Pray For MH370

Pray For MH370

KEMATIAN DAN KESIHATAN ADALAH UJIAN DARI SANG PENCIPTA

Tahniah dan Tahmid buat Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang telah selamat menjalani pembedahan injap jantung.

Takziah dan Innalillahi wainna ilaihi raaji'un buat Sultan Perak Sultan Azlan Shah serta kerabat diraja kerana pulang ke Rahmatulllah Raja Datuk Seri Baharom Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah.


Sultan Selangor Dibenar Keluar Hospital


KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dibenarkan keluar daripada Pusat Perubatan Stanford University di Palo Alto, California, pada Isnin selepas menjalani pembedahan injap jantung di situ pada 2 Mei lepas.

Doktor peribadi baginda, Datuk Dr Anuar Masduki, memberitahu Bernama bahawa Sultan Sharafuddin akan menjalani rawatan pemulihan di bawah penyeliaan pakar pusat perubatan itu.

Baginda juga akan menjalani rawatan susulan oleh Dr Craig Miller yang telah menjalankan pembedahan itu.

Selain Dr Anuar, baginda turut diiringi ke California oleh adinda baginda, Tengku Ahmad Shah, Datuk Pengelola Bijaya Diraja kepada Sultan, Datuk Zakaria Abdul Rahman dan Ahli Dewan Diraja Selangor Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir selain pembantu peribadi Kelvin Ong.

-- BERNAMA

Kekanda Sultan Perak Meninggal Dunia


IPOH, 13 Mei (Bernama) -- Kekanda sulung Sultan Perak, Raja Datuk Seri Baharom Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah meninggal dunia di kediaman beliau di Taman Canning sini hari ini.

Allahyarham yang berusia 83 tahun meninggal dunia kerana sakit tua pada pukul 10.45 pagi ini.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah serta kerabat diraja lain berangkat menziarah jenazah Allahyarham tengah hari ini.

Jurucakap Istana Kinta berkata jenazah Allahyarham dijadual dikebumikan pada pukul 9 pagi esok di Tanah Perkuburan Islam Sekedup, Batu Gajah bersebelahan makam bondanya Toh Puan Dewangsa Khadijah Ahmad.

-- BERNAMA

Comments :

1
Unknown said...
on 

Kepada yg hidup ..itulah peringatan yg paling bijak...MATI so sebelum terlambat buat lah sesuatu yg bermanfaat seperti bubarkan DUN perak ke contohnya..tak delah kemelut yg memalukan kedua2 system dimata masyarakat antarabangsa..

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com