Pray For MH370

Pray For MH370

PROTES ANGKAT SUMPAH ADUN DI MASJID UBUDIYAH HARI NI 06/02/09

Rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat diseru datang bersolat Jumaat di Masjid Ubudiyyah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar hari ini untuk melakukan protes membantah upacara angkat sumpah Adun Umno-BN di Istana Iskandariah hari ini.


Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Nor Azli Musa menyeru demikian di majlis Himpunan 100,000 orang yang membajiri setiap ruang di Kediaman Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin di sini malam tadi.

Katanya,"mari datang beramai-ramai selepas Jumaat kita buat demonstrasi boikot Umno-BN melakukan angkat sumpah menubuhkan kerajaan baru cara rampas kuasa itu di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar esok.

"Semua lapisan masyarakat termasuk kaum Muslimat dan pimpinan Pakatan Rakyat kalau tak cukup tempat sediakan sejadah untuk bersembahyang di luar dan kemudiannya kita buat protes terhadap perbuatan keji Najib Razak,"tegasnya.

Jelas Nor Azli, Najib adalah seperti ketua lanun merampas Kerajaan Pakatan Rakyat yang sah kepada kerajaan baru Umno-BN untuk kepentingan politik dirinya sahaja itu harus ditentang habis-habisan.


Ekmal Yusof / Harakahdaily
Fri | Feb 06, 09

Comments :

3 comments to “PROTES ANGKAT SUMPAH ADUN DI MASJID UBUDIYAH HARI NI 06/02/09”
Anonymous said...
on 

apasal lak nak pergi boikot? kalau dsai jadi rampas kerajaan persekutuan pada 916 adakah kita ramai ramai akan boikot juga. kan semua ini cara yang serupa dsai nak ambil alih pemerintahan. kita jangan ada sifat munafik, hari ini kita cakap lain esok cakap lain. hari ini janji nak terima apa saja keputusan tuanku tapi esok dah engkar. cepat benar kita melatah. ingat orang munafik tak sah jadi wali.

Anonymous said...
on 

hai komen yang tak sokong tak tunjukkan ke ? kata nak kerajaan yang demokratik dan kebebasan bersuara, tapi kalau tak sokong tak nak pulak tunjukkan. orang kalau ada sifat minafik memang janji tak boleh pakai.

Dr Halimah Ali said...
on 

Salam. Saya update blog ni pukul 1900 06/02/09. Tuan buat komen pukul 1550. Harap maaf. Jangan marah ya.

Terima kasih daun keladi,

ada masa mampir lagi.

Ada tuba dalam perahu,

belum ketemu belum tahu.

Buah keranji dalam perahu,

tak pernah dok mengaji mana nak tahu.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    1 year ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    1 year ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com