Pray For MH370

Pray For MH370

GOAL: BUNYI MACAM GOL bola sepak



Di padang bola sepak atau hoki, gol mempunyai dua tiang dan satu palang. Terdapat juga gol yang diletakkan jaring agar kemasukan bola melalui pintu gol dapat disahkan serta bola tidak terlepas jauh jika telah digolkan. Saiz gol bola sepak berbeza dengan saiz gol hoki. Bentuk gol ragbi berbeza dengan bentuk gol bola jaring. Kesimpulannya, dalam permainan dan sukan, mesti ada gol agar pemain dari kedua belah pasukan dapat mengembleng tenaga dan bekerjasama untuk menjaringkan gol lawan. Dengan lain perkataan, wujud satu matlamat atau objektif yang hendak dicapai oleh para pemain.


Begitu juga halnya dalam kehidupan kita yang singkat ini. Kita mesti memiliki gol dan cita-cita. Cita-cita bersifat umum tetapi gol mempunyai ciri-ciri yang khusus agar lebih mudah tercapai dan dinilai tahap pencapaiannya.

Fikirkan apa yang anda hajati atau inginkan. Tuliskan kesemuanya. Gunakan proses sumbangsaran. Kemudian, buat keputusan apa sebenarnya yang anda inginkan atau impikan. Tuliskan di atas kertas atau di dalam buku. Semak senarai kesemua gol anda. Kenalpasti sebab-sebab kenapa anda mahu gol yang berkenaan. Tuliskan sebab-sebab ini di kertas atau dalam buku. Ini kerana alasan atau sebab datang sebelum yang lain. Jika anda mempunyai alasan yang membara dan jitu, lautan api sekalipun akan anda redah. Tak hairanlah telah ada di kalangan rakyat kita yang sanggup berjalan kaki atau berbasikal mengelilingi dunia.
Lazimnya setiap gol harus mempunyai ciri-ciri menurut akronim SMART.

S
= SPECIFIC (khusus)
M=MEASURABLE, MANAGEABLE (dapat diukur kejayaannya, boleh diuruskan secara munasabah)
A = ACHIEVABLE, AMAZING, AWESOME (boleh dicapai, berjejak di alam nyata, hebat,mengagumkan)
R =RELEVANT, REALISTIC, RASIONAL ( relevan, realistik, munasabah, boleh diterima akal)
T =TIME FRAME, TRACKABLE ( jangka masa pencapaian, boleh dijejaki atau dipantau)

M.Heppel dalam bukunya berjudul "How to be Brilliant" mengutarakan agar gol hendaklah memiliki 3 ciri-ciri P iaitu Personal (peribadi), Positive (positif), Present tense (kala kini, sekarang). Gol yang bersifat peribadi memiliki kuasa WIIFM iaitu "apa yang saya dapat dari semua ini". Kita sedang memperkatakan tentang gol persendirian dan bukan kumpulan atau syarikat. Kita memperkatakan tentang gol ANDA , gol yang akan membuat anda berbeza dari anda dulu, atau dari orang lain yang mengenali diri anda. Gol juga mestilah sesutu yang positif contohnya, "saya ingin bebas dari hutang dalam satu tahun lagi" merupakan gol yang tidak positif tetapi sebaliknya. Perkataan "hutang" adalah perkataan negatif. Pernyataan gol anda sepatutnya berbunyi " Dalam setahun saya bebas dari segi kewangan". Perkataan "akan" dalam pernyataan gol anda memberi makna kala hadapan atau akan datang. Kita mesti menggunakan "sekarang" atau seolah-olah sudah berlaku. Apabila kita menetapkan gol kita dalam kala masa kini atau telah berlaku, otak bawah sedar (subconscious) kita akan bekerja keras bagaimana mencapai gol berkenaan. Ia akan mencari jalan dan memberi ide bernas untuk menjawab persoalan "HOW" atau "bagaimana". Justeru , pada peringkat permulaan di atas, kita mesti jelas di fikiran kita tentang "WHY" atau "kenapa " atau sebab kita mesti mendapat atau berjaya dalam sesuatu gol kita.




Terdapat beberapa aspek kehidupan yang mana gol wajib dibuat. Untuk menjadi seorang insan yang seimbang dan saling lengkap melengkapi (insan kamil mutakkammil) kita hendaklah mengambil berat serta prihatin dalam kesemua aspek kehidupan iaitu kerohanian/spiritual, fizikal, kewangan, kerjaya, pendidikan, keluarga/famili, masyarakat, emosi/mental, dan masa lapang (senggang/hobi). Aspek utama gol ialah kita mesti memiliki gol dalam medan kerohanian atau spiritual. Sebagai contoh, " saya mesti memahami apa yang saya ucapkan dalam solat saya di penghujung bulan April 2008", "saya mesti dapat menghafaz surah AtTariq pada bulan Mei 2008" dan sebagainya. Dalam aspek fizikal, sebagai contoh, "saya dapat belari keliling balapan Stadium Kota Raja tanpa berhenti sebelum penghujung tahun 2008".
Setelah selesai proses menetapkan atau mengwujudkan senarai gol, setiap gol yang telah ditulis mestilah mempunyai senarai langkah tindakan (action steps) yang tersendiri. Sebagai contoh, dalam bidang pendidikan, golnya ialah "saya hendak mendapat sijil tambahan dalam bidang kaunseling di hujung tahun 2008", maka langkah tindakan selanjutnya mungkin: melayari internet untuk mencari program PJJ (pendidikan jarak jauh) yang ditawarkan serta perkara yang berkaitan seperti kos, jangkamasa dll., merujuk individu tertentu seperti kaunselor sekolah, merujuk KWSP untuk pembiayaan dengan pengeluaran simpanan, berbincang dengan majikan atau bos hasrat untuk sambung belajar dan seterusnya.

Senarai langkah tindakan bagi setiap satu gol harus dibuat mengikut keutamaan (priority). Kemudian, laksanakan langkah tindakan yakni BUAT. Buat sesuatu setiap hari. Rujuk gol dan langkah tindakan setiap hari. Pada setiap hari, lihat, bayangkan dan sebut gol anda. Jika perlu, gantungkan senarai gol anda di tempat-tempat yang anda mudah melihatnya seperti di cermin muka, di bilik air atau pada dash board kereta. Semoga berjaya duniawi ukhrawi.

Comments :

0 comments to “GOAL: BUNYI MACAM GOL bola sepak”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com