Pray For MH370

Pray For MH370

JAB SIASATAN JENAYAH (JSJ) NARKOTIK SELANGOR DIUCAPKAN SYABAS DAN TAHNIAH

Diucapkan syabas dan tahniah kepada JSJ Narkotik Selangor yang telah berjaya menumpaskan dan menangkap apa yang dipercayai satu sindikat dadah antarabangsa yang didalangi rakyat tempatan dan warga asing apabila 70 kilogram (ada akhbar melaporkan sebanyak 119 kg) dadah jenis ketamine ditemui tersorok bersama guni garam dan mungkin tepung gandum. Premis tersebut yang hampir dengan restoran 24 jam sentiasa dipenuhi pelanggan dari pelbagai bangsa, terletak di Jalan Sg Bertih, berhampiran lampu isyarat Simpang Empat Sg Udang, Klang Selangor.

Di atas kecekapan pihak polis memberkas penjenayah yang menjadi tauke/taiko mengedar dadah kepada anak muda tempatan dan kawasan berhampiran sungguh bermakna sekali dalam
usaha membenteras gejala dadah di negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya sekaligus pelbagai bentuk jenayah yang lain seperti pecah rumah/kedai. Teruskan usaha yang murni ini.

Stor garam sorok dadah
Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my

KLANG: Sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Sungai Betik, Kampung Delek di sini, dipercayai dijadikan stor menyimpan dadah sebelum ia diserbu polis, semalam.

Dalam serbuan jam 6 petang itu, polis menemui lebih 70 kilogram dadah jenis ketamine dipercayai bernilai jutaan ringgit yang disorok bersama beberapa guni garam.

Difahamkan polis melakukan intipan selama lebih dua minggu di kawasan itu sebelum serbuan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan mengenai penemuan dadah dalam serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selongor itu dan tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan.


Rampasan itu menurutnya, adalah yang terbesar untuk tahun ini dan siasatan lanjut sedang dibuat bagi mengenal pasti dalang di sebalik penemuan dadah itu.

Sementara itu seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, sebelum ini kedai terbabit adalah kedai menjual cermin sebelum dijadikan stor garam.

Menurutnya, kedai itu sentiasa bertutup tetapi ada beberapa orang yang dilihatnya sering keluar masuk.

Comments :

0 comments to “JAB SIASATAN JENAYAH (JSJ) NARKOTIK SELANGOR DIUCAPKAN SYABAS DAN TAHNIAH”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com