Pray For MH370

Pray For MH370

POLITICAL PRICE OF CORRUPTION

Artikel di atas telah di tulis oleh Joyce Au-Yong untuk "The Edge" edisi March 24-30, diterbitkan oleh The Edge Communications Sdn Bhd. Artikel ini menceritakan tentang mahar yang perlu dibayar untuk rasuah ("graft", "corruption"). Joyce telah memetik laporan dari PERC, singkatan untuk Political And Economic Risk Consultancy Ltd, yang berpusat di Hong Kong. Laporan PERC mendedahkan hasil kajian mereka setelah menemubual 1400 "expatriate" atau "pegawai yang bertugas di luar negara asal mereka", bahawa Singapura menduduki tangga pertama negara di Asia yang paling rendah gred korupsinya dan Filipina merupakan negara yang paling korup dalam kajian ini. Sila rujuk jadual di atas.

Sedikit penerangan tentang gred yang digunakan dalam kajian ini. Julat gred ialah dari kosong hingga sepuluh. Kosong merupakan gred yang paling baik dan sepuluh mewakili gred paling teruk. PERC secara khususnya meminta "expatriate" memberi gred tentang sejauh mana korupsi menganggu keupayaan daya tarikan kepada iklim perniagaan dalam negara yang mereka bekerja.

Untuk kefahaman yang lebih terperinci, sila baca artikel di atas. Bagi usahawan dan ahli perniagaan, korupsi merupakan satu kos dalam menjalankan perniagaan, sama seperti pinjaman bank akan dikenakan faedah atau bunga. Hanya negara yang memiliki penduduk yang ramai seperti negara China, India dan Vietnam sahaja korupsi tidak menjadi masalah dalam menjalankan perniagaan kerana saiz pasaran yang besar offset atau menampung kos tersembunyi dalam bentuk korupsi yang harus dibayar.

Pengarah Urusan PERC , En Bob Broadfoot menyarankan agar Malaysia meniru sistem yang digunapakai di Singapura. Selama 11 tahun, tanggapan tentang korupsi di Singapura ialah gred kurang dari dua (2) manakala Malaysia mempunyai gred antara 6 dan 7.5 sahaja. Di Singapura, menurut Broadfoot, kerajaannya telah memberi kuasa penuh kepada POLIS dan BADAN KEHAKIMAN untuk membenteras rasuah di segenap peringkat.

Di negara kita, korupsi disiasat dan dibicarakan "berpilih-pilih mengikut bulu" dan mengikut musim serta mood. Dari aspek perundangan, amat sukar untuk memulakan kes rasuah di mahkamah kerana tiada pemisahan jelas antara bidang eksekutif dan legislatif di Malaysia. Dengan kata lain, pihak yang menyiasat dan menjatuhkan hukum di letak di bawah Kementerian yang sama iaitu, JABATAN PERDANA MENTERI.

Comments :

0 comments to “POLITICAL PRICE OF CORRUPTION”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com