Pray For MH370

Pray For MH370

Penerimaan Kunci Pejabat dan Pemilihan Pembantu

Secara rasminya, kunci pejabat Exco untuk Portfolio Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan akhirnya dipersetujui terletak di Aras 12, Bangunan Sultan Sallahudin Abd Aziz Shah, Shah Alam. "Kedai" mula dibuka pada 26hb Mac 2008, iaitu dua hari selepas Majlis Angkat Sumpah.
Kelihatan Tn Hj Mokhani menulis sesuatu. Beliau merupakan bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan jawatan akhir beliau sebelum membuat keputusan untuk bersara awal adalah Pengarah Naziran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia. Beliau telah bermurah hati untuk menyumbang dan membantu dalam perjuangan yang baru bermula ini. JZKKK. Tahmid.

Kelihatan Tn Hj Kamaluddin, yang telah banyak berjasa kepada masyarakat Selat Klang juga bersetuju untuk membantu dalam melaksanakan tanggung jawab sebagai ADUN N45.
Kelihatan berbaju biru ialah Saudara Zulkifli dari Unit Amal Selangor. Beliau juga sanggup berkorban masa, tenaga dan duit ringgit demi mengisi kemenangan dan melaksanakan amanah.
Perbincangan telah dibuat di Pejabat Exco bagi tujuan melicinkan perjalanan di peringkat awal ini. Maklumlah saja, masuk rumah barulah katakan , banyak perkara perlu difikirkan. Kelihatan Hjh Zaharah Awang, isteri kepada Tn Hj Kamaludin. turut menyumbang buah fikiran beliau.

Comments :

2 comments to “Penerimaan Kunci Pejabat dan Pemilihan Pembantu”
hierro said...
on 

salam YB Dr... Tahniah atas perlantikan YB atas memegan portfolio pendidikan yg amat berat tanggungjawab... semoga YB memperjuangkan matlamat pendidikan yg berteraskan Islam ... sy berharap YB fokuskan perjuangkan hak pendidikan samarata utk golongan Orang Kurang Upaya supaya warga OKU dpt memberi sumbangan yg bermakna kepada masyarakat ...

Unknown said...
on 

Salam Saudar, Insya Allah. Tolong doakan saya istiqomah dalam hal ini.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com