Pray For MH370

Pray For MH370

PUTAR PUTAR BELIT BELIT FAKTA SAMPAI BILA

Saudara, dalam usaha kita mencari kebenaran, semua ruang dan peluang harus digunakan. Bagi pencinta kebenaran, sebenarnya tiada penghujungnya usaha ini. Budaya cintakan kebenaran dalam diri seorang insan itu harus disemai, dibaja, disirami dan dipupuk dari zaman kanak-kanak lagi agar apabila ia dewasa, ia akan menyukai serta mengabungkan dirinya dengan perkara-perkara "benar" atau "truth". Dalam mencari kebenaran, fikiran dan minda yang sentiasa terbuka luas amatlah diperlukan. Fikiran dan minda yang rosak, songsang, tertutup atau beku tidak akan berpeluang menemui kebenaran yang hakiki. Keikhlasan (dalam Islam ikhlas ertinya semata-mata dilakukan sesuatu itu kerana Allah dan bukan kerana makhluk, balasan, pangkat dan sebagainya) juga diperlukan. Usaha dan ikhtiar yang maksimum disertai dengan doa dari insan kerdil mengharap sesuatu dari Penciptanya adalah pemangkin kejayaan.

Dalam kes atau isu penternakan khinzir di Ladang Tumbuk, Mukim Batu, Kuala Langat Selangor
pelbagai pihak kini terlibat dan dilihat cuba campur tangan. Pentingkah mencari siapa yang berada di pihak yang benar dan siapa yang tersilap langkah? Pada pendapat saya, kes ini menentukan integriti, keikhlasan dan ketelusan pihak-pihak yang terlibat. Kerajaan BA/PR di Selangor sedang diuji dari pelbagai sudut dan aspek. Pihak-pihak lawan kini sedang meniup dan mengipas bibit kebencian dan kemarahan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat.

Di atas adalah imej muka surat 4 akhbar Utusan Malaysia bertarikh 10hb April 2008 yang lalu.
Dr Khir Toyo pada mulanya menafikan yang beliau serta ahli exconya telah membuat keputusan tentang projek ini. Bagaimanapun, keratan akhbar di atas memaparkan seolah-olah beliaulah ketuanya ketika keputusan dibuat mengenai projek ini cuma tidak dinyatakan kosnya.

Sekarang saudara bandingkan dengan pendedahan minit mesyuarat melalui Kenyataan Media yang dibuat oleh Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar YAB Tan Sri Abdul Khalid pada 9hb April 2008. Sila rujuk posting bertajuk "Kenyataan Rasmi Kerajaan Negeri Selangor Tentang Projek Ternakan Babi" bertarikh 11hb April 2008. Untuk penjelasan dan penerangan terperinci tentang isu di atas sila rujuk posting bertajuk"Membabi buta tanpa rasional: babi mengancam penduduk tempatan" bertarikh 11hb April 2008.

KESIMPULANNYA: Saudara buat sendiri kesimpulan dan rumusannya. Sila ambil ikhtibar dan pengajaran dari peristiwa ini.

Comments :

1
Anonymous said...
on 

Assalamu'alaikum Dr Halimah,
Saya tabik toleransi PAS terhadap isu ini.
Cuma mungkin paling elok adalah untuk mencapai win-win situation - dek kerana ramai orang Melayu yang masih enggan memahami hakikat isu ini - pindahkan projek itu ke kawasan bukan kediaman atau kawasan majoriti bukan Muslim.
Tunjukkan juga yang Pakatan Rakyat mendengar aduan penduduk setempat. Walaupun tempat itu dibawah ADUN BN. Walaupun bantahan itu diapi-apikan UMNO
(***Jangan jadi seperti Khir Toyo, dulu kalau ada rakyat yang mengadu membantah projek/polisi beliau, beliau x pernah ambil endah)
Saya percaya kalau projek ini diteruskan, tetapi tempatnya ditukar ke suatu kawasan lain, pasti hormat rakyat pada kerajaan Pakatan Rakyat meningkat.
Mungkin juga ada baiknya sekiranya polisi2 penting Kerajaan Selangor yang baru dibawa kedepan untuk public debate terlebih dahulu sebelum apa-apa ketetapan diputuskan.

All the best to you!

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com