Pray For MH370

Pray For MH370

PROGRAM MEMPERINGATI HARI AL QUDS

Satu sumbangan yang terlalu kecil untuk rakyat Palestine yang mampu dilaksanakan.

Jais anjur program bebaskan Al-Quds

Saidah Hairan
Harakahdaily
http://www.youtube.com/watch?v=e4kHltCG7UM
SHAH ALAM, 19 Ogos (Hrkh) - Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor dan Teras Pengupayaan Melayu (Teras) serta Muslim Care Society Malaysia (Muslimcare) menganjurkan program bebaskan Al Quds dan Masjidil Aqsa sempena Naqbah 60 tahun kewujudan negara haram Israel.

Menurut AJK PAS Shah Alam, Ahmad Sayuti Bashiron bermula tarikh itu bermakna jihad umat Islam untuk membebaskan Masjidil Aqsa dan kota suci Al-Quds bermula dan sebagai umat Islam seluruh dunia wajib bersama melaksanakannya dengan kemampuan yang ada.

Tema "Al-Quds: Tanggungjawab Kamu!" bertarikh 21Ogos genap 30 tahun usaha pelampau Zionist Yahudi memperkosa Masjidil Aqsa dan mahu memusnahkan Qiblat Pertama dan Masjid Suci Ke-3 umat Islam.

Katanya, mereka akan teruskan usaha itu sehingga tapak kota suci tersebut berjaya dirobohkan dan membina Haykal (tempat sembahyang) kaum Yahudi di atas tapak tersebut.

"Alhamdulillah untuk tahun ni, Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Jais menjadikan program ini sebagai program rasmi demi untuk memberi kesedaran kepada umat Islam," katanya.

Selain itu tambah beliau, program itu juga bagi mengumpul dana yang akan diserahkan kepada perjuangan umat Islam di Palestin bagi membebaskan negara mereka.

Antara aktiviti yang akan dijalankan sempena mengingati hari Al-Quds ialah

Majlis Pelancaran Al-Quds & Forum Perdana
Tarikh / Masa : Jumaat 22 Ogos jam 8 malam Lokasi : Stadium Bangi Perasmian : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Ahli Panel : Dato' Harun Din, Dato' Ismail Kamus dan Dato' Hasim Yahya Moderator : Dato' Dr Hasan Ali Tajuk : Al-Quds, Antara Cabaran & Harapan

Forum Khas Naqbah 60 Tahun Palestine & Persembahan Artist & Multimedia Bebaskan Al-Aqsa Tarikh / Masa : Sabtu 23Ogos jam 8 malam Lokasi : Dataran Shah Alam Ahli Panel : Haji Mohamad Sabu, Dr Azhar Yaakob, dan Wakkil Hamas Moderator : Ustaz Mohd Nazmi Karim

Ceramah Khas Al-Quds - Tanggungjawab Kamu (Dalam Program Golongan POP, Masjid Negeri Shah Alam) Tarikh / Masa : Khamis 21 Ogos jam 9 malam Lokasi : Masjid Negeri Shah Alam, Dewan Kulliyyah Kehadiran : Persatuan POP dan Rakyat Umum Tajuk : Al-Quds, Antara Cabaran & Harapan

Khutbah Jumaat Khas Al-Quds, Tanggungjawab Kamu
Tarikh / Masa : Jumaat 22 Ogos Lokasi : Seluruh Masjid di Negeri Selangor

Kutipan Derma pada Hari Jumaat 22 Ogos Lokasi : Seluruh Masjid di Negeri Selangor

Pameran Al-Quds
Tarikh / Masa : 21 Ogos -24 Ogos jam 10am ~ 8pm Lokasi : Kompleks PKNS, Masjid Negeri, Dataran Shah Alam, Stadium Bangi

Dialog Khas "Palestine" di Gereja Divine Mercy Shah Alam
Tarikh / Masa : Sabtu 23 Ogos jam 8pm Lokasi : Gereja Divine Mercy, Glenmarie, Shah Alam Ahli Panel : YB Tuan Haji Khalid Samad, Dr Muhyiddin Kadir, Wakil Paderi Gereja Divine Mercy Kehadiran : Tertutup, khas untuk ahli persatuan Gereja Divine Mercy.

Seluruh Ummat Islam dijemput hadir ke program-program yang tersebut di atas. Siri program ini akan berterusan hingga pertengahan ramadan bersama tetamu khas bekas khatib Masjidil Aqsa dan bekas rektor universiti Ghaza, Palestin, Syeikh Dr Muhammad Mahmud Siyam.

Comments :

1
Unknown said...
on 

Yang Berhormat Puan Doktor,
Wajar dgerakkan agar disediakan pekerjaan di berbagai sektor kepada warga Palestin untuk mengaktifkan sumber ekonomi mereka mengikut bidang yang mampu mereka lakukan yang upaya meluaskan penggunaan bahasa arab sebagai komunikasi utama di kalangan ummat, pakej-pakej dari terma perkhidmatan yang ditawarkan harus meliputi kemudahan pergi balik (dua tahun sekali,penginapan yang disediakan) warga Palestin terdiri dari Muslimin Nasrani dan Yahudi, integrasi seumpama ini mampu dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat dalam usaha menangani isu pekerja asing dan salah laku di dalam sosial masyarakat kita. Bantuan teknikal upaya disumbangkan untuk dibangunkan aktiviti ekonomi Palestin yang membolehkan warga wilayah ini berdikari dan bersaing di dalam potensi kebolehan sendiri tanpa keterlaluan bergantung kepada 'bantuan' yang mengundang mereka berdilemma. Graduan Timur Tengah kita upaya menjadi guru di sekolah mereka setelah Palestin diberikan taraf negara yang memerlukan kerajaan Pakatan Rakyat mencadangkan ditubuhkan Mahkamah Keadilan Islam pada peringkat antarabangsa bagi merujukkan pertikaian wilayah-wilayah yang menjadi rebutan di antara negara di dunia Islam.Siapa lagi jika yang akan memulakannya jika bukan kerajaan di bawah Pakatan Rakyat. Ini harapan ummah.
Sesungguhnya perubahan yang sedang dan akan berlaku ini adalah dari ketentuan Allah yang tidak tepat digalaskan dari perjuangan mana-mana negara barat atau timur.

Kami berdoa untuk Perdana Menteri yang baru.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com