Pray For MH370

Pray For MH370

GUNA TENAGA

Perangkaan Tenaga Buruh Malaysia 2007 yang diambil dari laman web Jabatan Statistik Malaysia di bawah ini merupakan laporan terperinci Jabatan tentang maklumat mengenai tenaga buruh . Tujuan utama kita muatkan dalam blog ini ialah untuk menunjukkan betapa pentingnya maklumat yang tepat, terkini dan pantas dalam membuat sesuatu keputusan, khususnya bagi para pentadbir, pembuat polisi dan ahli korporat. Kaedah saintifik dalam membuat keputusan dan peruntukan belanjawan untuk sesuatu agenda, perancangan atau isu dapat mengelakkan pembaziran serta kekurangan dan menjamin kejayaan, Insya Allah.

Information obtained from the Labour Force Survey provides input for analysing the labour market situation and for formulating, implementing and monitoring the policies and programmes related to human resource development.

Terdapat agensi dan jabatan kerajaan di Malaysia yang kekurangan kakitangan untuk menguatkuasakan satu-satu undang-undang, contohnya Jabatan Alam Sekitar. Betapa banyak kilang, tapak pembinaan, loji, gudang, sungai dan sebagainya yang perlu dipantau dan diperiksa. Oleh kerana kekurangan kakitangan, jabatan bertindak hanya jika terdapat aduan orang ramai. Begitu juga dengan Jabatan Kesihatan, perkara yang sama berlaku. "Outsourcing" bukan tiada masalahnya. Memang benar ia mengurangkan beban kerajaan atau satu-satu syarikat swasta, namun jika "operasi" atau "fungsi" yang diambilalih syarikat atau organisasi luar itu "kritikal", maka sebarang masalah yang mungkin berlaku pada operasi atau fungsi berkenaan akan menjejaskan jabatan atau syarikat yang terlibat.




Menurut statistik, penduduk Malaysia di penghujung tahun 2006 adalah seramai 26.6 juta orang. Pada suku pertama tahun 2007, terdapat 10.8 juta tenaga buruh Di Malaysia , yang mana darinya seramai 365,400 (3.4%) merupakan penganggur. Terdapat 6,318,300 pekerja dari negara luar yang mengisi pelbagai jawatan di Malaysia. Di Selangor, terdapat 1.5 juta pekerja asing yang mencari rezeki dalam pelbagi sektor di negeri Darul Ehsan ini. YAB Menteri Besar Selangor bercadang untuk memperkenalkan surcaj sebanyak RM9 sahaja sebulan kepada majikan bagi setiap pekerja bertujuan mengisi dana pembangunan belia sekaligus mengurangkan jumlah pekerja asing di negeri maju ini. Pihak MTUC membantah cadangan ini atas alasan gaji yang kini diterima oleh pekerja asing sudah sedia rendah dan minimal. Sebarang bentuk potongan gaji akan menjejaskan taraf hidup golongan ini, kata MTUC.

Pada zahirnya, majikan lebih berminat untuk menggaji dan menggunakan tenaga luar negara atas beberapa alasan, pertama kosnya rendah, tanpa "overhead" lain seperti SOCSO dan KWSP, kedua golongan ini mudah di"kawalselia "dan tidak banyak karenah, ketiga sesetengah majikan mengarahkan pekerja asing melakukan pelbagai bidang tugas yang di luar jawatan hakiki mereka tanpa memberi imbuhan lain, keempat penggunan tenaga kerja luar negara memberi majikan kelebihan, kerana pekerja asing tidak memiliki kesatuan sekerja dan terikat secara longar dengan undang-undang buruh negara ini.

Sebenarnya, banyak isu boleh dibincangkan mengenai pekerja asing di Malaysia.

Comments :

2 comments to “GUNA TENAGA”
Unknown said...
on 

bolehkah cik post lagi photo yang berkaitan statistik guna tenaga ? apa yang cik sudah post adalah kabur, tak dpt nampak. sekian terima kasih . :)

Unknown said...
on 

bolehkah cik post lagi photo yang berkaitan statistik guna tenaga ? apa yang cik sudah post adalah kabur, tak dpt nampak. sekian terima kasih . :)

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com