Pray For MH370

Pray For MH370

?UNDI ROSAK PUNCA BN KALAH DI 5 NEGERI

Sabotaj kertas undi sebabkan BN kalah

KUALA LUMPUR 8 April – Bilangan besar undi rosak yang dicatat di beberapa kawasan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 dipercayai menyumbang kepada kekalahan calon-calon Barisan Nasional (BN).

Analisis terhadap jumlah kertas undi rosak yang dikesan di kawasan terbabit didapati melebihi majoriti yang diperoleh calon parti pembangkang yang menang.

Ia menunjukkan kemungkinan wujud perbuatan mensabotaj dalam kalangan penyokong dan ahli BN sendiri antaranya di negeri Kedah, Perak dan Selangor yang berjaya ditawan pembangkang.

Di Kedah, Parlimen Padang Terap yang dimenangi calon Pas mendapat majoriti sebanyak 369 undi menewaskan calon BN dengan kertas undi rosak yang direkodkan adalah sebanyak 770 undi.

Parlimen Sik yang juga dimenangi calon Pas mencatatkan jumlah undi rosak yang tidak banyak beza dengan majoriti iaitu 505 undi berbanding majoriti 481 undi.

Tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Pas iaitu Bukit Lada pula mencatatkan 395 kertas undi rosak berbanding 208 majoriti manakala Jeneri dan Tanjong Dawai masing-masing mencatatkan jumlah kertas undi rosak sebanyak 251 dan 618 berbanding majoriti 167 dan 79 undi.

Di Perak pula, dua DUN turut dipercayai menjadi mangsa perbuatan merosakkan kertas undi sehingga menyebabkan BN tewas di kawasan itu iaitu di Lubok Merbau dengan 150 undi rosak berbanding hanya 72 majoriti dan Teja yang dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencatatkan 367 kertas undi rosak berbanding 175 majoriti undi sahaja.

Bagi Selangor, Parlimen Hulu Selangor mencatatkan jumlah undi rosak sebanyak 1,466 berbanding majoriti yang dimenangi calon PKR sebanyak 198 undi.

Di Parlimen Kuala Selangor, hanya 32 undi membezakan jumlah undi rosak iaitu 894 dengan majoriti yang memberi kemenangan kepada calon Pas ialah sebanyak 862 undi.

Bagi DUN pula, kawasan yang dimenangi DAP iaitu Sekinchan mencatatkan jumlah undi rosak sebanyak 317 berbanding majoriti kemenangan yang menewaskan calon BN sebanyak 190 undi.

Keadaan sama juga berlaku di DUN Bukit Melawati apabila 484 kertas undi didapati rosak manakala majoriti yang memberi kemenangan kepada calon PKR pula adalah 297 undi.

Di negeri-negeri lain, DUN Ladang, Terengganu yang dimenangi calon Pas mencatatkan 285 undi rosak berbanding hanya 31 majoriti dan DUN Bukit Payung yang turut dimenangi calon Pas mencatatkan 130 kertas undi rosak mengatasi majoriti kemenangan calon yang berjumlah 115.

Parlimen Ketereh di Kelantan merekodkan 900 kertas undi rosak mengatasi 400 undi majoriti kemenangan kepada calon PKR manakala DUN Ampangan, Negeri Sembilan mencatatkan 236 kertas undi rosak mengatasi 165 majoriti kemenangan kepada parti sama.

Parlimen Bakri di Johor menyaksikan jumlah kertas undi rosak paling tinggi iaitu 1,561 mengatasi majoriti yang dimenangi calon DAP berjumlah 722 undi.

DUN Maharani yang dimenangi calon Pas pula mencatatkan 354 kertas undi rosak mengatasi 158 majoriti sementara di Sabah, Parlimen Kota Kinabalu yang dimenangi DAP, merekodkan 326 kertas undi rosak manakala majoriti kemenangan adalah 106 undi.

Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Parlimen Wangsa Maju yang dimenangi calon PKR mencatatkan 357 kertas undi rosak mengatasi 150 majoriti kemenangan.

DUN Simpang Empat di Perlis yang dimenangi Pas merekodkan 82 kertas undi rosak mengatasi majoriti kemenangan hanya sebanyak 53 undi.

Bagaimanapun, tiada kertas undi yang didapati rosak mengatasi majoriti kemenangan calon parti pembangkang di negeri Pahang, Melaka, Sarawak dan Pulau Pinang.

Namun terdapat beberapa kawasan yang mempunyai perbezaan tipis antara kertas undi rosak dan majoriti kemenangan calon pembangkang antaranya di Parlimen Tanah Merah, Kelantan yang mencatatkan 1,064 kertas undi rosak dengan majoriti 1,584 kemenangan kepada PKR.

Di Balik Pulau, 708 majoriti undi yang dimenangi PKR hanya berbeza sedikit sahaja dengan jumlah kertas undi rosak di kawasan itu yang berjumlah 601 manakala Teluk Intan, Perak yang dimenangi DAP pula, kertas undi rosak sebanyak 1,153 hanya diatasi majoriti sebanyak 1,470 undi sahaja.

Comments :

0 comments to “?UNDI ROSAK PUNCA BN KALAH DI 5 NEGERI”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com