Pray For MH370

Pray For MH370

BN BERHASRAT UNTUK TERUS KEKAL DI PERAK

Najib berkata kerajaan pimpinan BN perlu bersih, bukan sahaja sebagai sebuah kerajaan yang mesra rakyat tetapi mesti mempunyai integriti.

"Ingat kerajaan Pas di Kelantan dapat terus kekal untuk beberapa tahun dengan hanya satu majoriti" menurut Najib.


"Kita pun boleh buat tunjuk perasaan, kita pun banyak penyokong, tapi kita hormat undang-undang negara dan budaya yang mulia. Kita tak boleh buat tunjuk perasaan jalanan seperti ini sebab kita pentingkan suasana aman dan keharmonian negara kita," katanya.


BN berhasrat untuk terus kekal di Perak


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) yang baru dibentuk di Perak diharapkan akan terus kekal walaupun dengan majoriti mudah.

Walaupun hanya dengan satu majoriti, jika Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) tetap setia, kerajaan dapat dikekalkan, katanya.

"Ingat kerajaan Pas di Kelantan dapat terus kekal untuk beberapa tahun dengan hanya satu majoriti.

"Walaupun dengan satu majoriti, jika anggota itu kekal setia anda boleh kekal. InsyaAllah, kami berhasrat untuk terus kekal," katanya selepas merasmikan Hari Kastam Sedunia ke-27 di sini, Sabtu.

Najib berkata apa yang telah berlaku dibuat mengikut lunas-lunas perlembagaan dan "tiada apa yang tidak mengikut perlembagaan".

Beliau berkata BN akan akur dengan keputusan Sultan Perak Sultan Azlan yang telah membuat keputusan selaras dengan perlembagaan.

BN secara rasmi mengambil alih pentadbiran Perak semalam apabila ADUN Pangkor Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru.

Majlis itu diadakan di hadapan Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar di tengah-tengah keengganan bekas kerajaan Pakatan Rakyat (PR) menerima kenyataan bahawa pakatan itu tidak lagi berkuasa.

Kerajaan pakatan itu hilang majoriti dalam Dewan Undangan Negeri apabila empat wakil rakyatnya meninggalkan parti masing-masing baru-baru ini.

Najib juga berkata kini terpulang kepada kepimpinan dan dasar yang bakal diambil oleh kerajaan baru di Perak bagi menarik sokongan rakyat Perak.

"Saya akan berbincang dengan mereka (pemimpin dan wakil rakyat BN) bahawa perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah kita mahu berlaku adil dengan semua kaum dan masyarakat dan kita akan memastikan perkara ini dilaksanakan.

"Kita juga akan memastikan, ia sebuah kerajaan yang efisyen dan berkesan, dengan kata lain semua program akan dilaksanakan mengikut kehendak rakyat' katanya.

Najib berkata kerajaan pimpinan BN perlu bersih, bukan sahaja sebagai sebuah kerajaan yang mesra rakyat tetapi mesti mempunyai integriti.

Ditanya mengenai pengambilalihan kerajaan Perak itu, Najib berkata perkara itu dilakukan secara betul dan bukannya tidak betul.

"Tolong tanya kepada Pakatan Rakyat, kenapa mereka mulakan perkara ini. Mereka uar-uarkan nak tubuh kerajaan 16 Sept.

"Maknanya prinsip ini, prinsip yang telah disebut PR, prinsip ini mereka terima dan telah cuba amalkan. Mereka nak tumbangkan kerajaan pusat dengan curi 31 Anggota Parlimen BN. Siapa yang mulakan prinsip ini. Bukan BN.

Tolong tanya mereka," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Beliau berkata BN sebagai kerajaan di Perak sekarang perlu menumpukan usaha membela dan berkhidmat kepada rakyat.

Ditanya mengenai tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang enggan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak walaupun diminta berbuat demikian selah-olah derhaka kepada Sultan Perak, Najib berkata apa jua keputusan Sultan itu hendaklah dihormati.

Katanya, apa yang diputuskan oleh Sultan Perak, sebagai bekas Ketua Hakim Negara, pasti baginda amat memahami peranan sebagai Raja Berperlembagaan.

"Tidak ada sesiapapun patut cabar keputusan Tuanku kerana itu sebagai menghina institusi Raja Berperlembagaan," katanya.

Najib berkata keputusan yang dibuat Sultan Perak adalah dari segi tafsiran perlembagaan dan beliau berharap ia dihormati dan tidak dipersoalkan.

Ditanya kemungkinan tiga Anggota Dewan Undangan Negeri Bebas yang menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional kembali kepada Pakatan Rakyat, Najib berkata: "Mengapa anda suka membuat spekulasi. Perkara itu tidak mungkin terjadi dan jika ia berlaku, saya akan jawab."

Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Fong (Jelapang) telah mengumumkan keluar pakatan itu dan menjadi ADUN Bebas serta menyatakan sokongan kepada BN.

Mengulas tindakan penyokong Pakatan Rakyat yang mengadakan tunjuk perasaan sebelum dan semasa istiadat angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru berdekatan Istana Iskandariah semalam, beliau berkata BN juga boleh berbuat perkara yang sama.

"Kita pun boleh buat tunjuk perasaan, kita pun banyak penyokong, tapi kita hormat undang-undang negara dan budaya yang mulia. Kita tak boleh buat tunjuk perasaan jalanan seperti ini sebab kita pentingkan suasana aman dan keharmonian negara kita," katanya.

Mengenai pemilihan barisan exco yang boleh mewakili masyarakat kaum India memandangkan kesemua 28 ADUN Perak hanyalah wakil dari Umno dan MCA, beliau berkata perkara itu akan diumumkannya kelak.

BERNAMA

Comments :

0 comments to “BN BERHASRAT UNTUK TERUS KEKAL DI PERAK”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com