Pray For MH370

Pray For MH370

PUSAT SERENTI BERTUKAR NAMA KEPADA PUSPEN

Datuk Seri Najib Tun Razak menyebut selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah peringkat kebangsaan bahawa dadah sintetik disifatkan sebagai satu bentuk ancaman baru yang amat serius kesannya lebih-lebih lagi ia mudah dihasilkan, mudah diproses walaupun hanya di dapur rumah dan tidak memerlukan makmal yang bersaiz besar.

Penggunaan metadon bagi mengurangkan ketagihan di kalangan penagih dilihat sangat berkesan dan akan diteruskan bagi mengurangkan jumlah penghuni pusat pemulihan dadah. Najib turut mengumumkan pertukaran nama Pusat Serenti kepada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspek).

RM5j perangi dadah sintetik

Oleh zabry mohamad
zabrymohamad.madzlan@utusangroup. com.my


PUTRAJAYA 22 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memandang serius penyalahgunaan dadah jenis sintetik seperti syabu serta ketamin yang semakin luas dan akan mengambil langkah segera bagi mendidik orang ramai mengenai bahaya dadah tersebut.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, meskipun sekadar mahu mencuba, mereka yang menggunakannya buat pertama kali boleh menjadi penagih dadah itu.

Tambahnya, dadah jenis itu juga mudah diproses walaupun hanya di dapur rumah dan tidak memerlukan makmal yang bersaiz besar.

Sehubungan itu katanya, dadah sintetik disifatkan sebagai satu bentuk ancaman baru yang amat serius kesannya lebih-lebih lagi ia mudah dihasilkan.

"Inilah trend yang dilihat dalam tempoh setahun dua ini dan fenomena sebegini perlu kita banteras," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga pengerusi majlis berkenaan menjelaskan, kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi membantu badan dan agensi terbabit seperti Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) melaksanakan kempen kesedaran yang lebih berkesan.

Ditanya mengenai latar belakang penagih tersebut, beliau memberitahu, kebanyakan mereka berusia antara 20 hingga 35 tahun.

Dari sudut penguatkuasaan, Najib menjelaskan, kerajaan akan menempatkan peralatan dan mesin canggih yang dapat mengesan cubaan menyeludup dadah di semua pintu keluar-masuk negara.

Selain itu, tambah beliau, pegawai-pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan dihantar ke luar negara untuk menimba pengetahuan serta pengalaman baru mengenai pembanterasan penyalahgunaan dadah.

Pada perkembangan lain, beliau berkata, program-program pemulihan dadah yang dilaksanakan kerajaan menampakkan banyak kejayaan.

"Penggunaan metadon bagi mengurangkan ketagihan di kalangan penagih dilihat sangat berkesan dan akan diteruskan bagi mengurangkan jumlah penghuni pusat pemulihan dadah.

"Projek perintis pinjaman Tekun Nasional kepada bekas penagih juga berkesan dan akan diperluaskan supaya mereka berpeluang menjadi peniaga, usahawan atau dilatih di pusat-pusat latihan seperti GiatMara dan Institut Kemahiran Mara (IKM)," ujarnya.

Najib turut mengumumkan pertukaran nama Pusat Serenti kepada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen).

BERAPA BANYAKKAH SUMBANGAN ANDA KEPADA PENAGIH DADAH DI MALAYSIA DI sini


STATISTIK PENAGIHAN DADAH DI MALAYSIA DI {SINI}

Comments :

0 comments to “PUSAT SERENTI BERTUKAR NAMA KEPADA PUSPEN”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    1 year ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    2 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com