Pray For MH370

Pray For MH370

BE-END MENAMATKAN PEMERINTAHAN PR DI PERAK


Dengan izin Allah, strategi dan taktik PR yang kurang berjaya dan dengan berkat usaha BN/UMNO yang memiliki segala-segala sumber, kini sah BN memegang tampuk pemerintahan negeri Perak sekaligus menamatkan segala bentuk spekulasi dan teka teki.

BN Ambil Alih Pemerintahan Perak


PUTRAJAYA, 4 Feb 1756 (Bernama) -- Barisan Nasional memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri Perak ekoran tindakan empat Anggota Dewan Undangan Negeri daripada Pakatan Rakyat meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong BN, demikian diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, Rabu.

Empat wakil rakyat itu terdiri ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, kedua-dua daripada Parti Keadilan Rakyat, ADUN Jelapang, Hee Yit Foong daripada DAP, dan ADUN Bota Datuk Nasaruddin Hashim yang baru-baru ini menyertai PKR tetapi kembali semula kepada Umno, katanya.

"ADUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang telah maklumkan melalui surat kepada Sultan Perak mengenai tindakan mereka keluar dari parti masing-masing semalam manakala ADUN Bota kembali kepada Umno hari ini.

"Mereka telah beri mandat kepada saya untuk mencalonkan Menteri Besar dan memberi aku janji untuk menyokong Menteri Besar yang dicalonkan oleh BN," kata Najib, yang juga Pengerusi BN Perak, dalam satu sidang akhbar.

Berikutan perkembangan terkini, BN kini mempunyai 28 kerusi, Pakatan Rakyat juga 28 kerusi dan Bebas tiga kerusi, dan menurut Najib, walaupun BN mempunyai bilangan kerusi DUN sama banyak dengan Pakatan Rakyat tetapi BN boleh menubuhkan kerajaan negeri kerana ketiga-tiga wakil raktyat Bebas itu telah menyatakan sokongan kepada BN termasuk dalam soal pelantikan Menteri Besar daripada kalangan anggota BN.

"Sejajar dengan perkembangan ini, saya akan menghadap ke bawah Duli Paduka Seri Sultan Perak untuk memaklumkan secara rasmi bahawa Barisan Nasional Perak mempunyai sokongan yang diperlukan bagi menubuhkan kerajaan baru di Perak," katanya.

Najib berkata beliau akan menghadap Sultan Azlan Shah secepat mungkin dan nama calon Menteri Besar akan diumumkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata Fasal 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan jika Menteri Besar hilang keyakinan atau majoriti, beliau hendaklah meletak jawatan bersama anggota exconya.

Najib berkata keempat-empat wakil rakyat itu telah memaklumkan kepada Speaker DUN Perak selain Presiden PKR dan Setiausaha Agung DAP hari ini bahawa mereka tidak lagi menjadi ahli parti berkenaan.

Pada sidang akhbar yang turut dihadiri keempat-empat wakil rakyat berkenaan, Najib berkata ketiga-tiga ADUN Bebas itu akan menjadi "anggota Bebas sahabat BN".

Mengenai tindakan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengumumkan pembubaran DUN hari ini tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Sultan Azlan Shah, Najib berkata hanya Sultan Perak yang boleh memperkenankan pembubaran DUN.

Najib menyifatkan perkembangan terkini sebagai bermulanya era baru di Perak.

Menjawab soalan, Najib berkata keempat-empat wakil rakyat itu membuat keputusan berdasarkan kerelaan masing-masing tanpa habuan atau sogokan.

Mengenai kes rasuah membabitkan ADUN Behrang dan Changkat Jering, Najib berkata ia merupakan isu yang berbeza.

Kepada satu soalan, Najib berkata perkembangan yang berlaku tidak sampai sebulan selepas beliau dilantik pengerusi BN dan Umno Perak adalah secara kebetulan.

Turut hadir pada sidang akhbar itu Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ADUN Barisan Nasional negeri itu.

Dalam pilihan raya umum Mac tahun lepas, Perak adalah antara lima negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat. Yang lain ialah Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan.

Comments :

0 comments to “BE-END MENAMATKAN PEMERINTAHAN PR DI PERAK”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    1 year ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    1 year ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com