Pray For MH370

Pray For MH370

WANITA BARANGAN TONTONAN: APA komen SISTER IN ISLAM (SIS)


Satu prinsip penting dalam Islam ialah yang hak ("kebenaran") tidak boleh dicampuraduk dengan bathil. Niat Petronas memang murni, nak tarik pelancong asing ke negara kita, nak promosikan minyak syntium petronas, nak wujudkan peluang pekerjaan sekaligus meningkatkan ekonomi rakyat dan negara. Persoalannya, kenapa perlu ikut cara jahilliyah setelah datang cahaya Islam yang menyelamatkan maruah wanita dari menjadi hamba lelaki kepada hamba Allah semata-mata, dari menjadi hamba nafsu kepada hanyasanya pengabdian diri kepada Pencipta dan dari kesesatan kepada keselamatan ("SELAMAT"), keamanan ("AMAN"), kemakmuran ("MAKMUR") yang hakiki dan abadi.
Satu lagi kaedah umum Islam ialah "matlamat tidak menghalalkan cara". Niat bagus saja tidak cukup. SIS boleh kata siapa tahu dalam hati wanita-wanita itu murni. Contohnya niat mereka nak berdakwah dengan mat Salleh, nak cari rezeki {???halal}, nak membangunkan ekonomi umat dan dan dan. Tapi SIS, ada yang tak "DAN", iaitu tak sempat nak berniat kerana Allah, Yang Maha mengetahui yang zahir dan yang batin, yang Maha Pengampun lagi memiliki azab yang dahsyat dan pedih. Syariat Islam menyarankan bahawa perkara zahir seperti aurat mencerminkan seseorang itu beriman dan mengamalkan ajaran/suruhan Allah dan Rasul. Menutup aurat bukan budaya Arab tetapi salah satu syariat Islam yang jelas terdapat nas yang qat'i (muktamad atau putus) di dalam al Quran. Allah yang mencipta makhluknya dengan HIKMAH sahaja yang mengetahui sebab atau "reasons behind" sesuatu injunctions seperti menutup aurat bagi kaum lelaki dan perempuan. Bahkan dalam alQuran Allah menyebut " supaya mereka dikenali ". Dalam ajaran Kristian terdapat verse atau ayat "By their fruits shall we know them". Dari itu jika kita belum atau tak mampu lagi untuk menerima atau mengamalkan mana-mana perintah dan saranan Pemilik dan Pencipta alam dan segala isinya, marilah kita jangan membantah atau menidakkan mana-mana hukum hakamNya.

Untuk pengetahuan SIS, jika kita beriktiqad serta yakin dan percaya Allah S.w.t tidak dan belum pernah menurunkan ketetapan tentang aurat dan kod pakaian, malah ia hanya rekaan manusai atau adat orang Arab, eloklah kita bertaubat. Takut-takut guggur atau terbatal dua Kalimah Syahadah kita dan sekaligus batal iman kita. Semoga dijauhi dari yang demikian itu. Marilah kita sama-sama, sempena bulan Kelahiran Junjungan Nabi Besar kita, mengorak langkah baru, membina tekad dan azam untuk mencari kebenaran serta berdoa semoga Allah kurniakan kita taufiq dan hidayah serta melembutkan hati-hati kita agar mendapat Nur dari SisiNya. Buang yang keruh ambil yang jernih. marialh kita berpegang kepada ayat-ayat Allah 3:102 dan 3:103.

Comments :

0 comments to “WANITA BARANGAN TONTONAN: APA komen SISTER IN ISLAM (SIS)”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com