Pray For MH370

Pray For MH370

PUSAT KRISIS SERENTI (OSCC) DITUBUHKAN

Kerajaan Selangor akan menubuhkan Pusat Krisis Sekali Berhenti (serenti) di mana konsep ini telah diguna pakai sekian lama dalam pengurusan penagih dadah. Di bawah konsep ini pelbagai jabatan dan agensi diwujudkan dalam satu kompleks bagi menyelesaikan
masalah yang berkaitan dengan wanita seperti penganiyaan, gangguan seksual, keganasan rumah tangga dan sebagainya.

Kaedah ini mungkin dapat mengurangkan "red tape" dan "beuracracy" terlibat dalam pengendalian kes yang mempunyai "social stigma" atau "tanggapan buruk masyarakat" serta mengalakkan wanita tampil ke hadapan untuk membuat aduan kes seperti keganasan rumah tangga.

Pusat Krisis Serenti ini akan dibuka di klinik desa, hospital dan pusat kesihatan. Keterangan lanjut di bawah..

Dasar Pelan Tindakan Bagi Wanita




MURIZA ABDUL HAMID

Sumber Suara Selangor Maju

SHAH ALAM, 26 Mei – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata kerajaan negeri akan menyediakan Dasar Pelan Tindakan Wanita Selangor bagi memastikan setiap program yang dilaksanakan untuk golongan itu berkesan.


Menurutnya program yang melibatkan golongan itu harus dilaksanakan secara terancang agar jurang kelonggaran dan kekurangan mekanisme program pembangunan wanita dapat dikurangkan.

“Oleh itu penglibatan semua pihak amatlah diperlukan bagi memastikan setiap program berjaya,” katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor petang ini.

Rodziah berkata kerajaan negeri juga akan menjalinkan hubungan baik dengan semua badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membendung permasalahan itu.

“Jaringan kerjasama ini akan memudahkan kerajaan negeri mendapat input dan output dalam memastikan dasar itu berjaya direalisasikan seperti yang dirancang,” katanya.

Menurutnya, dalam masa yang sama kerajaan negeri juga akan mengambil langkah untuk menubuhkan beberapa One Stop Crisis Centre (OSCC) di negeri ini bagi membantu golongan wanita yang teraniaya.

Katanya, penubuhan OSCC itu akan dicadangkan di hospital, pusat kesihatan dan klinik desa di Selangor.


Keganasan terhadap wanita: Sikap berdiam diri dikesali
Sumber: Sinar harian Online 3/06/08


Agak menyedihkan apabila ramai wanita masih bersikap 'mengunci mulut' apabila berdepan dengan isu keganasan terhadap mereka. Lebih memeranjatkan apabila sebilangan wanita berpendidikan tinggi yang mengalami masalah serupa tetapi tidak berani tampil membuat aduan.

Pengarah Urusan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Ivy Josiah berkata, hasil kajian WAO yang dilakukan terhadap 100 wanita mangsa keganasan mendapati, lima peratus wanita yang dianiaya terdiri daripada golongan berpendidikan tinggi.

“Bukan mereka tidak tahu hak sebaliknya terikat dengan adat resam dan budaya. Wanita begini beranggapan, suami mempunyai hak mutlak terhadap mereka. Apa saja perlakuan atau tingkah laku ganas suami, mereka reda menghadapinya. Mereka tidak tampil membuat laporan kerana menjaga nama baik keluarga," katanya.

Bagaimanapun, Ivy tidak menolak, hakikatnya masih ramai wanita yang tidak tahu ada akta yang melindungi hak mereka apabila berdepan dengan kes keganasan rumah tangga. Justeru itu WAO bercadang menggiatkan lagi kempen dan aktiviti ke seluruh negara.

“Adalah mustahil untuk menubuhkan WAO di seluruh negara. Kami merancang melantik wakil untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada wanita di luar bagaimana mendapatkan perlindungan sekiranya mereka berdepan dengan masalah tersebut.

“Kami bercadang menjalin kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di setiap negeri bagi melaksanakan hasrat ini. Saya yakin wanita di luar bukan tidak mahu tampil membuat laporan, tetapi tidak tahu caranya. Dengan siri lawatan penerangan nanti, WAO berharap lebih ramai wanita mempertahankan hak mereka sekiranya dianiaya,” kata Ivy.

Ivy turut melahirkan rasa bimbang terhadap peningkatan kes keganasan rumah tangga setiap tahun. Menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) kes keganasan rumah tangga mencatatkan peningkatan pada setiap tahun dan buktinya daripada 2,755 kes yang dilaporkan pada tahun 2002 meningkat kepada 3,264 kes pada 2006.

“Bentuk keganasan yang berlaku boleh dikategorikan kepada beberapa bahagian seperti keganasan rumah tangga, rogol, sumbang mahram, penderaan pembantu rumah dan penderaan kanak-kanak.

“WAO menyediakan rumah perlindungan sementara dan perkhidmatan kaunseling melalui telefon atau bersemuka kepada wanita mangsa keganasan dan anak-anak mereka. Selain itu WAO mengendalikan kempen pendidikan awam untuk mewujudkan kesedaran tentang keganasan terhadap wanita dan hak-hak wanita sendiri,” katanya.

Ivy menasihatkan wanita supaya tidak lagi mendiamkan diri sekiranya mengalami keganasan terhadap mereka. Wanita kini dilindungi oleh undang-undang yang menentang keganasan, jaminan hak kesamarataan jantina dan tiada diskriminasi oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Bagaimana Akta Keganasan Rumah Tangga dapat membantu?
• Anda boleh membuat aduan kepada polis atau JKM yang dapat membantu anda mendapatkan Perintah Perlindungan Sementara (IPO).
• Anda boleh memohon kepada mahkamah untuk menambah kuasa tangkapan kepada IPO.
• Pihak polis boleh membantu anda mendapatkan barangan kepunyaan anda dari rumah anda.
• Jika anda sedang menjaga seseorang yang didera (seperti anak atau orang kurang upaya), anda boleh juga memohon Perintah Perlindungan Sementara untuk mereka.
• Jika orang yang melakukan kesalahan itu melanggar perintah tersebut, dia boleh dihukum oleh mahkamah.

Keganasan rumah tangga
Di seluruh dunia, seorang daripada tiga orang wanita pernah dipukul, dipaksa melakukan hubungan seks atau lain-lain penderaan dalam hidupnya.

Keganasan rumah tangga adalah termasuk:
• Memutuskan perhubungan wanita daripada kawan-kawan atau saudara maranya.
• Bersikap biadap terhadap keluarga dan kawan-kawan wanita tersebut supaya mereka tidak melawatnya lagi.
• Memalukan wanita tersebut di hadapan kawan-kawannya.
• Menyekat beliau dari menggunakan telefon atau kereta.
• Memaksa wanita tersebut memberitahu ke mana beliau pergi dan dengan siapa beliau berada.
• Penderaan fizikal atau psikologi (penghinaan dan tohmahan).
• Menjadikan wanita terpaksa bergantung kepadanya dari segi kewangan.

Sumbangan Giant bantu WAO
Sejumlah RM100,000 berjaya dikumpulkan Pasar Raya Giant hasil sumbangan orang ramai melalui 30 tabung derma yang diletakkan di semua cawangannya di sekitar Lembah Klang untuk disalurkan kepada WAO.

Pengarah Pemasaran pasar raya itu, Ho Mun Hao berkata, sumbangan tersebut dikumpulkan sejak November tahun lalu sehingga April lalu dan kesemuanya diserahkan kepada WAO bagi menjalankan aktiviti dalam menyediakan perkhidmatan perlindungan bagi wanita.

“Pihak kami memuji inisiatif yang dilakukan oleh WAO dalam memberi bantuan perlindungan kepada wanita yang memerlukan. Bagi Giant pula, kami telah banyak mengumpul derma untuk disalurkan kepada badan-badan yang memerlukan. Kami berbesar hati dapat memasukkan WAO dalam senarai badan yang perlu kami bantu,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan itu.

WAO merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan membela golongan wanita yang teraniaya terutama melibatkan isu keganasan terhadap wanita.

Ivy Josiah berkata, persatuan ini bukan sahaja memberikan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia tetapi turut menerima wanita asing yang tinggal di negara ini.

“Di samping memberikan perlindungan kepada wanita, kami turut melaksanakan khidmat kaunseling kepada mangsa agar mereka dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

“Setiap tahun kami memerlukan lebih kurang RM900,000 untuk membiayai kos tersebut dan kos perkhidmatan perlindungan yang perlu ditanggung kira-kira RM400,000 setahun,” ujarnya.



Comments :

1
AGRO BISTRO said...
on 

Let me suggest the name be change. OSCC - One stop crisis center to One Stop Console Centre to be more suitable to what these places are meant for.

Crisis not really suit the centre.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com