Pray For MH370

Pray For MH370

HUJAN MENJADI FAKTOR PENENTU

Saya lebih selesa menggunakan istilah kemalangan jalan raya daripada ungkapan kecelakaan jalan raya. Siapa yang celaka? Kita sendiri atau nasib kita atau siapa? Siapa yang mengundang musibah ini, cuaca kah, pemandu lain atau jalan raya. Siapa yang menentukan jika kita ditimpa sesuatu yang kurang baik atau kehilangan orang yang dicintai atau kemusnahan kereta yang disayangi? Sila rujuk surah al baqarah ayat 155-156 (2:155) dan surah al Ankabut ayat 1 - 5 (29:1-5).
Beberapa hari yang lepas, saya ada menulis di ruangan ini perihal bagaimana ada individu dan syarikat untung atas air hujan. Di kesempatan ini, cuba kita lihat air hujan sebagai penentu kemenangan atau kematian.

Di litar, hujan menjadi faktor penentu siapa dan team mana yang akan menang. Di jalan raya, hujan menjadi salah satu faktor penentu sama ada ke katil hospital atau ke liang lahad.Pada keadaan cuaca yang baik, permukaan jalan raya yang baik, pemandu yang segar lagi awas waspada ( alert, conscious) termasuk tidak memegang talipon bimbit untuk bercakap atau menulis SMS, keadaan bunga pada tayar yang memuaskan dan sebagainya, risiko untuk ditimpa kemalangan adalah minimal, dengan izin Allah. Tetapi, di jalan raya ketika hujan lebat, dengan lopak-lopak air di sana sini, satu fenomena dipanggil "aqua planing" berlaku. Maksudnya, dengan kelajuan kenderaan yang agak tinggi, lapisan air di antara tayar dan jalan raya menghalang cengkaman dan pergeseran (friction) antara tayar dan permukaan jalan. Ini menyebabkan kenderaan meluncur ke kiri atau kanan dengan pemandu kehilangan kawalan kenderannya. situasi akan diburukkan lagi jika pemandu terlibat menekan brek dengan kuat. Kesannya ialah kenderaan berkenaan akan berpusing-pusing lalu tertelangkup (turn turtle) atau langsung merempuh pembahagi jalan atau terhumban ke tepi jalan, bergantung kepada keadaan.

Yang paling sedih dan malang ("bukan celaka, ya") ialah apabila kendearan di belakang yang mengekori terlalu rapat/dekat dan dipandu laju hilang kawalan sama ada terperanjat atau cuba mengelak, lalu menekan brek kecemasan dengan kuat. Proses yang sama berlaku seprti di atas. Lebih malang lagi ( ingat ! bukan celaka tau tapi kurang bernasib baik) bagi kenderaan yang ketiga di belakang. Siapa salah? Apa salah? Di mana salah ? bagaimana boleh salah? Biasanya keadaan ini berlaku apabila seseorang (( yang lebih malang, bukan celaka. Ingat. Terdapat ahli keluarga dalam kenderaan berkenaan )) itu memandu dengan laju dalam hujan dan mengekori terlalu dekat kenderaan di hadapan.

Di litar Sepang, untuk Sukan Lumba Kereta Malaysia F 1, hujan penentu kejayaan, tetapi hal ini tidak berlaku dalam kehidupan sebenar. Daripada kata akar "malang," jadi kemalangan. "Kecelakaan " adalah kata terbitan perkataan celaka. Perkataan "sukan" mungkin gabungan dua perkataan yang berlainan seperti seladang dan lembu menjadi perkataan baru, 'selembu'. Maka sukan terbit dari perkataan suka dan mainan jadi " sukan ". Mana tak suka , menjadi kesukaan ramai. Berbondong-bondong orang datang untuk menonton secara 'live" kerana lintas langsung di kaca TV tak puas. Sanggup mengeluarkan wang beratus ringgit sekadar hendak melihat aksi jaguh lumba kereta antarabangsa. Juga terdapat unsur mainan kerana perlumbaan atau pertandingan F1 memerlukan skil yang tinggi serta kebijaksanaan untuk mengalahkan pihak lawan. Mungkin ada sanggup bertaruh. Di video arcade, game lumba kereta cukup menarik minat kanak-kanak dan remaja. Habis duit syiling emak ayah digunakan. Remaja yang berduit mungkin akan bertaruh siapa antara mereka yang menang, berapa pusingan dan sebagainya,. Seronok sungguh permainan lumba kereta.

Dalam hidup, seseorang itu mudah insaf dan lantas teringat Penciptanya jika dirundung malang contohnya jika kereta terpaksa ditarik ke bengkel kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya.
Senario yang lebih teruk lagi boleh berlaku ke atas dirinya serta ahli keluarga yang lain, terutama jika menaiki kenderaan bermotor dalam hujan. Di litar Sepang, penonton bersorak, serta bertepuk tangan melihat kehebatan serta ketrampilan pemandu memotomg kereta lain dari tepi sebelah kiri di selekoh tajam berbentuk hidung mahazalim. Di jalan raya ketika berlaku kemalangan dalam hujan , bersorak dan berebut-rebut lori atau trak menarik kereta (tow truck) serta agen insurans atau perniagaaan body work (ketuk kereta) ke tempat kejadian. Berderet, sekali berlaku accident. Berderet-deret kenderaan lain sebelum tempat kejadian kerana"jam" atau kesesakan lalu lintas. Pemandu yang tidak terlibat lantas memperlahankan kenderaan masing-masing apabila melintasi tempat berlakunya kemalangan untuk menjenguk apa, siapa , bagaimana , di mana kemalangan berlaku. Yang paling teruk, iaitu menjadikan plat nombor kereta yang terlibat sebagai ide atau kombinasi permutasi permainan/ sukan empat nombor ekor (SPORTS TOTO). Tikam ekor, beli nombor, ramal nombor dan lain-lain nama yang digunakan untuk benda yang sama.

Kita telah jauh bergerak dari litar Sepang F1. Kita cuba berlumba mengejar duit ringit. Ada yang melakukannya dengan cara yang baik dan ada yang tidak. Bagi peminat dan pemain loteri atau empat nombor ekor, peluang atau kebarangkalian untuk menang adalah sangat tipis sekali yakni, satu dalam 100,000. Bagi mereka apalah seringgit atau seratus ringgit. Kalau kena dapat lebih dari itu. Berbaloi hoi. Siapa tak hendak. Modal seringgit dapat seribu. Kalau menang lantas berkata "nasib baik betul". Kalau tak kena, ada yang berkata "celaka betul" dan bermacam-macam sumpah seranah yang keluar dari mulutnya. Ada juga yang kena dan dapat durian runtuh lalu mengucapkan sukur ALhamdulillah, murah rezeki. Boleh buat kenduri atau pergi haji. Saudara, begitulah tahap ilmu pengetahuan umat masakini tentang agama warisan nenek moyangnya. Wujud mereka yang berilmu dan bergelar ulama' tetapi membisu seperti syaitan bisu. Ada yang cuba mencipta agama baru lantas digelar guru ajaran sesat atau songsang. Yang paling hebat berlaku beberapa minggu yang lalu ialah cubaan untuk mendapat pengiktirafaan dari ulama' lepasan Al Azhar termasuk Syeikhul Azhar, suatu bentuk ajaran yang mengelirukan bukan sahaja kepada orang awam yang jahil murakab tetapi juga ulama' menara gading. Begitulah kisahnya, dari litar F1 tajaan Petronas kepada kemalangan jalan raya dan kita akhiri dengan ajaran sesat. Di litar F1 sukar untuk kita sesat, tetapi di jalanan hidup adalah sangat mudah untuk menjadi orang sesat lagi menyesatkan orang lain. Litar F 1 merupakan jalan sehala dan ada guide atau recki. Malangnya, bukan salah ibu mengandung, jalan kehidupan penuh dengan liku-liku, ranjau, lambaian di jalanan memujuk serta membujuk pengembara atau sesiapa jua yang melintas lalu. Garisan penamat F1 dipenuhi dengan marshal serta pegawai-pegawai, tak lupa juru gambar, pemberita serta penonton sukan permotoran tanah air.
Garisan Penamat hidup ini ialah apabila tiada lagi aktiviti eletrik pada sel neuron di otak dan oksigen tidak lagi bertukar dengan karbon dioksida di seluruh sel tubuh seorang insan. Benarlah firman Allah dalam surah al Hadid ayat 20 (57:20). Sila rujuk juga 6:70; 35:5; untuk selanjutnya.

Comments :

0 comments to “HUJAN MENJADI FAKTOR PENENTU”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com