Pengundi kawasan Parlimen Kuala Terengganu P 035 telah memutuskan dan membuat penghakiman bahawa calon PAS Hj Abdul Wahid Endut layak mewakili mereka di Parlimen sekaligus berhujah dalam benak masing-masing bahawa Wan Farid tidak layak untuk jawatan berkenaan. Keputusan secara berkumpulan ini ("collective desicion") memerlukan analisis yang mendalam.
Parti-parti yang bertanding telah mula membuat bedah siasat tidak formal di kedai-kedai kopi dan warong. Komentar telah mula dimuatkan di dada akhbar. Penganalisis politik sudah mula bercakap tentang punca kekalahan satu pihak dan punca kemenangan yang satu pihak lagi.
Ada orang tanya saya "apa punca kemalangan jalan raya". Ramai juga yang menyoal soalan "kenapa pasangan baru kahwin bercerai". Jawapan yang saya berikan mudah saja "multifactorial" iaitu banyak sebab-sebab berlaku sesuatu peristiwa atau kejadian. Ramalan boleh dibuat berdasarkan statistik atau kebarangkalian sesuatu itu terjadi. Selalunya, wujud suatu faktor kritikal yang menyumbang berlakunya atau jadinya sesuatu perkara. Faktor kritikal ini adakalanya menyumbang kepada kejayaan atau sebaliknya berlaku.
Dalam suatu pilihanraya yang adil dan bersih, rakyat yang keluar mengundilah menjadi hakim dalam menentukan calon dari parti mana yang menang. Pengundi membuat pilihan berdasarkan kepada beberapa kriteria yang ditetapkan sendiri oleh seseorang pengundi itu, dan ini boleh dipengaruhi oleh banyak faktor luaran dan dalaman. Antara faktor dalaman ialah tahap pendidikan seseorang pengundi, tahap pemikirannya yang akhirnya menentukan sikapnya, personaliti pengundi sama ada jenis individu yang bertindak mengikut emosi atau banyak bergantung kepada pentaakulan atau rasional ( berfikir sebelum bertindak).
Secara umumnya, wujud perbezaan di antara pilihan raya kecil (PRK) dengan pilihanraya umum (PRU). Mood pengundi dalam pilihan raya umum berbeza dengan apa yang berlaku dalam pilihan raya kecil. Namun faktor yang sama beroperasi dalam kedua-dua jenis pilihan raya, cuma perbezaan dari segi sejauh mana suatu faktor mengatasi faktor-faktor yang lain.
Pada pendapat saya, terdapat tujuh( 7 ) faktor utama yang perlu diambilkira oleh mana-mana parti politik yang bertanding dalam pilihan raya yang dijalankan secara telus dan adil oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Faktor tersebut diberi singkatan PICK DJ M (pilih Dj M) iaitu akronim kepada faktor Pengundi, Isu, Calon, Kempen, Dana, Jentera dan Media.
Pengundi terdiri dari pelbagai latarbelakang pendidikan dan personaliti, ethnik serta umur. Pengundi muda berbeza pendapat dengan pengundi berumur (saluran 1 dan 2 ) dalam banyak hal. Kaum Cina sudah semestinya sangat berbeza dengan kaum Melayu. Jadi komposisi kaum serta umur mereka harus diberi perhatian. Dalam banyak pilihan raya kecil dan umum, faktor peratus kaum bukan Melayu menjadi penentu. Dikatakan di PRK P035, kaum Cina menyebelahi calon PAS.
Kata-kata hikmah tentang calon
Isu yang diketengahkan mungkin bersifat tempatan atau nasional. Isu nasional lebih popular semasa PRU berbanding dengan PRK namun hal ini boleh dimanipulasikan oleh parti-parti yang bertanding. Di Malaysia tarikh PRU dirahsiakan sehingga saat-saat akhir bagi memastikan tiada isu yang negatif wujud dalam masyarakat atau terdapat banyak isu yang memihak kepada BN pada satu-satu masa. Dalam PRK P035, kedua-dua jenis isu dimainkan dan ditonjolkan oleh parti yang bertanding. Isu royalti minyak yang bertukar jadi wang ehsan dan seterus menjadi "wang saku" kepada pihak-pihak tertentu tidak dapat ditangkis oleh BN dengan jayanya.
Faktor calon banyak diperkatakan orang sama ada di media cetak, eletronik atau kedai kopi. Setakat calon berkaraoke duduk sebelah wanita bukanlah suatu hal yang sangat penting. Terdapat banyak lagi kriteria yang menentukan kesesuaian seseorang calon. Peribadi calon tidak dapat dinafikan memainkan peranan yang amat penting dalam satu-satu pilihan raya tak kira PRU atau PRK. Wahid Endut mempunyai kelebihan dalam banyak hal berbanding dengan Wan Farid walaupun Wan adalah bekas senator dan mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Pelbagai kaedah dan metod berkempen dijalankan oleh parti yang bertanding. Umumnya suatu ketika dahulu PAS banyak menggunakan kaedah ceramah umum, tetapi sejak kesukaran mendapat permit berceramah kebelakangan ini, PAS lebih menjurus kepada ceramah kelompok, penerangan rumah ke rumah dan program khidmat masyarakat. BN memiliki kelebihan dalam aspek berkempen kerana ia memiliki banyak sumber dan peluang. Dengan hanya menukar nama sebuah kolej atau merasmikan sebuah surau, BN mampu meraih perhatian pengundi atas pagar.
Faktor dana memang sangat penting masakini. Semua peralatan, perbelanjaan makan minum petugas, kenderaan dan sebagainya memerlukan RM untuk direalisasikan. PAS berjaya dengan dana yang terhad. BN mampu mengerakkan segala-galanya dengan wang ringgit. Adakalanya hati tergerak juga dengan "wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai..." . Walaupun terdapat garis panduan oleh SPR tentang jumlah perbelanjaan calon dalam satu-satu kerusi Parlimen atau DUN, namun hakikatnya ia tidak dipedulikan oleh SPR.
Pada PRK 035 yang lalu jentera pilihanraya PAS telah dibantu oleh PKR dan DAP. Gandingan dan gabungjalin ketiga-ketiga komponen Pakatan Rakyat memberikan impak yang maksima kepada pengundi Kuala Terengganu. Kehadhiran pemimpin seperti DSAI, En Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, Teresa Kok, Ronnie Liu, Elizabeth Wong dan lan-lain dapat membantu jentera PAS Terengganu sendiri yang dibantu oleh jentera PAS negeri-negeri lain seperti Selangor.
Peranan media arus perdana dan alternatif seperti internet amatlah penting. BN dengan segala kemudahan media di tangannya tidak mampu menangkis hujah PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat tentang isu tempatan dan nasional.
Itulah sedikit catatan ringkas saya yang dapat dikongsi bersama dalam post kali ini. Saidina Ali pernah menyebut kurang lebih " Kebenaran yang tidak berstrategi dapat dikalahkan dengan kebatilan yang memiliki perancangan." Akhir kalam faktor iman yang bulat dan mantap kepada kudrat Ilahi dan disertai dengan munajat memanjatkan doa ke hadhrat Sang Pencipta serta Pemilik segala galaksi dan apa yang ada padanya tidak harus diabaikan sebagai faktor penentu kepada usaha insan-insan kerdil berjiwa besar.
YANG MANA SATU IDAMAN KALBU, APA FAKTORNYA
Labels:
Keputusan Resmi PRK P035,
PRK P036
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Maklumat Terkini PRK P035
Kampung Cina 82.6% Cina BN 1,125 PAS 668 (majoriti 457)
Pulau Kambing BN 1,223 PAS 958
Pejabat Bandaran BN 861 PAS 681
Paya Bunga BN 969 PAS 759
KUALA TERENGGANU – Pas berjaya mendapat undi popular daripada golongan muda sebanyak 2,614 undi dengan majoriti 3,584 undi, tanpa mengambil kira undi pos dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Sabtu lalu.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata, jumlah itu adalah majoriti paling besar berbanding undi golongan dewasa iaitu sebanyak 970 undi berbanding Barisan Nasional (BN) dan Bebas.
Ariffin yang juga merangkap Setiausaha Operasi Pas dalam pilihan raya kecil berkenaan menjelaskan, daripada 61 saluran muda, 42 daripadanya berpihak kepada Pas manakala 19 saluran kepada BN.
“Pengiraan dibuat dengan mengambil kira saluran dua sebagai saluran muda sekiranya hanya terdapat saluran 1 dan 2 sahaja di pusat mengundi, saluran tiga dan empat akan dikira saluran muda sekiranya terdapat 1 hingga 4 saluran di pusat mengundi, begitu juga saluran empat dan lima dikira saluran muda sekiranya terdapat saluran satu hingga lima di kawasan terbabit.
“Undi tersebut sekiranya tidak mengambil kira undi pos, kita menang majoriti dengan 3,584, sebaliknya mendapat 2,631 majoriti sekiranya dicampur undi pos,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Pas mendapat undi paling banyak daripada golongan muda di Losong Masjid dengan 274 undi manakala undi paling merosot di Kampung Cina iaitu di saluran empat dengan kekurangan 95 undi