Pray For MH370

Pray For MH370

SCAM INTERNET & BAGAIMANA MENGENALINYA

Mesej dalam kotak inbox anda menyatakan:


1.Anda telah diisytihar pemenang JACKPOT / Loteri Belanda sebagai contoh. Buat tuntutan sekarang juga.


2. Anda telah diwasiatkan dengan sejumlah wang oleh saudara di luar negara yang baru meninggal dunia.

3. Anda telah dihubungi oleh balu seorang ahli politik contohnya dari Afrika yang banyak duit tersimpan di Bank Timbaktu dan perlukan bantuan anda.

4.Sebuah syarikat asing memerlukan bantuan anda bagi memproses bayaran yang diterima dari pelanggannya luar negara.

5.Satu kontrak berjuta-juta USD telah diperolehi di Tanganyika sebagai contoh dan perlu bantuan anda untuk berjumpa dengan pegawai kerajaan bagi mempercepatkan proses bayaran, komisyen untuk anda.

6.Seorang jutawan kini tenat dan mencari NGO untuk disalurkan (derma) harta pesaka beliau , anda dapat membantu.

7.Seorang pelabur yang kaya ingin melabur dalam syarikat anda.

8.Anda telah berjaya memperolehi pinjaman dari Bank Zimbabwe atau seumpamanya.

9. Satu cek yang terlebih bayar perlu dituntut semula setelah membeli produk di ebay, anda dapat membantu.

10.Anda telah berjaya untuk permohonan kad kredit Bank CCC dengan limit sejuta $$.

11.Anda telah berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai .....di negara European Union atau seumpamanya dan visa menunggu anda.


Kesemua di atas meminta anda memberi maklumat peribadi serta akaun bank


serta menghantar "fees" dahulu bagi tujuan pembayaran peguam dan

sebagainya.
Jika komisyen atau duit yang dijanjikan tak kunjung tiba, scammer

akan mengatakan telah timbul masalah dan memerlukan anda menghantar duit

lagi.



Akhir sekali ke 12 ialah scam "hati yang rindu" , seorang kenalan melalui internet mahu mengahwini anda, hantar segera tiket kapal terbang.


Petunjuk dalam email yang dapat membantu anda bahawa kesemua di atas adalah suatu penipuan (scam) ialah:

1.Mesej dilabel sebagai "confidential," "urgent," "secret" dan "urgent attention" yakni rahsia, segera, perlukan tindakan segera.

2.Penghantar mesej mengaku ia seorang yang kaya atau pegawai tentera atau pegawai kerajaan peringkat tertinggi.

3.Bank Pusat atau institusi kerajaan terlibat seperti Bank Pusat Nigeria (Nigeria Central Bank).

4.Anda perlu memberi maklumat penuh seperti butir-butir bank akaun atau no paspot, dan lain-lain.

5.Duit yang dikirim mestilah dihantar dengan Western Union atau agen yang seumpamanya kerana transkasi WU sukar disemak semula kerana tuntutan boleh dibuat dengan hanya mengetahui kod kiriman melalui SMS sahaja.

Sumber: MARK NESTMANN, Sovereign Society, NY.

Comments :

0 comments to “SCAM INTERNET & BAGAIMANA MENGENALINYA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com