

Comments :

0 comments to “KRISIS KEHAKIMAN MULA BILA TUN SALLEH DIPECAT”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com